30 Disember 2014

Musim Winter Telah Tiba

Musim winter (musim hujan) di KUNDASANG sudah bermula, suhu sekitar 15°C, sudah tentunya sangat sejuk. Jika anda berkunjung ke Kundasang, jangan lupa bawa baju sejuk tebal sikit ya!
 Kundasang
Kalau anda mendaki gunung Kinabalu lagilah sejuk. Lutut boleh menggigil gitu...eh, minggu depan saya akan mendaki Gunung Kinabalu. (saja nak announce :p ) 

Musim Sejuk Kundasang

29 Disember 2014

Krismas Tanpa Salji

Suasana natal masih terasa meski hari ini sudah dan harus memulakan rutin harian, bangun pagi mencari nafkah hidup. Namun, ditengah indahnya mimpi yang mewarnai nyenyakku saya dikejutkan oleh bunyi pintu bilikku dibuka. Ya, saya bangun terlewat 35 minit dari bunyi alarm 5:03 pagi. aaah..

Hari ini baru sempat nak menulis setelah cuti-cuti diraih penuh kegembiraan. Hari ini baru sempat nak tunjukkan gambar natal tanpa salji dari sang awan. Melihat hadirnya ramai manusia berjalan-jalan menikmati suasana malamnatal kota nan permai. Tanpa rusuhan, tanpa sengketa. 

Ada kepala yang tak bertudung, ada yang bertudung, ada lelaki  yang bukan Kristian dan ada lelaki kristian. Berjalan dilorong yang sama, saling bertukar senyum dan sempat sesekali diantara ramai orang itu mengucapkan merry christmas !

Kota ini penuh pelangi. Negeri ini, negeri pelangi. Tidak hanya satu bangsa. Bukan hanya dua bangsa. Ia lebih dari apa yang anda fikirkan. Namun, negeri ini indah kerana ada banyak warna-warna bangsa yang hidup rukun dan saling menyatu dalam negeri untuk membentuk suasana aman damai.

Natal tak layak disebut oleh sesetengah individu, haram katanya. Natal akan menjadikan seseorang itu murtad dan berdosa, katanya. Semuanya terletak pada hati. Jika hatimu benar, maka tiada masalah untuk mengucapkan sebaris ucapan pada teman yang berlawanan agama denganmu.  Jika  imanmu tetap dan teguh, tiada siapa dapat mengubah kepercayaanmu terhadap apa yang anda anuti. Orang yang suka menjelekkan agama lain adalah orang yang tidak yakin pada agamanya sendiri.

Walau bagaimanapun, dikota ini masalah ini tidak pernah terjadi. Bahkan, kami sama-sama merayakannya. Makan bersama dan saling bertukar hadiah. Saya tidak mereka-reka cerita tapi, ia benar dan memang terjadi dikota ini. 

Kota pelangi, kota bersemi penuh cinta. Merry Christmas to one and all . Kumerayakan natal di perkampungan Praise Valley dan juga berjalan-jalan dikota Jesselton untuk sebuah perayaan yang dinamakan Natal .

Bahagia tak perlu dinyatakan secara berlebihan melalui tulisan ini kerana hati dan fikiranku akan selalu menyatu menjadi kenangan indah yang tak bersudut bilamana hari ini berlalu dan esok menjelma. Setiap tahun natalku tidak sama namun, ada satu hal yang tak pernah berubah sejak dahulu hingga kini tujuan saya merayakan natal adalah kerana sang Juruselamat manusia telah lahir dan selayaknya Dia dirayakan dengan sepenuh hati, segenap jiwa raga dengan ucapan syukur.

24 Disember 2014

Merry Christmas !

Bahagia dibawah langit berbintang indah, hatiku tertawan mesra, jatuh cinta pada penciptaku memekar subur. Happy birthday Jesus and to the one and all wish u a very happy christmas.

JESUS is the reason for the season. MERRY CHRISTMAS !

18 Disember 2014

Dibawah Langit Biru Praise Valley

Menghitung hari di bumi Malaysia kerana mungkin disinilah diriku ditakdirkan selamanya untuk mengakhiri nafasku ? atau mungkin suatu hari kelak saya akan dihantar ke suatu negeri baru yang jarang melihat bangsaku ada disekelilingku ? saya tidak tahu meski ingin selalu tahu rencana apakah yang dibawa oleh Penciptaku untukku.

