13 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade | Mendakap Kota London Bersama Traveloka

#MyTravelokaEscapade | Mendakap Kota London Bersama Traveloka 

#MyTravelokaEscapade

Tolong approve cuti dia !

Budak ni dah lama nak bercuti katanya ;

dia dah bosan menghadap konkrit pejabat hari-hari, terima arahan setiap hari, menjadi kuli setiap hari, menahan lelah setiap hari, menahan ngantuk setiap hari, bangun awal setiap hari dan banyak lagi yang budak ni tak tahan. 

Budak ni dah tiga kali ganti passport. Helaian passport bukan penuh cop lalu tukar, bukan. Passport berganti kerana tamat tempoh. Kesian dia ! passport terbaru dia baru ada cop beberapa buah negara jiran tetangga. Dulu dia ada memasang niat untuk menjejakkan kaki ke negara Italy kerana, tempat itu sangat romantik katanya. Namun, selang beberapa waktu dia bertukar minat lalu menuliskan dalam nota kecil yang sering diselitkan dicelah-celah lipatan kain agar orang lain tidak melihatnya. Dia malu tulisannya dilihat ! Dia malu hasratnya diketahui. Aaah dia ! dia memang pemalu.

Setelah meningkat dewasa, rasa itu telah beransur hilang. Keinginan juga telah berubah. Dia tidak lagi berangan-angan ke Italy, kota cinta itu. Dia kini memendam hasrat mahu memasuki negara Ratu Elizabeth. Trafalgar Square telah wujud sekitar 1800-an dan masih gah tanpa angkuh diperut Kota London. Wujudnya terjaga rapi bukti kota London tidak suka memusnahkan sejarah.

Kini dia telah menobatkan negara London sebagai negara idamannya dan mahu melawatnya, cepat atau lambat proses lawatan itu terserah pada waktu yang menentukannya. Dia peminat sejarah, semua kisah London dibacanya. Kensington Palace, Menara London, London Tower Bridge, Buckingham Palace, Windsor Castle ? dia tahu tentang kisah satu persatu kenapa bangunan itu terbina di Kota London.

Dari banyak sudut dalam dunia, kakinya harus dipaksakan sekurang-kurangnya satu kali melangkah dibumi London. Penghuni bangsa itu pernah berleluasa dalam Malaysia suatu ketika dahulu, pernah merawat luka moyang suatu masa dahulu, memberikan pendidikan kepada bangsa negara tercinta, tidak kurang pula yang menanam cinta dalam hati penduduk Malaysia kala British bertapak di Tanah Melayu. Oh, sejarah !
#MyTravelokaEscapade
Sepurnama telah berlalu, kisah itu hanyalah sejarah namun, justeru sejarah itulah mengajak hati budak ini mahu sekali melihat bagaimana wajah kota London. Dari dengar-dengaran, Kota London adalah kota indah, aman dan damai. Hasil tontonan, kota London adalah negara yang mementingkan sejarah, memelihara kisah lalu sebagai sebuah warisan generasi turun-temurun, sistem diraja yang menarik, kisah cinta anak-anak diraja dan banyak lagi.

Budak itu tidak lagi sekadar mengimpikan, ia kini sedang berusaha menjadikan mimpi sebagai realiti selagi hayat dikandung badan. Budak itu tidak lagi malu menonjolkan keinginan hatinya kepada dunia tetapi, menuliskan ia sebagai tatapan semua, budak itu tidak lagi layak disebut budak. Ia telah dewasa. Keberanian sedikit demi sedikit menggunung dan memekar dihati. Baginya usaha adalah nama lain bagi sebuah kejayaan.

Tulisan ini adalah usaha untuk melaksanakan mimpi menjejakkan kaki di Kota London menjadi nyata, Semoga saja Kota idaman sang penulis blog ini melawat Kota London terwujud tidak hanya dalam kepala tetapi, dalam jejak yang nyata.
#MyTravelokaEscapade
Penulis itu adalah saya, sang pemilik mimpi indah. Traveloka, izinkan saya berada di KLIA menuju Dubai sebagai transit sebelum tiba ke Heathrow untuk memenuhi impian saya menjelajah kota sejarah itu. Izinkan saya menggunakan matawang Pound Sterling GBP dalam percutian saya kelak. Izinkan saya melawat Maddam Tussauds sebuah muzium lilin terbesar didunia dan menganggap ala-ala saya telah bertemu dengan semua tokoh besar dunia. Oh, alangkah indahnya itu. Membanyangkan saja pun saya mampu tersenyum kecil apatah lagi, ketika saya benar-benar berada ditempat itu. Sungguh suatu kebahagiaan.

