Oh Chiang Mai, Asal Dari Filipina ?

Hari ini setelah sekian lamanya tidak menulis, saya menulis kembali. Disini. Tempat yang selalu membuat saya bebas menyuarakan segala rasa, tanpa peduli. Biadap kata-kataku, tiada siapa dapat menghalangnya. Namun, saya selalunya bersikap baik pada kata-kata untuk tatapan kalian.

Mt Sutherp
Tulisan ini sepatutnya saya tulis tiga bulan yang lalu (mungkin) sebelum saya kembali untuk ke dua kalinya ke negara gajah itu pada bulan July (nanti saya tulis kisah itu, sabar). Namun, jika sekadar mencoretkannya disini, tiada makna kata cepat atau lambat. Suatu hari ia hanyalah sebuah kenangan. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menceritakan disini. Baca dengan jiwa juga ya biar segala rasa yang saya alami dan nikmati ketika berada di Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand meresap dalam hati dan rasa ingin bergurau-senda tawa riang di kota itu terbit dalam hatimu. gitu ? :D

Oh, Chiang Mai

Saya suka menyebut kota Chiang Mai sebagai kota yang sopan dan ramah. Penuh budi bahasa lembut dan suka tersenyum. Ia bukanlah kota yang sibuk jika mahu dibandingkan dengan Kota Bangkok. Ia sangat sentimental sesuai dengan jiwa saya yang agak romantik dan sentimental (hahaha). Part sentimental dan romantiknya jiwaku merupakan bahagian yang tidak patut dipercayai kerana ia bukanlah demikian, makanya jangan terpengaruh.

Chiang Mai terkenal sebagai tempat banyak filem difilemkan, kotanya indah dan bersih. Belum begitu banyak pembangunan. Tidak pula sehebat kota lain dengan saujana mata memandang kota dengan banyak bangunan mencakar langit. Untungnya, ia tidak seperti itu kerana jika YA saya tentu bosan. Syukur kota Chiang Mai dan Ching Rai mewah dengan alam hijau dan masih kurang pembangunan dari segi bandar dengan bangunan tinggi-tingginya.

Chian Mai Thailand
Orangnya ramah, suka menegur tetapi malang sungguh saya belum pandai berbahasa Thailand. Andai pandai sepandai mereka, pastinya banyak cerita keluar dari mulutku tentang kisah negeriku hinggalah kisah cintaku  (OooOh ha ?). Perjalanan selama hampir seminggu di Chiang Mai memberi seribu kenangan dan pengalaman yang berharga dan indah.

Backpacker ?

Tidaklah. Kami ikut travel agent yang bernama Good Season. Tour guidenya memang terbaik-lah ! itu saya belum catatkan ciri-ciri senyumannya yang manis dan ....  (?) hehe. dia berbahasa inggeris dan sangat ramah. Mukanya ala-ala bangsa saya jugalah hensem dan bijak. Gitu ? (teka apakah bangsa saya ?) hehehe. Pemandu kereta yang kami naiki juga sangat peramah, suka berbicara tetapi kata yang saya fahami cumalah sawadika(p), selebihnya saya sepertinya mendengar gajah berbicara kerana sepatah pun saya tidak fahami. Suka membantu dan (oh, ya bila dia melihat saya kepanasan dibawah teriknya mentari Chiang Mai dia dengan baiknya memberi payung....eh, siapa-siapa pun akan melakukan itu untuk tuan puteri seperti saya...hahaha) . Itu sudah cukup membuat saya suka pada Chiang Mai.

Hanya itu ?

Sebenarnya tidak. Kota Chiang Mai sangat tenang. Lemah lembut dan segar. Terasa seperti berada dikampung halaman sendiri cuma bezanya, bahasa dan makanan. Tempat tinggal kami adalah Holiday Garden Hotel, menghadap Gunung Sutherp. Makanannya sedap, murah-murah dan boleh dijangkau oleh bajet pada minggu itu. Sempat menikmati rasa sebagai seorang pelancong yang benar-benar melancong. Tapi kan, kadang-kadang diri tak terasa benar-benar sebagai pelancong kala berada di Thailand kerana wajah-wajah orang disana seakan-akan bila saya melihat cermin saya melihat rupa mereka juga, lebih kurang begitulah definisinya wajah orang Thailand dengan wajah Borneo seperti saya. Mereka fikir 'eh, ini orang Thailand bahagian mana ni' (gitu) hehe... ok ok kita adalah penghuni negara Asean jadi, wajar jika wajah kita saling ada iras-iras sikit. Ala-ala keluarga lah.