Hari ni 2014 bertanggalkan 18 Disember hampir sampai kepenghujung. Pada tarikh yang sama, mundur setahun saya pernah menulis sesuatu dan tulisan itu ada disini . Menyusuri waktu yang melaju tanpa banyak perubahan membuat otakku berfikir pantas....bagaimana ceritaku pada tahun 2015. 

Sungguh, ketika membaca tulisan-tulisan lamaku didalam blog ini hatiku terkaku seketika...begini cepatkah waktu beranjak pergi meninggalkan banyak hal ? tewaskah saya dalam banyak perancangan tanpa kejayaan ?
Praise Valley

Duduk mengetik keyboard huruf demi huruf sambil sang bayu dimalam hari mengipasi tubuhku, akhirnya saya sedar dan selalu sedar bahawa hidup ini sangat singkat untuk tidak dimakmurkan dan disyukuri selalu.

Banyak kisah yang tidak perlu dimerdekakan dalam memori kepala, seeloknya dan sebaiknya dilupuskan tanpa perlu dikenang dalam melanjutkan usia didunia yang fana ini. Akan ada banyak hal indah yang akan berlaku selepas tulisan ini siap atau pasti dengan nyata hidup ini akan diangkat membawa kisah-kisah hebat dan indah kemudiannya. Cukup dengan percaya dan sedikit usaha sambil berjalan dijalur yang benar, kejayaan demi kejayaan akan mewarnai hidup ini.

Tahniah demi tahniah akan terdengar terucap buat diri ini. *Ini mimpikah?* hehehe....saja hendak meletakkan tulisan ini pada tarikh ini, kerana ia istimewa dan indah meski tanpa hadirnya sang bintang didada langit biru yang tinggi.

Terima kasih wahai pembacaku yang budiman dan juga yang kurang ajar. Pembaca diam tanpa jejak, terima kasih kerana sudi menjadi stalker saya. Terima kasih sekalian anda.

Terima kasih.


Read To Them #ambank #givealittle

I come from a childhood packed with millions of sweet memories surrounded by family, friends, and people that understood what love is. It is amazing to me that most things I remember from my childhood make me smile and happy, considering that we had really little money and much reason to pray for help.
Read To Them
Our Mini Library
I had wonderful childhood not because of the things we had but because we had each other. This post is about creating sweet moments that our children will always remember #ambank #givealittle.

It is a beautiful thing to read a child but there is a magic when you read to a child. Books create a world where everyone that is reading becomes a part of it. No matter how old a child is, read to him, read to her, read to them, read with them. I do reading with my little girl , everyday !

Let's give  our children the gift to grow up saying...

MY PARENTS ALWAYS READ TO ME

17 Disember 2014

Menang RM250 Dari AmBank

Hari ke 351 di tahun 2014, bermakna ada tinggal 14 hari lagi untuk tahun 2014 menyempurnakan harinya menjadi 365 sebelum membuka lembaran baru tahun 2015.

Pada hari yang ke-350 saya dinobatkan sebagai antara pemenang yang berjaya menerima hadiah bernilai RM250 dari AmBank Berhad. Nilai tu sikit jak bagi orang kaya macam lu, tapi orang seperti saya RM10 pun banyak (hehe).
TAHNIAH AMBANK
Kalau tak silap tu kemenangan yang entah ke berapa kali dah untuk tahun ni dan sempat membuat hati merahku tersenyum tanpa gigi. Kebanyakan kemenanganku melibatkan tulisan-tulisan kreatif yang sederhana dan ternyata itu seringkali memikat hati juri . eh, bukan memuji diri sendiri tetapi, siapa lagi yang akan memuji jika bukan diriku sendiri haha.

Oleh itu, hari ini saya dengan bahagianya menyuruh tangan kiriku bersalam dengan tangan kananku dan mengucapkan TAHNIAH ! kau telah melakukan yang terbaik seperti biasa dan akan selalu begitu. Tahniah dan Terima Kasih AmBank !