Ada banyak sebab kenapa saya mahu melawat negara London dan ketika saya mahu, saya akan benar-benar berusaha untuk tidak sekadar menjadikan ia memipi belaka tetapi, menjadikan ia sebagai realiti.

Pemohon : Precious Cla 
Kota Idaman : London 
Mimpi diluluskan oleh : Traveloka

Saya ingin bercuti sambil berkelana mengejar ilmu tidak hanya ingin melihat modenisasi kota London, tidak juga sekadar mahu mengangumi indahnya musim panas atau sejuk dinegara Eropah, tidak juga sekadar bergambar megah berlatarbelakangkan kolej dengan taman bunga yang segar tetapi, mencari terujanya perasaan kala berada dalam wilayah yang menganggumkan.

Saya mahu ke London ! menikmati secangkir kopi ditengah kota itu, menghirupnya dengan nikmat seribu ucapan syukur.  2017, London tunggu saya....Traveloka approve cuti saya....saya, penggemar kotamu akan melawatmu dalam jejak terdekatku.

Semoga bertemu, London 2017.
Misi mencairkan hati Traveloka , mendakap Kota London.

29 November 2016

Post Facebook Berbayar

Post Facebook Berbayar

Dahulu saya pernah bertanya ; apa itu post facebook berbayar ? saya bertanya, saya membaca juga, berusaha untuk melakukannya.  

Gaji hakiki yang diterima perlu digunakan untuk pelbagai hal, bayar itu, bayar ini termasuk bil streamyx. Internet untuk semua meski, pembayarnya hanya seorang manusia yang seringkali berusaha berfikir bagaimana mendapatkan duit lebih untuk sedikit keseronokan dunia. Keseronokan bukan bermaksud berfoya-foya ditengah malam bersama manusia lainnya, sekurang-kurangnya sedikit keseronokan meraih mimpi melihat dunia bangsa lain.
Post Facebook Berbayar
hasil bayaran post di facebook
Post Facebook Berbayar
antara bayaran hasil post di facebook
Ketika belajar sendirian, saya tahu persis post berbayar itu apa. Ia ada persamaan dengan artikel yang ditulis didalam blog sendiri tetapi, dibayar oleh seseorang atau syarikat seperti pengiklanan produk atau review produk tertentu. Post berbayar facebook juga begitu. Kita tulis sesuatu atau muat-naikkan gambar yang dikehendaki oleh 'tukang bayar' itu dan hanya itu ! duit akan masuk ke akaun.

Semudah itu ?

Ya. semudah itu. 

Bagaimana ? yang itu, saya akan tulis kemudian.

22 November 2016

Kau Tak Boleh Jadi Pengawas Sekolah !

Kau Tidak Boleh Jadi Pengawas Sekolah !

Menjadi pengawas sekolah sangat menjadi idaman saya ketika berada disekolah rendah, sangat mahu! Namun, keinginan saya seringkali dipatahkan oleh guru kelas. 

Katanya, jangan. 

Cikgu tidak tahu keinginan terdalam saya sebenarnya adalah untuk menaikkan bendera dipagi hari, setiap hari isnin diperhimpunan sekolah. Keinginan saya mahu berdiri diantara para murid dan mengawal keadaan mereka, siapa yang bising tulis nama dan laporkan kepada cikgu. 

Guru kelas saya berkata, kau jangan jadi Pengawas Sekolah. Jangan ! ok ? kau jadi ketua kelas saja. Setiap tahun menjadi ketua kelas. Sebenarnya, saya bosan. Jika bukan pengawas sekolah sekurang-kurangnya lantiklah saya menjadi pengawas pusat sumber. Jawapannya sama. Tidak boleh. 

Kenapa cikgu mahu saya menjadi ketua kelas saban tahun? saya tidak tahu. Saya sebenarnya tidak suka memberi arahan kepada murid lain untuk berbaris setiap pagi sebelum masuk kelas. Memberi arahan untuk berdiri kepada murid lain ketika cikgu melangkah masuk kedalam bilik darjah. Mengawal kelas untuk tetap sopan dan santun perilakunya, diam ketika guru tiada didalam kelas. Membuat jadual bertugas murid-murid, siapa menyapu, lap cermin dan membuang sampah. 

Hal paling saya benci ketika menjadi ketua kelas adalah menulis nama murid yang bising, yang juga merangkap kawan saya dan nama tersebut harus diserahkan kepada cikgu. Kemudian, nama tersebut dipanggil dan mereka akan menerima hukuman. Oh, salahkah saya ? tidak juga. Siapa suruh mereka bising, nakal dan tidak mendengar kata saya.  Padan muka ! 

