25 April 2014

ENTRI TERAKHIR

10:16 malam, 25 April 2014 - ketika malam ini berlalu, usiaku akan berubah. Sejenak berfikir alangkah hidup ini penuh dengan misteri. Ada yang mengejar sebuah kedudukan, prestasi, nama dan pangkat. Hakikatnya itu semua tidak beerti bila kita dihadapkan dengan sebuah kehidupan akhir. Bila mana Tuhan memanggil kita pergi, maka tertutuplah mata dan terhentilah dentak jantung kita. Dimana kehebatan itu ? tidak ada kan. 

Perasaan berbaur diakhir usia 29 , pemandangan sebentar tadi dikawasan perkuburan - terdetik sebuah perasaan adakah setiap yang didalam kubur itu bahagia atau bersedih ? Menghadiri upacara kematian seorang nenek mengingatkan saya bahawa hidup ini adalah berharga dan harus dihargai. Kehidupan nenek itu telah berakhir dibumi dan saat ini dia telah hidup dalam kekekalan dialam sana bersama Penciptanya. 

Dia yang memberi, Dia yang mengambil , Terpujilah NamaNya. R.I.P. 
Untuk diriku secara terhormatnya saya mengucapkan Selamat Tinggal kehidupan 20-an , selamat datang usia 30 tahun. Tuhan itu sangat baik. Terima kasih Bapaku. 26. April 2014 merupakan permulaan usia baruku dibumi ini. Semoga kejayaan demi kejayaan kuraih dalam tahun anugerah ini.




22 April 2014

Tulisan Berhantu Mengundang Pembaca Misteri



If you have some fuckin problem with me and my life or you want to ask some question about me, Don’t ask my friend and don’t ask other people apart from me. Datang jumpa saya  depan depan, tanya elok elok. I’ll make sure  akan  jawab semua soalan hampa.

Keep it simple, ada problem dengan saya, mai setel depan depan. Tak payah dok menyibuk dok kalut tanya kat belakang saya  pasal diri saya. Encik-encik dan makcik makcik smua ada faham ? Eh, ini tulisan dari hati atau sekadar coretan jemari gendut disiang hari ^^ Tarik nafas, hembus nafas ^^ perut kembang kempis ..para lemak seakan tertekan didalam sana. Saya mulai kesah dengan smua kehadiran lemak-lemak ditubuh ini. Bukan takut kelihatan gemuk tetapi, takut jantungku terbungkus oleh lemak-lemak dan mengganggu organ dalamanku. Nampak tak betapa saya sayang pada diriku ini. Haha.

8:51 pagi di Kota Jesselton. Selesma seakan mulai melawat hariku. Saya tidak berhasrat menghalaunya memandangkan sudah  agak lama saya tidak menikmatinya ^^ kurelakan ia berlaku untuk beberapa jam ini dan kemudian akan saya lawan flu itu menggunakan ubat perancang keluarga *  ubat selesma cap tiga senapang. (masih adakah ubat ini di farmasi pada zaman ini). Biasanya untuk menyahkan flu itu saya akan teguk air bergelas-gelas sehingga demam tidak menjadi. Ia berfungsi dengan berkesan cuma, kaki kenalah rajin melangkah ke tandas berkali-kali selepas itu. Sebenarnya, saya tidak kisah ketandas ……Cuma tandas itu ada sesuatu yang aneh. Pernah beberapa orang terlihat sesuatu didalam sana. Terdengar Sesuatu didalam sana. Tempat itu tersorok dibelakang pejabat. Telah beberapa kali diubah suai untuk kelihatan cantik dan menarik. Hakikatnya bangunan ini telah terbina sejak sekian lama bahkan, sebelum saya dilahirkan lagi. Boleh bayangkan sesuatu?????  

Saya dan dua orang lainnya merupakan orang terawal yang datang pejabat setiap hari. Seawal 6:50 am dan waktu kerja hanya akan bermula pada jam 8:00 am.  Seseorang pernah sakit kerana ternampak sesuatu . Seseorang pernah terhidu haruman yang sangat wangi tetapi dengan kiraan beberapa saat wangian itu berubah menjadi sangat bau. Wiu wiu wiu……pernah suatu ketika  guard bermain dengan hanphone barunya sambil menggambar dibahagian lift TIBA-TIBA dia tergambar seorang perempuan berjubah putih dan rambut terurai ^^ aarrrgghhhhh, saya tidak akan bercerita tentang part itu. Sebenarnya banyak cerita terjadi didalam bangunan 4 tingkat ini. 
 