Natal Di Atas Lautan Awan

Disember kini disini, bermakna cuti panjang buat sesetengah orang. Natal merupakan perayaan yang menutupi semua perayaan lain sebelum mengorak ke tahun baru. Cuti-cuti saya hanya sedikit dan berdasarkan warna merah kalendar sahaja. *menangis dalam hati*

Apa pun, kebahagiaan adalah pilihan. Orang cuti memanjang kalau hati tak bahagia, tiada gunanya juga. Cuti pendek tapi hati gembira pun tetap bahagia. gitu?
Selamat Hari Natal
Selamat Hari Natal dari Lautan Awan
Sempena cuti-cuti dan Natal ni, saya mengucapkan SELAMAT HARI NATAL dan biarkan Natal tahun ini disambut dengan sukacita dari syurga. Berhati-hati walau dimana pun anda berada terutama yang hendak balik kampung atau yang hendak melancong dan juga yang tak kemana-mana kerana bajet dah habis, berhati-hatilah !

Terima kasih untuk tahun yang mencabar, tahun 2014 yang juga merupakan tahun anugerah dan berkat melimpah dari sang Penciptaku yang maha hadir dan maha kaya. Terima kasih buat nafas yang menghidupiku atas arahanMu untuk  masih berada dalam hidup ini.

2014 bakal berakhir dan lenyap tetapi, kasih dan perhatianMu terhadapku akan terus ada disepanjang jalan hidup ini.

Sekali lagi, selamat hari natal dan Tuhan memberkati.

Kembara Gunung Kinabalu Bersama M.Magendran

Dahulu, Kini dan Akan Datang sukaku pasti tak akan lenyap pada Gunung Kinabalu. Meski mungkin nantinya saya akan menjadi gendut segendut gajah atau nantinya saya akan tua tak mampu berjalan, sukaku pasti tak akan hilang.

Mungkin ramai berkata untuk apa mendaki gunung yang sama berkali-kali. Rupanya tidak berbeza, bentuknya masih sama, jadi untuk apa ? hanya memenatkan kaki, membuang masa berjalan berjam-jam hanya untuk melihat alam yang sama ?

Mendaki untuk refreshing, membunuh waktu ? setiap pendakian adalah inspirasi, bertukar senyum kala nafas seakan tersekat untuk beroperasi dan banyak hal-hal kecil yang akan membuatmu terasa betapa berharganya hidup ini dan ruginya jika tidak digunakan dengan sewajarnya.

Merasa bumi  tidak indah lagi ? Gunung Kinabalu masih indah, menginspirasikan dan itu sebabnya saya suka kesana. hehe..Ok, tahun depan saya akan mendaki lagi , lagi dan lagi. Mahu join atau korang ada team sendiri tetapi tidak tahu macam mana cara mengurusnya ? jangan bimbang, saya boleh bantu !
Kembara Gunung Kinabalu
Mendaki, mendaki jugak..gambar jangan lupa dipotret sebagai kenangan dihari tua (cewah!). Yang ni gambar saya ketika mengikuti team M. Magendran ketika usiaku masih mentah dan sangat dijaga oleh bapa Peguam dibelakang itu. well, kami kan peserta paling remaja dan paling disayangi waktu itu (haha) . yang lain-lain semuanya berstatus 'beliau-beliau' :P

Ok, lepas ni saya mahu ke Gua Red Flute, Guilin, China pula ! kalau tidak pun ke Danau Kelimutu Indonesia ... (bila ? bila-bila saja, bila dana sudah cukup atau kalau ada tukang sponsor yang baik hati, jemput-jemputlah melibatkan nama saya juga ya) hehe.

15 Disember 2014

Artikel Tidak Disiapkan ?

Seperti yang anda tahu saya merupakan penulis artikel berbayar. Orang bagi tajuk artikel, masukkan paymen dalam bank dan saya akan buat artikel itu sebaik dan semampu mungkin. 

Malangnya, dua tiga hari ni saya sangat sibuk dan juga sakit kepala bagai nak meletup rasanya. Jika setakat tulisan biasa mungkin ok lah tiada masalah nak tulis tapi, artikel merupakan tulisan yang harus dibuat betul-betul. Orang dah bayar kita, jadi kita kena buat yang terbaiklah. Tak gitu ?
Penulis Artikel
Terkadang saya tidak dapat menyiapkan artikel yang diberikan bukan kerana saya malas atau tidak memegang janji atau sekadar 'janji terang bulan' atau 'janji Melayu' . Masalahnya, saya juga manusia biasa yang akan jatuh sakit bila-bila masa dan menemui banyak hal lain secara 'tiba-tiba' tanpa notis dan sukar untuk dielakkan. 