Kegagalan menjadi pengawas diusia kanak-kanak itu membuat saya bertekad untuk menjadi pengawas sekolah di sekolah menengah. Untuk apa ? saya juga tidak tahu atau mungkin kata orang menjadi pengawas itu sekurang-kurangnya kelihatan sedikit hebat dimata orang lain. Baju berbeza dengan pakaian seragam pelajar  dan menggunakan kasut hitam pula. Dari jauh orang akan tahu 'oh, dia punya pangkat disekolah itu'. Lebih kurang begitulah ! 

Ternyata, ia tidaklah semulus rasa. Menjadi pengawas sekolah disekolah menengah tidaklah terlalu seronok. Tidak juga terlalu gah. Sepanjang menjadi pelajar menengah saya adalah pengawas sekolah berbaju biru si warna awan dengan skirt warna putih. Pada awal musim tugas itu sempat membuat saya tertekan dan ingin berhenti dari menjadi pengawas tetapi, saya juga perlukan sesuatu untuk menambah nilai pada laporan tahunan sekolah saya. 
Kau Tak Boleh Jadi Pengawas Sekolah
Tamat tingkatan lima, saya pindah sekolah dan masuk tingkatan enam. Saya tidak memilih pengawas tetapi, saya dicadangkan oleh seseorang. Menjadi pengawas disekolah baru tidak semudah lantikan sebelumnya. Disekolah ini, harus menghadapi temuduga dan orientasi masuk longkang berlumpur, parit berair coklat, naik bukit masuk hutan dengan membawa sebiji belon dan belon itu tidak harus pecah. Jika ia pecah, kegagalan pertama sudah anda miliki. Diuji lagi dengan permainan sayang sibuta di kawasan tanah perkuburan kerana, sekolah saya memang jirannya manusia tak bernyawa. 

Satu minggu setelah ditemuduga saya lulus dan ramai juga yang ternyatanya tidak berjaya. Guru kelas saya sempat berpesan untuk tidak terlalu mementingkan tugas sebagai pengawas sekolah. STPM semakin hampir. Tingkatan enam atas, dipertengahan tahun saya mulai mengiyakan kata-kata cikgu saya itu. Saya tidak mengambil tugas lagi kerana, memangnya akan ada ambilan jawatan pengawas baru selepas itu. 

Waktu itu, harus fokus terhadap STPM dan menjadi kegemaran saya adalah matapelajaran sejarah juga, Pengajian Am. Rasa suka saya terhadap subjek itu tidak pernah terkubur, hingga kini. Subjek teratas kegemaran saya adalah sejarah. 

Sebaik mana pun manusia terhadap saya jika, ia pernah menjadi jahat terhadap saya..saya selalu akan mengingatnya. Berbaik-baik dengannya pastinya tidak menjadi masalah tetapi, untuk mempercayainya sungguh tidak akan pernah lagi ada didalam hati ini

...dan itu sebab saya suka akan sejarah. Sejarah tidak harus dilupakan. Menjadi pengawas sekolah adalah sebuah sejarah tetapi, justeru tugas itulah saya tahu bagaimana kebanyakan murid berpura-pura baik terhadap kita. -ketika spot check mereka ada tempat untuk berpaut atau istilahnya 'kitakan kawan' .....kawanlah sangat !

10 November 2016

Kenapa Saya Menjadi PENULIS ARTIKEL ?

Kenapa Saya Menjadi Penulis Artikel ?

Persoalannya sama dengan kenapa anda suka seseorang itu. Sebabnya apa ? kerana dia lebih baik dari orang lain atau kerana dia lebih cantik dan menarik atau kerana dia lebih kaya ? masing-masing punya cerita kenapa dia boleh terpikat kepadanya dan bukan dengan orang lain itu.

Saya menulis kerana saya memang minat menulis. Saya terpesona dengan kata-kata indah namun, citarasa saya bukan kata-kata puitis atau romantika yang dibuat-buat. Saya benci itu ! Kata-kata seperti itu membuat saya berasa seperti mahu muntah. 

Jadi bagaimana saya menulis artikel jika tidak menggunakan kata-kata puitis ? kata indah tidak semestinya puitis. Saya lebih cintakan kata bercorak tegas, tatabahasanya kelihatan mewah dan mempersona. 

Dahulu, saya pernah punya mimpi. Mimpi mahu menjadi peguam. Terlibat dengan akta dan undang-undang. Bukan kerana saya bodoh lalu, mimpi itu tidak menjadi nyata. Orang berkata jika ingin menjadi peguam, matapelajaran Sejarah harus cemerlang. Itu bukan masalahnya, saya tanamkan minat terhadap Sejarah dan  keputusan saya cemerlang, STPM saya 5P. Hebat bukan ? saya sepatutnya belajar di Universiti Sains Malaysia tetapi, tawaran lambat sampai. Ketika menerima surat tawaran itu saya telah pun mendaftar di Universiti Terbuka Malaysia .