Lalu, apa motif dan kesinambungan tentang cerita saya diperenggan pertama dengan perenggan kedua dan seterusnya ? Tentang itu, saya tidak dapat menjelaskannya melalui entri ini. Itu hanya sinopsis tentang tulisan saya yang akan datang. *macam novel gitu, ada sinopsisnya* haha.. 

Terkadang jemari gendutku terpaksa mengikut melodi dan rentak mindaku. Apa yang mengalir dikepala itulah yang akan sampai di hujung jari ini. Melalui aliran itu, maka korang terpaksa jugala membaca tulisan-tulisan yang bercampur-baur dan penuh dengan artistik bahasa. Eh, artistik kah? ^^ itu saya tidak tahu. Korang nak tahu, kenalah tanya kepala otak korang itu. Ketuk-ketuk manja, tanya artistik itu bagaimana ciri-cirinya. Auuuummmmm.  Sila cari cermin muka dan ciumlah cermin itu sebagai tanda korang sayang diri korang sendiri.  

Sekian, bila jari gendutku menaip, mata korang harus membacanya dengan penuh kasih sayang. Bertaubatlah bilamana dirimu pernah menghinaku atau pernah memperlecehkan diriku, kerana pada penglihatan saya korang pun tidaklah sesempurna mana pun. Dibandingkan dengan semut, semut lebih bijak dari kita semua. Tak gitu ? atau korang rasa diperkecilkan bila saya membandingkan diri kita dengan semut ? . Kenapa semut ? korang mahu tahu, sila kaji kehidupan semut. 

Ngap ! satu gigitan semut untuk korang hahaha…. Kecil namun berbisa youuu :D  Tulisan Berhantu Mengundang Pembaca Misteri. Saya akan menulis tentangnya bila waktu mengetuk pintu hatiku untuk berbuat demikian. hehe

21 April 2014

Entri panjang tidak menjamin SEO



21.22.23.24.25.26 APRIL 2014 .Menghitung hari sangatkah diri ini menjejak usia baru ? 26 April hanya berbaki beberapa hari  untuk dicapai dan bermakna usia baru bakal dinobatkan pada diri ini. Wow ! Terima kasih kepada Penciptaku yang mengawal setiap keluar dan masuk nafas hidupku selama ini. Jika Ia berkata berhentilah wahai nafas dari menghidupiku maka, siapalah saya untuk menahan-nahannya untuk jangan berhenti. Sesungguhnya saya tidak punya kuasa itu walau sedikit pun ! segalanya atas izin Penciptaku. 

2:40 petang ^^ teramatlah santai tanpa sebarang pekerjaan tetapi,terasa malu pula duduk-duduk tanpa sebarang aktiviti yang menunjukkan saya harus digaji dengan aktiviti tersebut. (eitss, saya tulis apa ni haha)  maksud saya, adalah tidak berbaloi duduk-duduk dan menerima gaji tetapi apakan dayanya, kerja da abis, redha  jak la dengan duit itu ya boss ! haha…gaji tetap gaji dan pekerja harus dibayar gaji meski pun saya hanya duduk-duduk diatas kerusi biru beroda ini. Eii buka kerusi roda a.k.a wheel chair ya! Ala, kerusi ala-ala kerusi boss itu ~ yang boleh dipusing-pusing :P 

Oleh yang demikian pelbagai cerita sedang terhadam di kepala otak ku dan mahu dikeluarkan dengan segera ^^ makanya, saya mengambil keputusan untuk menumpahkan segalanya diatas blog yang indah ini. Menulis tak perlu pentingkan SEO kerana itu memang bukan kepakaranku dan blog ini bukannya blog Pakar SEO macam Hasrul Hassan itu. Bukannya tak ingin menjadi sepertinya tetapi saya sebenarnya ada 1001 macam kerja lain nak dibuat. *alasan ini diterimakah?* hehe. Sebenarnya blog ini adalah blog suka-suka sebagai teman dikala kebosanan atau sebagai tempat membuang segala cerita dari dalam hati dan juga dari dalam kepala. SEO memang tak mainlah kan. Tapi jangan hairan pula jika suatu hari nanti blog ini menjadi medan SEO haha *perasaan tahap unta* 