Walau bagaimanapun, setiap pembayaran yang telah dibuat akan dikembalikan kepada pelanggan jika artikel yang dijanjikan tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditentukan. 

Dengan cara ini bisnes harus tetap berjalan dan kepercayaan akan semakin tinggi. Nama kita tak rosak pun. Apa pun , setakat ini saya belum pernah mengembalikan wang bayaran tulisan artikel kerana setiap artikel disiapkan dalam waktu yang ditentukan.

12 Disember 2014

Malin Kundang

Kita hanya manusia biasa dan tak pernah terpisah dari melakukan hal-hal buruk. Namun kita tak pula terikat untuk tetap dan harus melakukan kesilapan demi kesilapan didalam hidup. Setiap detik jika dapat, mahunya diri kita menyenangkan atau sekurang-kurangnya menjadi baik.

Hakikatnya, seberapa baik pun kita masih ada pemilik tulang yang rakus akan sifat dunia yang terlalu singkat ini. Saya pernah mengenal beberapa manusia yang bersikap pentingkan diri sendiri setelah banyak madu diberikan. Tak mengenang budi setelah banyak zat dialirkan masuk kemulutnya, sehingga perut tidak kelaparan disiang hari dan tak menangis dimalam hari kerana sakit dan kebuluran.

Bukan kerana banyaknya harta baru hendak membantu tetapi, kerana kasih maka apa yang ada turut diberikan atau dikongsikan bersama untuk sama-sama menghidupi kehidupan ini. Bukan mengungkit apa yang pernah ditaburkan selama ini tetapi, perlu diingat manusia masih tetap manusia selagi nyawa dikandung badan dan hati yang ada masih dapat merasakan apa yang telah terjadi.

Ditolong tidak semestinya dibalas dengan wang ringgit, harta kekayaan dan kemewahan. Cukup sekadar berhati perut dan tidak menjadi Malin Kundang yang lupa segala kebaikan orang lain yang pernah mengangkatnya menjadi seperti apa dia hari ini didalam masyarakat ini. Tidak perlu mengangkat tangan memberi hormat kepada empunya diri yang pernah bersusah-payah menjaga kebajikan ketika dalam dilema kehidupan yang belum tahu  harus berbuat apa untuk menghidupi hidup yang ada. Bersyukur masih ada tangan yang terbuka untuk menerima dan menjaga apa adanya. 
Dalam diam dibawah birunya langit, rasanya tidak ada hal yang terlalu baru untuk membuat hati terkejut beruk. Tidak semua manusia yang ditatah bagai permata akan menjadi seindah permata berkilau indah bila dewasa. 

Terlalu biasa bagi manusia yang dikenal dan rapat dengan kita tiba-tiba bertukar peribadinya bila ia berada ditempat lain. Dahulu sangat rapat kini menjadi orang asing. Tak perlu menjadi Malin Kundang. Hidup terlalu singkat untuk dibanggakan dan menyisihkan orang yang banyak membanting tulang untuk menghidupi seorang manusia yang akhirnya menjadi biadap.

Bukan mohon simpati untuk diingat kembali, cukup menjadi diri yang boleh dibanggakan kemudian hari meski itu diatas kaki sendiri tanpa ada yang namanya manusia yang pernah ada ketika siang bertukar malam dan malam menjemput siang kembali. Semoga kaki yang melangkah pergi dan diri yang menjauh akan berjaya meski itu tanpa pernah mahu diketahui oleh orang yang pernah mengeluarkan peluh demi menghidupi kehidupan yang berada dibawah jagaannya. 

Jika hari ini manusia yang pernah melihatmu menangis dan menggenggam tangan dan memberikan kebahagiaan kepadamu dahulu mahu disisihkan, sisihkanlah itu dan jangan pernah lupa untuk membuang segala memori indah suka dan bahagia yang pernah tercipta suatu ketika lalu. Lupakan tahun-tahun itu dan anggaplah tahun-tahun itu tidak pernah wujud dalam kalendar kehidupanmu dan anggaplah bahawa dirimu tidak pernah melewati waktu itu. Kau kecil, lalu menjadi dewasa. Tiada zaman kanak-kanak dan tiada zaman remaja. Lupakan waktu itu kerana ia tercipta bersama manusia yang ingin kau sisihkan ketika ini. 

