18 September 2013

Blog sebagai pendapatan Sampingan

BEN ASHAARI

Salam. 

Semasa check dashboard / reading list tadi ternampak entry orang tentang 'Blog sebagai pendapatan sampingan' sempatlah juga saya memberi komen kepada beberapa entry rakan. Tak setakat komen, saya turut join segmen ini kerana topiknya yang hot dan sedap di lihat.....

Saya dah lama blogging tetapi just like chispmore ! now you see, now you don't ..tetapi tahun ni saya telah memulakan tekad untuk berubah kearah kedewasaan fikiran dan kilauan pendapatan ehehe .. 

1st saya telah sign up 8Share , churp-churp / Nuffnang...pendapatan tu tak lah banyak sangat tetapi daripada duduk membesarkan lemak, adalah lebih baik kita mengumpul harta sedikit demi sedikit ...kaaaan...satu bulan 8share mampu memberi pulangan hingga RM60 , churp-churp earning dia agak cepat memekar hingga mencecah RM150 ..actually, RM100 dah boleh cash out ..itu semua side income ! dapat gaji kerja full time dan dapat duit hasil side income berblogging.

Selain itu, kalau kita rajin blogwalking dan mencari peluang segmen atau contest yang sedang dianjurkan...pasti ada sesuatu yang menanti kita. Tak percaya ? dalam bulan ni saja, saya sudah mendapat RM380 cash hasil daripada penyertaan saya dalam beberapa contest. Lumayan kan? hadiah lain belum masuk lagi hehe....sebab tu saya suka blogging !

Sebenarnya blogging turut menjadi medan promosi produk dan tempat menyalurkan info tentang bisnes yang sedang dilakukan. Blog kita boleh menjadi saluran promosi. Orang nak guna blog kita sebagai tempat promosi memanglah bukan free kan..harus ada bayarannya. Tak mahal tidak apa, yang penting ada ..sikit-sikit lama-lama jadi bukit mah ! 

So, tak rugi mempunyai blog dan tak sia-sia menjadi blogger. Otak harus diguna pakai semaksima mungkin untuk mencapai keuntungan dalam blog kita. Apa yang penting kita jujur dan rajin berusaha...jangan malas mencari dan mencuba peluang yang ada.

*saya pun sedang belajar dari otai blogger yang dah cemerlang, gemilang dan terbilang macam abang Ben*


12 September 2013

Akaun 8Share kena suspended


Hormon tak brapa stabil membuatkan kepala otak dan mood tak brapa cun ! Biasa bagi manusia yang normal. Weeew !! korang apa khabar ? bahagia atau hampir putus asa dalam hidup? Hmmm….semoga semuanya hidup dijalur yang benar dan tidak terlibat dalam mana-mana ajaran yang membinasakan diri dan masa depan. 

Celotehku panjang jika tidak dikawal. Syukur masih tahu batas kisah mana yang patut diutarakan dan mana cerita yang tidak perlu diketahui ramai. Hari tu saya ada cerita tentang akaun 8Share saya yang kena suspended tetapi, saya telah pun menghantar appeal form kepada admin 8share. So hari ni jawapan yang ditunggu-tunggu telah pun diterima.

Beginilah isi surat mereka kepada saya yang sempat membuat saya sedikit terganggu emosi. Huh !

Thank you for submitting your appeal for the release of your account. We have reviewed your appeal along with your account and found that there has indeed been a violation of the Code Of Honour from the username : (tteeettt rahsiaaa :p)

Hope you understand that we take the Code Of Honour seriously, as the 8Share community has taken years to build trust with advertisers, who in turn work hard to build your favourite brands and products. They have deep trust in you, as a representative of 8Share to share good stuff with friends, and to share it right.

In liew of good will and trust, we have decided to release your account with the condition that :
1. Your earning is reset to 0.
2. You leave all Facebook click groups as it is a major violation of the Code Of Honour
3. You do not violate the Code Of Honour again, as we will no longer be able to help you if your account is suspended again


Let us know your decision and we’ll proceed from there.