Kalau waktu tu mungkin nama saya dah mekar di medan blog gitu? Follower dah ribu-ribu lemon, sana-sini orang dah kenal *tidakkah perasan glemer kalau saya tulis seperti ini* tapi siapalah saya untuk kamu kesah kan…bukan siapa-siapa pun. Tidak penting pun. Tidak penting sangat pun untuk kamu kenal saya. *huhu…menangis tersedu-sedu macam lintah mengalirkan airmata dikala hujan lebat membasahi Malaysia* . Oya, saya mahu cerita yang tulisan Detik Terindah saya bersama Fair & Lovely sudah diterbitkan didalam Novel. Issshhh malunya cerita tu dibaca oleh orang. Tapi orang tak kenal saya pun, so tidak memadai untuk saya rasa malu ^^ cukuplah kamu berkata TAHNIAH kepada saya kerana nama saya tersenarai dalam novel itu. *kenyit mata sebelah kiri sambil senyum-senyum macam Che Tah senyum* :D

Ok, disaat jemari gendut ini menaip hingga perenggan ini ^^TIBA-TIBA hujan pun turun . Suasana yang dirindukan oleh ribuan penduduk Malaysia ^^ bila check FB ada macam-macam status bersyukur kerana hujan akhirnya turun. Tapi kalau hujan turun hari-hari pasti tidak lama lagi ada status di FB yang terlihat begini ‘asyik-asyik hujan…..rindulah matahari’ oh, itulah tipikal manusia. Bersyukur sekejap, kemudian lupa hakikat bahawa segala sesuatu ada musimnya lalu mulailah ia komplen itu dan ini. Ragam manusia sukar dijangka. Sekejap baik, sekejap jahat. Lagi teruk jika dia baik didepan kita, dan syaitan dibelakang kita. Pengkhianat ! (eh, kenapa saya tulis benda ini ? kerana itulah realiti manusia dan itulah tipikal sebahagian penduduk Malaysia – sebab itu susah untuk maju dan terlalu lambat untuk berjaya. Aduh, kesian banget ya! 

Maaf seandai tulisan ini agak membosankan kamu, tetapi jika ia direnungkan dan dibaca sambil mengecilkan mata (ala-ala membacanya dengan begitu berminat sekali :p) saya pasti kamu dapat menilai bahawa tulisan ini penuh dengan motivasi. MOTIVASI ! ya, motivasi ! kalau tidak ada juga, bermakna kamu kekurangan sesuatu didalam hati kamu. Apakah yang kurang itu? Errr..mungkin sejenis vitamin atau mungkin sejenis rasa (haha ^^ saya bermain-main dalam bab ini. Tiada kaitan sebenarnya hehe)

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, elok rasanya saya mencium jemari gendutku sendiri kerana beliau sudah bersusah payah menaip entri ini. Terlalu baik mereka untuk kumiliki. Biar pun gendut tetapi, mereka semua comel-comel belaka. Tidak sehari pun mereka tidak kusayangi . Terima kasih wahai Penciptaku, yang turut menciptakan jari-jariku. 

Sekian. (OH, panjangnya tulisan ini hikhikhik). Eh, berkaitan dengan tajuk diatas itu (Entri panjang tidak menjamin SEO) , sila abaikan hehe. Popeye ^^  Mu, tunggu tulisan akan datangku :)

Sebelum tu, izinkan saya menunjukkan makanan kegemaranku. hehe ^^ silalah belanja saya makan Tomyam ~ lagi pedas, lagi enak ! Nom..nom..nom
 

18 April 2014

Tak ingat Hadiah dari GA mana

2:47 petang dihari Jumaat Agung ^^ kelmarin dapat satu bungkusan dari Nile Store Sdn Bhd. Dalam tu ada satu dress purple yang cantik dan ngam-ngam dengan body dan ketinggian I. cewah ! Tapi tak dinyatakan pengirim sebenarnya siapa dan saya pun tidak ingat hadiah ni untuk giveaway yang mana. Ouch ! budget menang banyak kali ni haha....kalau ikutkan untuk minggu ni saja saya memang menang banyak hadiah. atau pun dorang sengaja pilih saya sebagai pemenang memandangkan April adalah bulan kelahiran Precious Cla didunia ini. :D  ala-ala sebagai hadiah birthday gitu ? sukanya hati gue... ^^

Tapi yang ni saya memang tidak tahu dari siapa. Apa-apa pun terima kasih daun pudina, saya sangat menghargainya. saaaaayaaaaanng kamu dengan sayang sayang Brazil (Brazil ? yes ! but why Brazil? because ....because.....BECAUSE I love Brazil :P )


17 April 2014

Menghitung hari di bumi Malaysia



Kehadapan setiap mata yang sedang membaca tulisan ini, tidak banyak yang ingin dikongsikan. Sekadar sebuah luahan kecil dari hati nurani yang tercipta dengan sejuta rasa dan keindahan. 26 April 2014 merupakan detik dimana saya akan berulang tahun sekali gus menyedarkan saya sekali lagi bahawa disuatu detik dahulu sepasang suami isteri telah bermadu cinta untuk menciptakan sebuah janin dengan izin Tuhan yang maha Esa, maka terwujudlah saya di bumi ini. Menghitung hari-hari itu membuatkan saya terpaku seketika bahawa hidupku ini sudah semakin singkat didunia. Semakin jauh kakiku melangkah mengharungi masa, semakin dekatlah pula hidupku pada pengakhiran didunia. Semakin jauh masa dibelakang ditinggalkan, semakin hampir pula waktu dihadapan ditamatkan. Apa yang telah saya lakukan selama hidup ini.