Seringkali ditahun-tahun berikutnya saya berfikir dimana silapnya langkah saya sehingga gagal menggapai mimpi. Saya kecewa. Mimpi murni terkubur begitu saja, mahu digali dimasa ini adalah suatu kemustahilan sejati. Ketika mimpi terkubur, saya dalam diam merelakan ia terkubur, mati dan tidak perlu dingat-ingat lagi. 

Dalam diam saya merenungkan diri, apa lagi yang harus saya lakukan ? 

Tiba-tiba terbayang diwaktu sekolah bahawa saya merupakan seorang pelajar yang seringkali kali mendapat pujian dalam bahasa Malaysia. Dalam benak berfikir, mungkin saya boleh mengasah kemahiran menulis saya. Mungkin, saya tercipta dan terwujud untuk bermain dengan kata-kata, mengembangkan kata kepada ayat untuk disampaikan kepada masyarakat. Mungkin kata-kata itu nantinya menjadi suara menyalurkan sesuatu kepada seseorang. Mungkin. Mungkin saja saya boleh menjadi seorang penulis artikel.

 

Penulis Artikel ?

wow. 

Penulis artikel itu merupakan pekerjaan yang mewah, mewah pada nama. Mungkin juga mewah, pada hasil pendapatan. Saya berjinak-jinak dengan menulis blog. Tulisan saya indah tetapi, kurang hidup dan itu yang saya rasakan pada tahun 2010. 
Penulis Artikel
-Menulis lebih banyak, melangkah lebih jauh-
Seseorang yang giat dalam penulisan blog berkata 'never give up' dan kata-kata itu saya pegang hingga hari ini. Dua tahun lalu, saya mulai menambah cerita dalam hidup saya, tidak sekadar menulis blog tetapi, juga menerima tempahan menulis artikel dan menjadi penulis jemputan didalam blog mereka. 

Hari berganti hari, tulisan saya tidak sekadar tulisan untuk sebuah hobi semata-mata tetapi, saya menulis untuk sebuah kelangsungan hidup. Menulis dan menjana pendapatan. Menulis pelbagai tajuk mengikut apa yang diinginkan oleh pelanggan. Tidak mudah, saya akui. 

Menulis menciptakan saya sebagai manusia yang kreatif. Membaca banyak. Belajar lebih banyak lagi dan melangkah lebih jauh lagi. 

Itu menjadikan saya sebagai penulis artikel.

Kenapa saya mahu menjadi penulis artikel ? jawapan saya, kerana saya tidak layak digagalkan oleh satu mimpi yang tidak pernah menjadi milik saya. 

Kenapa saya mahu menjadi penulis artikel ? jawapan saya, kerana saya layak menciptakan satu mimpi baru setelah mimpi lalu gagal dan saya layak menikmati kejayaan bersama mimpi baru saya.

Kenapa saya mahu menjajdi penulis artikel ? jawapan saya, saya telah bersekolah terlalu lama, menghabiskan duit terlalu banyak pula dan hari ini saya hanya bekerja sebagai Assistant Secretary dan gaji yang 'biasa-biasa saja' dan saya berfikir melalui 'Part Time Job' ini saya mampu mencapai nilai yang jauh lebih tinggi (materialistik ? sedikit...tetapi beginilah hidup dizaman ini). 

Saya punya kerja hakiki dan menulis artikel hanyalah kerja sampingan saya. Meski hanya sampingan saya tetap memberikan tulisan terbaik buat semua. Tiada istilah 'cincai' kerana setiap dari kita berhak mendapatkan yang terbaik. 

Setiap kali tulisan saya diterbitkan, saya tahu itu adalah tulisan terbaik yang saya hasilkan. Tidak hanya satu artikel tetapi, saya sudah tidak mampu mengiranya lagi.  

Satu kata sebelum saya menutup tulisan ini, andai saja ada diantara kalian yang berminat menjadi penulis artikel dan berasa ingin berputus asa, saya serahkan kembali kata-kata yang pernah saya terima dahulu kepada anda 'never give up'.

