loading...

30 Mei 2014

RM200 dari ULTRA 101.3FM

Hari tu terima panggilan dari Stesen Radio Ultra :

Pihak Ultra : Hello, ni Precious Cla ke (hari tu dia sebut nama betul bukan glemer ni hehe) 
(halus ja bahasanya. kira nak speaking London, tapi macam eksyen la pulak hehe, sebenarnya saya tak suka guna bahasa Sabah bila bercakap dengan orang semenanjung, I prefer to speak bahasa Ibunda David Beckham gitu...sebab? kan, orang Semenanjung susah nak faham bahasa Sabah >.< )

Saya : ya, saya.

Pihak Ultra : saya just nak confirmkan info you untuk pengurusan hadiah. blah blah blah..

Saya pun bagilah maklumat yang dorang mau. Hadiah RM200 tu. Hanya dengan meneka gambar yang diberikan dalam Fan Page Ultra bulan lalu. Ramai yang meneka, tapi semuanya salah. Bila tengok gambar tu, ala senangnya ! so, saya dengan kelajuan cheetah cepat-cepat menaip jawapan saya sebagai 'Terumbu Karang' sebelum orang lain meneka dengan tepat. Ternyata kelajuan saya menghasilkan berita baik. :D

''Tahniah diucapkan kepada Precious Cla kerana menjawab dengan tepat dan berjaya mendapat RM200 dari Ultra Diving''

Fuhhhh ! happynya dalam hati. Terima Kasih Ultra. 

Eh, hari tu siapa yang called saya ya ? Shahira ke.... lembutnya suara :P (apa-apa pun RM200 tu saya dah terima .
DJ ULTRA 101.3 FM

28 Mei 2014

Tips mengenal Lelaki Penipu




Hello. Satu hari menghadap skrin komputer. Hari-hari begitu. Hari-hari begini. Tapi itu bukan soal yang hendak saya persembahkan buat bacaan mata korang. Oleh kerana jantina makhluk didalam dunia ni hanya ada dua iaitu lelaki dan perempuan atau jantan dan betina maka, dihari yang terpilih ini saya mahu mengupas tentang kisah si lelaki yang bersifat penipu. *pondan bukan dikategorikan dalam kehidupan manusia* Tuhan hanya menciptakan Adam sejati dan Hawa sebagai pendampingnya. Tiada jantina ketiga yang dijenamakan manusia sebagai pondan.  

Nampak tajuk diatas ? apa kata korang hehe. Saya ada  pengalaman melalui pembacaan, pemerhatian dan terlibat dengannya secara tidak langsung dan juga secara langsung^^ cewah !  

Antara ciri-ciri lelaki penipu adalah…………. *sila ambil perhatian dan baca betul-betul. Mungkinkah lelaki disamping korang sekarang mempunyai ciri-ciri ini?* weeeewww…….

Satu, mudah sangat panggil kita sayang (sebab dia ramai awek, diulangi sekali lagi..TERLALU RAMAI hinggakan dia susah nak ingat nama awek dia. Untuk memudahkan dirinya dia panggillah sayang. 

Lelaki penipu cepat sangat cakap dia jatuh hati dengan kita (lelaki ni tak buang masa dan sebenarnya dia pun mahu kita cepat-cepat jatuh ke perangkap dia)

Bila kita call selalu tak angkat, bila kita SMS selalu tak jawab. Alasan beliau dia tengah busy cari duit atau dia tertidur. Sekali dua kali alasan itu ok lah boleh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau tiap kali kita call or SMS jawapan yang sama diberi, tolong fikir-fikirkan. There must be something wrong with this guy, berhati-hatilah.

Handphone dia ada banyak. Satu untuk bini, satu untuk perempuan cikaro dia dan adalah tu. Lelaki penipu selalu marah kita bila lambat angkat fon  atau lambat reply SMS. Sebenarnya dia takut kita pun macam dia..pasang ramai. Hehe.

Dan lagi…

Ini info terbaik dari ladang kambing, bila dia sama-sama dengan kita tiba-tiba hp berbunyi, dia akan pergi jauh-jauh dari kita sebab nak jawab panggilan. Eh, dengan suara berbeza pulak. Kalau berSMS dia tidak mau kita tengok-tengok mesejnya tu…wow ! so weird.

Lagi..lagi, bila dia tengah SMS kita elok-elok tiba-tiba dia kata nak tidur. Kalau malam okay lah boleh faham. Tapi, ni masih awal trang tang tang. Apakah jadahnya, dulu bukan main hangat nak berSMS bagai. Sekarang tak mau sebab dia sebenarnya sibuk nak SMS perempuan baru . jeng jeng jeng. Dipersilakan membuang masa mengumpul para cikaro dan panda dipelukanmu. Lama-lama panda akan kembali ke China juga. Eh, terlebih sudah ! :D

Kadang-kadang tu bila kita tuduh dia something, dia pula jadi peguam putar belit cerita hingga kita berasa bersalah dengan tuduhan yang dibuat padanya. Punya panjang lebar penjelasannya bagai orang India menjual karpet merah. Haha.  Sebenarnya dia mahu cover salah dia. Weew !  I spy you with my little eyes, baby !

