14 Februari 2013

Entry tanpa perenggan


Tubuhku berada di sini. Sebuah ofis yang bukan dalam kategori hebat walaupun, ia termasuk dalam pekerjaan professional.  Jiwaku sering meronta untuk keluar dari tempat ini tetapi seringkali ia terhalang atas beberapa sebab yang kuciptakan sendiri. Bukan kerana tempat ini tidak menjanjikan kejayaan malah ia lebih dari itu. Yang penting jangan pernah mengizinkan kemalasan mengalir dalam darahmu. Jangan senang dengan waktu tidur yang panjang semata-mata. Harus rajin berusaha ! Usaha tangga kejayaan.. itu slogan lencana sekolah rendah ku….dan itu benar.  Tahun ini merupakan tahun dimana saya tidak harus bermalas-malasan dalam hidup walaupun duduk-duduk tanpa melakukan apa-apa itu menarik. Ouucchhhh!!! Saya sedang tertekan bukan kerana orang membenciku atau tidak suka akan diri ini tetapi, sebaliknya. Saya tidak suka jiwaku stress akan hal-hal bodoh seperti ini. Aaaah saya mahu bercuti dihujung dunia…dunia tanpa kesibukan kota , dunia tanpa teknologi tinggi. Alangkah indahnya jika saat ini saya berada disebuah tempat yang harum dengan haruman hutan atau wangi dengan bunga-bungaan. Burung-burung berkicauan sambil mata melihat gunung-ganang atau tasik meluas. Semoga diriku dapat melaksanakan impian manisku ini. Bila hujan turun , saya boleh bermain dengannya tanpa takut akan pencemaran udara..berjalan dalam hujan tanpa was-was. Tak dapat kubayangkan kesegaran itu dan hatiku telah  terpukau  dengannya sebelum kejadian itu terjadi. Saya dan alam hijau adalah satu. Saya tidak pernah teruja dengan shopping mall yang hebat. Saya tidak jatuh cinta dengan jualan murah dipasaraya….yang ada saya hanya merasakan bosan . Tidak bermakna saya ketinggalan zaman tetapi itulah saya !



loading...