loading...

26 Januari 2012

Climbing Mt Kinabalu

 
Sejuk aircond terasa menusuk isi-isiku yang mungkin sedap bila digoreng lalu dicampur dengan kicap pekat manis lalu di campur dengan rempah-ratus yang lain. Selebihnya aku tidak sanggup membayangkannya lagi. Dalam sejuk aku mengimpikan salji lembut turun lalu jatuh keatasku sambil tangan kiri dan kananku disimpulakn bersama dan kepala didongakkan keatas. Hujan pagi sungguh membuat awan-awan itu kelihatan remaja dan ayu. Aku suka keadaan itu !

Sebenarnya aku masih dalam kerinduan. Tapi paling aku rindu adalah untuk membawa kakiku sekali lagi mendarat diatas puncak gunung Kinabalu. Mataku sudah rindu mahu melihat matahari terbit dipuncak itu. Sungguh sentimental bila berada diatas sana. Perasaan seakan berbunga sakura dan sepertinya ingin menari tango bila kaki sudah mendarat diatas sana sambil mata dihidangkan dengan kehangatan terbitnya matahari. Aku sungguh rindu. Mahukah kalian menemaniku pergi kesana ?  Setakat ini ramai yang berkata yes terhadap trip ini tetapi kepastian belum diberikan lagi. Anyone interested? Just let me know !