Eh, tapi ni untuk lelaki penipu berhati monyet jak..bukan lelaki sejati berjiwa murni macam korang yang sedang membaca tulisan ni. Hehe. Atau, korang yang sedang membaca ni  pun TERkategori sebagai LELAKI PENIPU
 Tips mengenal lelaki penipu

Oppss.

Masa untuk kopio O ! byeee. 

Oh ya, kalau mahu tahu bagaimana pula dengan kisah perempuan penipu? Mudah jak, gantikan semua perkataan lelaki diatas dengan perkataan perempuan. Jangan sangka ekonomi merosot, panda tak laku. Hahaha. Ok. Tiada kaitan. Panda dan manusia itu berbeza. Bau kentut manusia lebih bau dari bau kentut panda, sebab tu ia menjadi peliharaan kesayangan kerajaan Malaysia. 

Sebetapa baiknya sebuah hal, jika tak ada hasilnya, lama kelamaan kita akan bosan dan lelah, maka berhentilah; Seseorang, sebetapa kita  mencintai dia, jika tak mampu bersama, kita harus melepaskannya... karena lama-kelamaan, yang disakiti adalah dirimu, yang hancur adalah hatimu, yang terluka adalah jiwamu.

Kadangkala, menyerah adalah cara lain untuk bertahan... ketika bunga musim semi yang telah lewat, kita masih mampu menikmati indahnya musim gugur.

segala sesuatu, semua orang... suatu hari pasti akan menjadi masa lalu. Sebetapa sulitnya, kita harus belajar melepaskan.

Si penipu hari-hari ini, pergilah dirimu dengan segala hormatnya diringi sebuah senyum mulut dari bibirku yang anggun. :D

Sekian , detik ini akan segera berlalu…..seperti dirimu dan diri kita semua, suatu hari akan pergi untuk selamanya. Hentikan penipuan, kembalikan keunggulan iman. :)

26 Mei 2014

Macam mana nak tarik Pembaca datang Blog kita ?

Susah sangatkah nak tarik pembaca datang dan baca tulisan-tulisan dalam blog kita ? Waktu baru berjinak-jinak dalam dunia blog dulu, saya tak pernah terfikir pun tentang pembaca atau follower dalam blog ini. Yang saya tahu menulis dan terus menulis untuk sebuah kepuasan didalam diri. 

Namun, ketika dunia beranjak gemilang dan saya semakin tahu kepentingan pembaca dalam blog maka barulah saya terkial-kial mencari petunjuk para otai untuk tujuan tersebut. Susah memang susah tapi tiada yang mustahil selagi ada keinginan dan kerajinan. Selama ni kita mungkin sibuk nak bagi tarikan pada gadis-gadis idaman atau para jejaka idaman supaya mereka suka pada kita. Para blogger pun harus ada caranya nak tarik pembaca suka pada blog kita. 

Pertama, kita kena fokus terhadap apa yang kita tulis dan motif tulis tersebut ada di dalam blog kita. Macam you la, nak pakai lawa-lawa pergi kolej tu buat apa. Mesti ada sesuatu kan...kan..kan.. ehem ! tak cukup dengan lawa, mesti ada perfume Calvin Klein gitu. hehe

Lepas tu, design blog kita kena menarik tertaik supaya pembaca tergoda . aaaummm.... kalau blog tak cantik, mood pun hilang nak baca. tak gitu ? eh..eh.. blog saya ni cantik tak...cun tak.. *sebenarnya blog ni tak brapa cun, tapi tuan tanahnya cun you* oleh itu korang haru baca setiap tulisannya supaya korang boleh kenal tuannya. haha. boleh gitu ?

Next, para blogger kena rajin balas setiap komen yang dihantar oleh pembaca. Kalau tak balas macam mana dia tahu respon pemilik blog tersebut pada kehariannya didalam blog itu. Orang bagi salam, kita kenalah balas. Kaaaan..... mudah difahami. Kita harus mesra dengan para pembaca kita. Mesra ada banyak cara...yang tu korang tak perlu tunjuk ajar dari gua.  :D

Ok la sebenarnya, saya pun bukanlah pandai sangat tapi bolehlah untuk berkongsi sedikit-sebanyak ilmu pada korang semua. Kan dunia ada memberi kalimat 'sharing is caring'