In spirit of the Code of Honour,
The Sacred Guardian of 8Share


Wow !! reset to RM0 ? ouch !!! untuk sampai ke tahap setengah ratus itu tidak mudah dengan 8share. Now I have to start from the beginning again ? hmmm…actually saya pun tidak mahu rugi banyak dalam hal ini, jadinya saya telah memandai-mandai membalas email tersebut (kalau email tu berjaya membuat mereka kasihan, nanti saya paparkan isi kandungan email tu hehe) ….
Kalau katanya tidak boleh dapat balik duit dalam akaun tu, what to do lah ! terpaksalah terima hakikat untuk  mula dari awal lagi. Fuh ! tak salahkan dorang sangat pun, siapa suruh biadap sangat nak cepat dapat nilai tinggi kan….hmmm…tidak mengapalah from ZERO TO HERO hahaha…..biarkan saya bermula dari angka 0 dengan kejujuran . Cewah !!
Padahal, hati sangat kecewa….semoga email saya direply secepat mungkin. Korang yang mengada-ngada nak cepat tinggikan nilai matawang dalam akaun 8share or churp-churp tu pandai-pandailah ye...hehee.... polis sedang giat beroperasi tu ^^ dan yang paling penting saya belajar erti sebuah kejujuran. :)



4 September 2013

HAPPY BIRTHDAY , DD !



Hello kawan-kawan semua (sambil buat eksyen  tangan ke kiri dan kanan), how’s your September ? saya ada cerita larut malam ketika detik jam menunjukkan peralihan ke masa 01 September 2013 – seorang lelaki Cina mengejutkan saya ketika saya sedang beradu mimpi di sebuah kerusi empuk  berwarna hitam. Kerana terkejut, saya terus berdiri dan mencari tempat tidur lain. Lelaki melayu disebelah saya hanya melihat saya. (*saya pun melihat dia tanpa senyuman*) aaarrgggghh….saya mengantuk, terus tidur lagi…tidur tanpa selimut tetapi, wajah harus ditutup (*syukur ada selendang hadiah giveaway hari tu*) , manalah tau ada paparazzi nampak kan…kan…well, I’m a celebrity hahhaa…. :D …Actually saya mau cerita panjang lebar tentang my short holiday in Kuala Lumpur tetapi, memandangkan hari ini adalah 4 September maka niat itu kutunda hingga ketulisanku yang seterusnya.

Flash back.

4 tahun yang lalu, seorang wanita cantik telah melahirkan bayi yang comel loteh a.k.a. gendut. Kehadirannya menjadikan dia sebagai cucu pertama untuk kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Makanya, si baby sangatlah menjadi kegembiraan untuk semua. Ditatang bagai minyak yang penuh sehinggalah ia menjadi anak yang sihat dan bijak.
Ada baiknya saya perkenalkan dia kepada dunia . Namanya Deveny Deleora a.k.a. DD . Seorang anak yang bijak dan semoga dia akan terus kekal bijak dan sihat.
Sekarang.
DD sudah pandai menulis dan mengeja….kegemarannya bukan makan tetapi menyusu (*just like you, my readers….ooppsss !! oppa gangnam style….oooo haramkah? Hahaha).
Namun,
Tiada siapa pernah tahu rencana Tuhan terhadap manusia. Tawa kegembiraan tidak selalu menjadi bahagian kita. Ada waktunya airmata harus kita alami. DD hanya sempat berada dalam pelukan ibunya untuk tempoh waktu yang sangat singkat. Hanya 3 bulan ! (*can you imagine that)……seiring berjalannya waktu, hati yang terluka kini beransur pulih meski dia tidak pernah dilupakan. Dia adalah bahagian keluarga kami yang kami sayangi dan cintai selalu. Semoga dia bahagia disana bersama Pencipta.

Hari ini,

04 September kembali lagi………sebagai ingatan bahawa seorang bayi telah lahir dari seorang ibu yang mengasihinya….kami mau menitipkan ucapan syukur buat segala keadaan yang telah terjadi.  Biarkan Tuhan berkarya  dan kita menikmatinya.

Mereka yang lain..

04 September 1971, Kota Los Angeles telah didirikan di California
04 September 1993 , Jim Abbott, seorang pelempar bola dari team besbol New York Yankees, berhasil mencatat rekod dimana tidak seorang pun pemain lawan yang dapat memukul bola yang dilemparnya—padahal sejak lahir ia tak memiliki tangan kanan

Tetapi hari ini…diwaktu ini dan detik ini….

Saya dengan rasa cinta pada anak buahku, DD mengucapkan selamat hari jadi. HAPPY BIRTHDAY DARLING, DD !! Stay healthy ! stay smarter ! I love you. God bless you.
 
When she was 2
when she was 3
DD with her uncle

loading...