Masalahnya tour guide dan juga pemandu ketika itu berfikir bahawa saya ini orang Filipina? cepat-cepat tengok cermin, beginikah muka orang Filipina ? tak puas hati. Senyum sikit sambil berselfie, tengok hasilnya....beginikah wajah orang Filipina ? oooooh pasti mereka ini terpengaruh dengan filem Filipina, pelakonnya cun-cun belaka. Seksi-seksi belaka. Merah-merah bibirnya. Ceh ! baiklah, wajah saya seperti orang Filipina. errr, kalau saya ke Filipina adakah mereka akan berkata eh, muka ini seperti wajah mereka ? saya pasti tidak juga tapi, kalau saya ke Indonesia mereka pasti mengingat saya adalah warga Indonesia. opps !^^ eh, tapi kemudian mereka juga berkata bahawa wajahku juga sama dengan orang Thailand. *lalu ketika menulis perenggan ini, saya merasakan bahawa ketika anda membacanya kemungkinan besar ada sedikit rasa mual dan mahu muntah, pesanku...nikmati saja rasa itu* XD

Beberapa jam setelah mendarat di Lapangan terbang antarabangsa Chiang Mai, tempat pertama yang dilawat adalah 3D Museum. Sudah namanya 3D maka tempat itu tidak dilihat hanya satu dimensi tetapi 3.  Senang bicara bangunan penuh dengan lukisan yang mewakilkan banyak perasaan dan keadaan. Toleh kiri, sudah berada di Mesir, jalan kanan sikit tiba-tiba sudah berada di Australia, kejap ada dikayangan kejap lagi ada dilautan pasifik. Weew ! kejap terasa bagai dewi kejap terasa bagai jelitawan duyung. Hakikatnya, memang best! yang tidak syok bila mana waktu yang diberikan sangat terhad kerana semuanya harus ikut jadual agen.. next time mau jalan-jalan sendiri tanpa diikat tali masa sang travel agent.

Sepanjang berada di Chiang Mai banyak tempat yang dilawati termasuklah tempat yang selalu saya impikan untuk melihatnya dari dekat iaitu suku leher panjang atau the long neck Karen Tribal Village. Etnik dan budaya leher panjang sudah tidak banyak kerana etnik dan amalan memanjangkan leher turut dianggap alien oleh kerajaan Thailand. Suku ini hanya boleh dilihat dikampung-kampung tertentu atau dikawasan pelancongan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Saya selalu tertarik untuk mengetahui budaya etnik ini dan kumpulan leher panjang ini tidak hanya terdapat di Thailand tapi juga, di Myanmar dan Laos. Leher mereka dikelilingi oleh gegelung tembaga yang berat semenjak dari kanak-kanak. Pada mereka semakin leher panjang, semakin jelitalah mereka.

Karen long neck tribe
Perempuan etnik leher panjang lawa-lawa, putih-putih melati lagi, cuma golongan ini agak terbelakang dari segi pendidikan dan kemajuan. Ada masa dan duit, saya pasti akan datang melawat Chiang Mai sekali lagi. Dahulu melihat mereka dari dalam majalah atau sejarah dan juga dokumentari dalam tv, ternyata tahun 2015 saya berjaya melawat mereka dan berbalas senyum pula dengan mereka. Aaawwww, saya bahagia dan bersyukur kerana keinginanku untuk melihat etnik ini terwujud dalam realita kehidupan sebenar.

Eksplorasi Chiang Mai tidak setakat berhenti pada melihat gajah dan kuil putih juga, tandas emas tetapi turut merentasi Sungai Mekong menuju negara Laos. Dalam itinerary hanya jalan-jalan dalam Chiang Mai dan sekitarnya dan tiada pula dimasukkan nama Laos dan Myanmar dalam rancangan. Namun, cuaca dan pocket money yang agak mengIYAkan perjalanan menembus negara jiran ternyata menambah pengalaman kembaraku kali ini. Menyusur sungai Mekong merupakan suatu pengalaman baru bagi saya kerana selama ini saya belum pernah menaiki bot sungai. yang ada hanyalah bot diatas lautan. Sungai Mekong warnanya seperti milo, menarik, luas dan panjang. Cerita lanjut akan saya ceritakan kemudian, mengingat tentangnya membuat saya tidak sabar bercuti lagi dan lagi dan lagi (hehe).
Muka Pilipin
Salam dari perantauan. ceeeeeh ! itu adalah kata-kata jika saya seorang perantau dinegeri orang. Hakikatnya sehingga detik ini saya bukanlah perantau atau mungkinkah setiap kita boleh dikatakan sebagai perantau dibumi Allah ini ? kerana kita bukanlah pemastautin kekal dibumi nan favourite sang laskar pencari cinta dunia fana. 

Post a Comment

0 Comments