2 November 2016

Cowboy Party

Cowboy Party
Cowboy Party
Sebelum ke party Ola~Bola rasanya saya terlupa sesuatu dan sesuatu itu adalah cerita kita dimalam itu, Cowboy Party ! Kisah ini mungkin hampir satu tahun usianya tetapi, tiada pula hukum yang menyatakan kisah lalu tidak boleh ditulis pada masa ketika ia diingati semula. 
Cowboy Party
Keknya sedap ! sekumpulan askar pun tidak dapat menghalangi saya dari memakannya ; kata seorang budak kecil ketika ditanya tentang rasa kek yang dia sedang nikmati . Hanya seorang kecil tetapi, jawapannya sangat hebat. Hari ini saya mengingat sesuatu dan sesuatu itu adalah peristiwa yang saya nyatakan diatas. Ketika saya mengingat dan mahu menuliskannya, apa pun hari itu saya tetap akan menuliskannya dan itu sebabnya kenapa entri ini diterbitkan hari ini. Hanya kerana sebuah ingatan. 

Cowboy PartyCowboy Party
Cowboy Party ini dijayakan oleh pelbagai bangsa anak muda, cerah dan gelap warna kulit kami. Sombong tiada, apalagi benci. Salam dihulur, perkenalan dimulakan. Bertukar senyum, tertawa bersama. Ada diantara kami yang pernah bertemu diusia yang lalu dan tidak jarang juga yang baru bersua muka dihari itu. Persahabatan lalu masih terjalin, pertemuan baru mewujudkan persabahatan baru pula. 

Cowboy Party
Antara aktiviti sepanjang Cowboy Party berlangsung adalah puji dan sembah, ice breaking, permainan berkumpulan, makan dan tukar-tukar hadiah. Tukar-tukar hadiah ? iya ! kerana ia adalah hari natal dan natal adalah hari yang indah untuk kita saling bertukar hadiah. Ada masa kita selalu ingin memberi sesuatu kepada orang lain sebagai tanda kita menghargainya atau mungkin sebagai tanda sebuah ikatan persahabatan atau juga, hanya sekadar suka-suka. Namun, hal itu tidak selalu mudah kerana terkadang ia selalu disalah mengertikan oleh sesetengah manusia. Oleh itu, natal selalu harus diingat sebagai hari yang indah untuk kita saling memberi dan menghargai sesama kita dan juga sebagai sebuah simbol kasih  Tuhan terhadap manusia. 
Cowboy Party
Cowboy Party
Selanjutnya saya hidangkan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang acara berlangsung. Saya masih mengingat jelas, keesokan harinya kami mempunyai satu lagi acara natal iaitu 'Nature Party' dan saya selalu mengingat lidah saya pernah menikmati salah satu makanan kegemaranku diparty itu, Spaggetti ! 
Cowboy Party

Cowboy Party
Cowboy Party
 Selamat bulan November menjelang Natal.