Manusia tetaplah manusia sehingga nafas hilang dari rongga hidung dan mulutnya dan tiada berfungsi lagi. Waktu itu, semuanya telah terlambat. Untuk para penggemar tugasan sebagai batu api untuk melagakan A.B dan C dipersilakan untuk mencermin diri sendiri dan mengukur tingkat kecerdasan kepala, anugerah apa yang hendak diraih setelah melakukan hal tersebut ? kepuasan atau sekadar ingin menjadi sahabat Iblis ? 

Ketika menulis tulisan ini, saya tidak beranggapan bahawa diri saya seorang yang baik apatah, lagi alim tetapi, cukup melihat dan merenungi tulisan ini apa adanya. Saya masih seorang manusia yang hidup berlandaskan agama dan masih tahu nilai-nilai kebaikan manusia.

Maaf jika tulisan ini terbit disini, seperti yang pernah dimaklumi olehmu tulisan dan saya sukar dipisahkan dan ia menjadi kesukaan saya. Hari ini cerita manusia yang bergelar 'dirimu' terpampang disini. Bukan untuk menjatuhkan melainkan untuk mengucapkan semoga berjaya walau dimana pun kakimu melangkah dan dengan siapa pun dirimu berdampingan.

Salam tahun 2014 yang bakal menutup tirainya. Demikian pula kisah kita akan tertutup rapi dan dipersilakan setiap kita menghidupi diri masing-masing tanpa perlu menjadi sibuk akan hal orang lain. 

4:45 petang
Jesselton
Mendung namun kuberharap awan tidak menurunkan air dari perutnya.



10 Disember 2014

Nuffnang Cerewet !

Nuffnang ni menyakitkan hatiku. Suka-suka nak putuskan hubungan dengan diriku ini. Malas ! nuffnang tak setia ! saya dah setia, dia pulak berpaling arah . 

Sekarang saya hanya berstatus non-gliteratti. Status gliteratti dibuang begitu saja. Tak fair lah macam ni. Hari tu dapat mesej untuk iklan blogbuster tapi sekali check status rupanya dah bertukar ke non-gliteratti. Apa sebab, saya pun tidak tahu. 

Padahal sebelum tu berlambak CPUV diberi. Memanglah lama tak update blog ni tapi tak la sampai berminggu-minggu dan tak adalah pula letak iklan luar dalam blog ni. Tiba-tiba nuffnang nak putus hubungan mesra denganku. Bencilah ! huhu....

Oh, saya terlanjur mengeluarkan perasaan kesallku pada NUFFNANG disini. Nak hantar tiket pada nuffnang pun dah malas. Biarlah....ada masa nanti saya buanglah semua iklan nuffnang tu (itu pun kalau saya tak dapat status gliteratti tu balik hehe).
Nuffnang
Ok lah, hanya itu yang saya nak tulis. Tulisan ini ditujukan kepada Nuffnang yang cerewet dan suka sakitkan hatiku. Perlukah saya mengucapkan selamat tinggal nuffnang ?

9 Disember 2014

Harus Menulis !

7:02 pagi berbekalkan oksigen yang diberikan secara percuma oleh Penciptaku, maka saya masih ada disini. Rasa mengantuk belum hilang namun, hidup bukanlah untuk tidur saja melainkan untuk menikmati dunia ini apa adanya. Saya tiada hasrat untuk menulis hari ini tetapi, kemalasan tidak boleh dimanjakan untuk menguasai empayar hatiku. Rajin harus disemarakkan. Jemari harus dikerahkan untuk menulis. 

Hari ini saya perlu menyiapkan 6 artikel lagi. Tajuk artikela agak susah namun, tiada mustahil untuk disiapkan. Percaya diri, rajin dan usaha harus bersatu dalam sanubari membangun kualiti diri agar dipercayai oleh penggemar kita (adakah?) atau pelanggan kita.

Bulan Disember merupakan bulan yang sibuk bagi diriku. Macam-macam aktiviti disusun untuk memeriahkan suasana dunia sekitarku juga, sekurang-kurangnya mencipta sedikit memori untuk dibawa menyelusuri perjalanan hidup ini ke alam dewasa.