Terlalu banyak yang telah saya lakukan ! tidak sedikit yang menyakitkan dan tidak kurang yang menyenangkan. Pada usia ini saya hanya ingin merasa kuat dan gembira. Berhenti untuk khuatir dan berfikir terlalu banyak benda yang sia-sia.  Yang terpenting –saya ingin hidup ditahun 2014 dan tahun-tahun yang akan datang lebih lama lagi. Dengan perhatian dari Sang Penciptaku.  Ini adalah tahun yang indah untuk memulai segala sesuatu. Menjadi lebih bijak dari sebelumnya. Menjadi lebih berinspirasi dari tahun-tahun sebelumnya. Menjadi lebih maju dari usia-usia sebelumnya. Semoga di usia baru, saya menemukan Keenu Reeves saya. Hahaha… Yang lalu-lalu itu hanya sebuah memori indah dibawah daun pisang berdaun lima :P . Tiada apa yang harus disesalkan, pertemuan adalah biasa dan perpisahan juga tidaklah aneh. Semua ada proses yang harus dilewati.

Semoga saja my major problem segera dipulihkan - cepat bosan akan sesuatu – oh, penyakitkah itu atau saya memang spesis yang berdarah cepat bosan ? Bila bosan sesuatu itu seakan memenatkan untuk dijalani. Tetapi, harus diingat juga saya merupakan manusia yang bijak menemukan inspirasi dalam mengurangkan rasa bosan itu menguasai diri.  Yeah, saya seorang yang gembira dalam menjalani hidup dan menikmati apa adanya keadaan itu. Oleh, itu dikala saya bosan akan keadaan itu, saya tetap berusaha untuk menikmatinya untuk memaksimumkan rasa bahagia didalam diri sendiri. Ego kah saya? Hey ! E.g.o kah saya !??? helllloooooo, egokah saya? TIDAKkan ! saya hanya belajar menjadi diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Putarkan kembali cara fikirmu terhadap saya. Saya saaaaaaangat baik dan bukan sebaliknya ^^ haha^^ tidak meninggalkan seseorang itu tanpa sebab tetapi, saya akan tinggalkan seseorang itu tanpa sebarang notis dan biarkan orang tersebut berfikir apa salahnya. Haha….nampak tak permainan disitu. Buatlah sesuatu dan menyesallah kemudiannya.:D dan saya akan tetap hidup dengan gembira. 
 
Eh, apa motif penceritaan diatas dalam blog ini? Eh..ehe…saja mahu bagi hati korang geli-geli(man) dan mata korang mengecil saat membaca semua huruf-huruf yang tertancap didalam post ini. Ada faham ? eh, sebenarnya ketika post ini ditaip telinga saya sedang dihibur dengan sharing diantara setiausaha syarikat dengan seorang Auditor tentang betapa rendahnya nilai standard university tempatan sekarang ini. Bila e xam, open book semuanya. Hihihi….*tak kusangka, the lady bila bercakap dalam Bahasa English sangatlah powerful. Lebih baik dari Bahasa melayunya. Well, this is Borneo dan bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris.* hehe ketuk hati tanya jiwa, dimana silapnya Malaysia ini. Semuanya mahu di banned dari digunakan. Yang itu tak boleh, yang ini tak boleh..walhal jika dilihat pada akta itu semua adalah dibenarkan. Urmm….tahukah apa benda yang tidak dibenarkan oleh Malaysia itu ? *rahsiaaaaa* nak tahu? Sila check newspapers keluaran hari ini dan hari-hari sebelumnya. Jelitanya Malaysia dengan peraturannya, sehingga berjaya memecah-belahkan rakyatnya sendiri. Semoga Malaysia aman selalu :D

Ok itu sahaja coretanku dalam post ini. Sebuah tulisan menghitung hari menjelang berubahnya usia saya di dunia ini. Sayangi saya apa adanya dan jangan membenci saya lantaran tertulisnya perkataan-perkataan molek dientri ini.  Saya sayang you all dengan sayang seribu kali sayang :P
loading...