6 Oktober 2016

Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai

Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
..dan saya menulis lagi, tulisan pertama untuk bulan Oktober. Saya bercuti sejak hari Jumaat lalu, hari ini harus kembali ke pejabat. Banyak hal indah yang terjadi salah satunya, Kem Hari Doa Wiranita 2016. Sedikit kisah dibelakang tabir, Hari Doa Wiranita (HDW) tidak terjadi tanpa usaha bersama. Ia tidak semudah melaksanakan kem 'umur sama' tetapi, ia justeru melibatkan semua peringkat umur tua dan muda. Kem hari doa wiranita bermula pada 30 September dimalam hari sehingga 02 Oktober ditengahari yang indah.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Para AJK pelaksana HDW menegaskan bahawa bulan Ogos adalah masa untuk setiap peserta memberikan senarai nama peserta. Untuk apa ? supaya pihak pelaksana dapat menguruskan tempat tinggal para peserta tanpa huru-hara, supaya makanan dapat disediakan secukupnya agar peserta sentiasa dapat mengisi perut dan juga, pengangkutan dapat disediakan untuk mengambil peserta dari Airport dan terminal bas. Pihak pelaksana HDW telah menerima respon penyertaan pada hari yang ditentukan dan jumlah tersebut adalah 197 orang sahaja. Oleh itu, pihak pelaksana menganggarkan peserta keseluruhannya adalah seramai 250 orang kerana, pihak pelaksana berfikir pasti ada peserta yang akan mendaftar secara 'walk-in' waktu itu. Penyertaan ramai itu baik cuma, tempat adalah agak terhad.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
antara peserta HDW
Chef !
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Sukarelawan
Ternyata penyertaan adalah diluar jangkaan, kehadiran peserta adalah seramai 320 orang. Kaunter pendaftaran agak sesak waktu itu tetapi, syukur kerana kerjasama dikalangan para peserta adalah baik meski, ada beberapa peserta yang mana bila nombor bilik diberikan tidak sama dengan nombor bilik temannya, mereka berusaha untuk ditukarkan kebilik yang sama. Yang benar saja, pengagihan bilik itu tidak semudah apa yang difikirkan. Lain lagi peserta yang mahu diberikan bilik berhawa dingin, realitinya, bilik berhawa dingin itu mahal. Namun, pihak pelaksana berusaha mahu memberikan fasiliti terbaik kepada semua peserta. Pihak pelaksana jauh sebelum program berjalan telah berfikir tentang tidur para peserta, dimana dan bagaimana ? dirumah panjang penuh nostalgia itukah atau dibangunan baru yang sewanya pasti mahal, atau mungkin dirumah semi-D atau di rumah Alaska yang tiangnya tertanam didalam kolam yang telah tidak berair ? Atau jika mahu beratapkan langit berhiaskan bintang, kita boleh pacakkan saja kem dipadang yang hijau. Suasananya pasti nikmat, malamnya lebih terasa indah (haha) dan yang pasti yurannya lagi murah tetapi, itu tidak mungkin jika kita membutuhkan badan kita tidur beralaskan tilam, berdindingkan papan atau konkrit. Singkat cerita, pengagihan bilik kepada semua peserta akhirnya selesai dan semua memiliki tempat untuk berbaring merehatkan tubuh, melepaskan lelah.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Kelompok Doa
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Kem hari doa wiranita diisi dengan upacara kebaktian - puji dan sembah, doa berkelompok, renungan pagi, ceramah, bengkel dan makan-minum itu wajiblah ada. Hakikatnya program ini diisi dengan hal-hal yang sewajarnya untuk membina jati diri seorang manusia yang mengenal erti sebuah kasih sejati. Tema HDW adalah ; Berdiri Teguh, Di Tengah Badai. Sejajar dengan keadaan dunia masa kini, para peserta diajarkan bagaimana agar harus tetap kuat dan teguh menghadapi badai hidup, jangan pernah goyah tetapi, tetap maju bersama Tuhan Yesus sumber kekuatan dan pengharapan sejati. Tidak mudah pastinya tetapi, tidak pula mustahil untuk tetap berdiri teguh.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Saya bangga dengan nenek ini
Hari Doa Wiranita 2016 merupakan sebuah bukti bahawa Tuhan itu baik ! Tempat dimana ia diadakan juga, merupakan sebuah tempat dimana kasih Tuhan tidak pernah berhenti dinyatakan. Mengikut kata-kata peserta, ramai yang terharu dan menitiskan airmata tidak hanya kerana dapat dipertemukan di HDW tetapi, juga kerana berasa bahawa penyertaan Tuhan itu sangat luarbiasa! Pengalaman mengalami hadirat Tuhan itu ada. Menikmati sukacita bersama itu ada...secara santai ! ketika Pdt Yohanes mengatakan dalam slot kesaksian tentang kehadiran dia bersama pelajar PLAB belasan tahun lalu, saya tahu hal apa yang sedang dia bicarakan. Saya masih ingat khemah sekolah minggu liburan yang diadakan dan waktu itu adalah dihujung tahun 90-an. Saya masih ingat siapa guru sekolah minggu yang mengajar saya waktu itu dan jika hari ini saya sudah seusia ini, apatah lagi mereka. Namun, ketika mereka kutemui ternyata mereka masih berwajah muda. Apa rahsianya ? pastinya bukan kerana La'Soul Skincare kan haha tetapi, pasti kerana mereka selalu refresh their soul dan bersyukur selalu.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah BadaiKem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Tempoh perjalanan kem HDW ini tidaklah lama jika, dibandingkan dengan kem belia atau sebagainya. Dalam kem ini turut diselitkan bengkel penanaman sayur organik. Tujuannya adalah untuk berkongsi ilmu kepada semua peserta yang kebanyakannya adalah surirumah dan pesara. Kerja menanam sayur organik tidaklah sesukar mana jika kita mempunyai keinginan untuk menanam, tidak pula memerlukan kawasan penanaman yang luas. Penanaman sayur organik tidak terbatas kepada orang berumur saja, tetapi juga boleh dipelajari oleh semua orang muda. Selain itu, kita boleh belajar bagaimana untuk menjana side-income dan ia diakui berkesan oleh beberapa peserta yang telah menjalankannya sejak satu tahun yang lalu. Saya pernah menulis tentang projek penanaman sayur organik pada tahun 2015 dan artikel tersebut berjaya memenangi hadiah utama keseluruhan dengan nilai RM6000. Semoga bengkel ringkas yang dijalankan bermanfaat kepada semua peserta. Jika pun tidak mempraktikkannya dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya ilmu itu telah diterima dan boleh digunakan suatu hari nanti. Hey, sayur organik mahal tauuuu berbanding dengan sayur bukan organik. Lumayaaaaan !
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Saya turut menikmati sentimental penutupan HDW ketika masa turut diselitkan dengan slot menghargai Pdt Yuyut sebagai seorang yang pernah melayani di Gereja Baptis Kionsom (G.B.K.) beberapa tahun yang lama berlalu. Saya tahu, ketika dia pernah melayani di G.B.K. saya telah ada tetapi, masih sangat kecil dan saya tidak pernah memiliki memori pernah melihatnya waktu itu. Saya mempercayai kewujudan saya kala dia ada ketika melihat gambar diwaktu lalu, semasa piknik di Tg. Aru. Sungguh, orang-orang yang menabur dengan bercucuran airmata pasti menuai dengan sorak-sorai (Mazmur 126) dan gereja yang pernah dia layani dahulu kini sedang giat membangun.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Ringkasnya, gambar-gambar didalam blog ini hanyalah sedikit dan tidak menyeluruh. Jika mahu memiliki koleksi gambar-gambar sepanjang Kem Hari Doa Wiranita 2016, bolehlah menghubungi AJK Pelaksana Kem HDW. Kalau mahu dibingkaikan atau berbentuk kanvas, pun boleh menghubungi kami. Ini sedikit dari gambar-gambar yang ada..
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Peserta KKBC
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah BadaiKem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah BadaiKem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Akhir kata, saya mewakili seluruh Team Pelaksana mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana telah bersama-sama menjayakan kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016. Segala kekurangan sepanjang kem berlangsung harap dimaafkan, semoga setiap satu dari kita menerima berkat dari Tuhan. Makanan sepanjang kem berlangsung lebih dari cukupkan ? jangan salahkan kami jika berat anda bertambah tetapi, bersyukurlah. Jika terasa masih kurang, pun bersyukurlah sekurang-kurangnya kita telah belajar apa itu erti sebuah kekurangan dan tahu apa itu berkelimpahan. Apa yang pasti setiap satu dari kita bertambah teman baru dan benar, seperti apa ungkapan lagu terakhir kita sebelum bersurai 'dalam Yesus kita bersaudara'.
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Peserta dari Sarawak
Hari doa wiranita 2016 merupakan acara julung kali diadakan dan ia tidak terjadi hanya kerana 'suka-suka' sahaja melainkan simbol sebuah kesatuan hati untuk tetap teguh didalam Tuhan meski, banyak badai yang harus dilalui. Satu kata yang melekat dimemori saya adalah 'bodoh tidak perlu dicari, ia hadir dengan sendirinya ketika kita berhenti mengejar bijaksana'. Kesimpulannya, kita harus bijaksana didalam hidup, bagaimana ? dengan hidup takut akan Tuhan (Mazmur 111:10).
Kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016 - Berdiri Teguh, Di Tengah Badai
Jumpa lagi dan Tuhan memberkati.