Berdiam diri , memandangi langit atau atap rumah terkadang sudah cukup membawa perasaan kita ketempat lain. Betapa hebatnya imaginasi seorang yang bernama manusia ! alangkah ruginya jika kita lupa menggunakan khidmat otak disetiap waktu. Hargai dan jadikan ia sebuah organ yang istimewa untuk dilindungi dan dinikmati keberadaannya dalam anggota tubuh badan kita.

Saya malas menulis, mungkin selalu terbit dalam benak tapi rajin boleh dipaksakan. Hari ini saya memaksa diriku untuk menjadi rajin. Tanpa kerajinan, hidupku tidak akan pernah mengalami kejayaan atau perubahan. Hari ini saya harus menulis. Jika tidak, bisness tak akan berjaya. (tak gitu?)

Disember akan segera berlalu demikian juga 2014 akan pergi untuk selamanya sebentar lagi. Namun, saya ingin agar tahun 2104 ditutup dengan penuh ucapan syukur dan penghargaan kepada setiap anggota tubuhku baik yang kecil dan kurang menyerlah sehingga yang paling besar dan selalu diperhatikan. Terima kasih kerana tercipta dalam kewujudanku sebagai manusia biasa yang berpotensi besar untuk merangkul dunia jika digilap dengan cara yang tepat, berani dan berkeyakinan. 

Mampukah saya ? kupandang kehijauan alam sekitarku, duduk merenung diri....jika ada usaha, doa dan bijak menyatu pasti boleh. (berkhayal seketika.....krik krik krik....saya sebenarnya masih sangat mengantuk)
Kenangan Lalu
Baiklah sebelum titik terakhir dipersembahkan dalam tulisan ini, saya publishkan sebuah tulisan lama di era 2000-an dari saya kepada orang suruhanku (haha). Hidup penuh tawa dan suka juga duka dan airmata. Nikmati saja !

2 Disember 2014

10 Artikel Di Tempah

Disember akhirnya menjelma, musim sejuk melanda kota dimana kakiku sedang berpijak ketika ini. Melihat alam ini, membuat saya mengerti dengan jelas bahawa hidupku masih dibutuhkan dalam dunia ini. Hidup mungkin menakutkan tetapi tidak beerti itu adalah akhir dari segalanya. Selamat menyambut bulan Disember, bulan kebahagian dan kemenangan setelah kita berjaya melalui 11 bulan yang lain dengan berjaya.

Maaf, kerana agak lama tidak menulis disini. Saya terlalu sibuk dengan banyak hal dan yang terkini saya perlu menyiapkan 10 artikel dari pelanggan saya. whoah ! menyiapkan satu artikel pun tidak mudah, inikan pula 10. Bayaran telah dibuat oleh pelanggan dan saya harus menyelesaikannya dalam minggu ini atau sekurang-kurangnya minggu depan.

Makanya, banyak hal yang perlu dilakukan untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dan disukai pelanggan. Inspirasi harus menyatu dalam minda agar tulisan terbit dalam bentuk yang indah dan memuaskan. 

Dirimu yang sekarang adalah hasil yang kau lakukan di masa lalu; dirimu yang di masa depan adalah hasil yang kau lakukan di masa sekarang. Jika kau ingin tahu masa lalu seseorang, maka lihatlah keadaannya sekarang; jika kau ingin tahu masa depan seseorang, maka lihatlah apa yang dia lakukan sekarang.
 Penulis Artikel Malaysia
Percaya bahawa kau memiliki rezeki baik, tetapi jangan terobsesi dengan kekayaan; Percaya bahawa kau adalah peribadi kuat, tetapi jangan menolak airmata; percaya bahawa didunia ini pasti ada orang baik, tetapi jangan tidak berhati-hati; percaya bahawa kau pasti akan berjaya, tetapi jangan menghindari kegagalan;  percaya bahawa ada Tuhan, tetapi jangan lupa mengunci pintu. hehe

Selamat menikmati bulan Disember yang hebat, bulan 'hadiah-hadiah' . Yang mahu memberi hadiah pada gue, dipersilakan dengan segala hormat :P

Ok, masa untuk menulis sambil menikmati kota lama yang terbina oleh British namun, diindahkan semula dengan pelbagai pembangunan sehingga wajah lama tampil tak diperhatikan. 
loading...