22 September 2016

Aliran Kasih Di Kionsom Baptist Retreat Centre !

Aliran Kasih Di Kionsom Baptist Retreat Centre

Melihat tulisan saya sepanjang bulan September 2016, ternyata tulisan saya terlalu sedikit. Justeru, sebelum bulan September berakhir saya menetapkan untuk menulis satu artikel tentang gambar yang saya post di Facebook beberapa bulan lalu. Orang sibuk bertanya tidak sekadar melalui komen tetapi juga, siap mesej ^^

'Kau dimana sekarang?' 

'Ko ni jalan-jalan saja'

Ding-dong-bell ! lepas tu ada beberapa orang mesej saya ...

'ko kerja mana?'

'Ko kerja pelancongankah'?

Sebenarnya saya bukan kerja pelancongan, tidak juga asyik berjalan kesana-sini. Saya selalu dikampung, menghirup udara segar yang terkadang udaranya diselitkan dengan aroma kambing-kambing. Bezanya cuma, kampung saya dekat dengan kawasan pelancongan !

Ada air terjun Kionsom.

Ada Mari-Mari Cultural Village.

Ada Kionsom Baptist Retreat Centre.

Ada Shalom Valley Park.

Dekat dengan Kasih Sayang Resort

.........dan banyak lagi !

Kali ini saya mahu memperkenalkan Kionsom Baptist Retreat Centre. Ia terletak lebih kurang 7KM dari Inanam. Tempat ini wujud sebelum saya diproses menjadi manusia, jauh dari bingit kota, dekat dengan alam hijau nan permai. Dahulu, sebelum bertukar wajah ke modenisasi , sebelum menerima pembangunan sepenuhnya ia hanyalah dilihat sebagai sebuah tapak usang yang kurang mendapat tarikan. Meski pun begitu, tidak bermakna ia tidak mendapat lawatan. Ia sentiasa dikunjungi para tetamu untuk mengadakan retreat atau kem.
Kionsom Baptist Retreat Centre
Lihat ! bangunan baru itu sangat baru (hehe)
Oh, izinkan saya mencetuskan tawa sebentar :

Disuatu hari, ketika kem berlangsung semasa makan tengahari bersama sekumpulan remaja Amerika. Saya tidak semeja mereka. Hanya bersebelahan meja. Budak-budak kampung seusia bawah 12 tahun disoal ketika sedang asyik memakan sayur kampung.

' do you like eating grass?'

...dan jawapan mereka...

'Yes !
menjawab serentak pula ...aduh kita bukan kambing suka makan rumputlah ! haha

Banyak kisah bahagia disini, bermain duck-duck-goose bersama orang puteh juga pernah, medapat hadiah tiap kali natal juga disini dan...dan...dan banyak lagi !
Kionsom Baptist Retreat Centre
Wajah lama sebelum bertukar konkrit mewah
Bermula tahun lalu, bangunan baru telah didirikan menggantikan bangunan kayu yang pada 20 tahun lalu merupakan gereja tempat saya beribadah. Ketika kami meninggalkan tempat itu kerana kami memiliki gereja baru berhampiran dengannya, maka bangunan itu sepenuhnya dijadikan sebagai tempat retreat atau aktiviti kem berlangsung sebelum beberapa tahun kemudiannya ia menjadi usang dan tidak boleh digunakan lagi. Saya mempunyai banyak kenangan dibangunan usang itu. Banyak natal yang saya rayakan berlaku di tempat itu. 

Kionsom Baptist Retreat Centre terwujud dan dibangunkan oleh Misionari dari USA pada awal usia sebelum akhirnya ia diurus oleh orang tempatan. Saya tidak membaca sejarahnya, saya hanya diceritakan. Saya lebih suka membayangkan pemandangan dahulu tetapi, saya juga ternyatanya mahu lebih bersyukur dengan kemajuan yang ada hari ini . Kionsom Retreat Centre, dahulunya dan saya yakin sekarang juga disesetengah orang ia masih dikenali sebagi 'long house'. Ia kerana disini terdapatnya sebuah rumah panjang (mahu tahu bagaimana rupanya? yuk, kesini....atau pun mungkin anda mahu ikut serta kem Wiranita bulan sembilan ni...dipersilakan *non-Muslim only* ya).

Berhampiran dengan Retreat ini juga terdapatnya sungai yang alirannya dari Air terjun Kionsom dan disebelah kawasan ini adalah Shalom Valley Park. Bagi penggemar ketenangan dan pembenci huru-hara, tempat ini sangat sesuai untuk anda. Walau bagaimanapun, tempat ini hanya terbuka kepada awam dan Kristian.
Kionsom Baptist Retreat Centre
Kombinasi rumah lama yang masih ada + bangunan baru
Ini merupakan bangunan terbaru dikawasan Kionsom Baptist Retreat Centre dan telah rasminya dibuka kepada penginap pada bulan July. Saya bersama 6 orang lainnya merupakan penginap pertama dibangunan tersebut. Ala-ala rasmi tidur dibilik yang baru-lah ! ! hehe.. Sebagai memori dimasa hadapan bilik tempat saya menginap itu adalah ditingkat tiga, bilik 3-1. Fasiliti adalah terbaik, lengkap dengan tandas dan kamar mandi, penghawa dingin juga, kipas. Pemandangan dari tingkat atas adalah 'wow' ! ...dahulunya, saya tidak pernah terfikir jika bangunan seperti ini akan dibina menggantikan bangunan lama tak berdinding itu. Perjalanan sehingga ketahap ini tidaklah mudah namun, berkat dari Tuhan menjadikan ia ada tepat pada waktunya melalui orang-orang yang terpilih untuk melaksanakannya.
Kionsom Baptist Retreat Centre
dari bangunan kayu berdinding separa kepada bangunan konkrit mewah
Dahulu kawasan ini sangat tropika dan dikawasan ini zaman kanak-kanakku terisi dengan riang-ria, tawa senda dengan teman-teman. Bermain 'swing' serta berguling dipadang rumput yang hijau. Kawasan padang yang agak condong atau mungkin ia ditafsirkan sebagai anak bukit adalah luas dan hijau. Ditengah padang tersebut ada sepohon pokok rambutan dan dipokok tersebut terdapat ayunan. Dihujung bukit pula pula ada lagi sepohon rambutan dan dipokok rambutan itu adanya rumah-rumah kayu yang dibina oleh anak-anak mat saleh sebagai tempat mereka bermain. Saya suka membayangkan kisah lalu tersebut. Dimana lagi boleh kutemukan pemandangan seumpama itu ? Indahnya luarbiasa, damainya mempesona kalbu.
Kionsom Baptist Retreat Centre
Kami bahagia meski bangunan hanya berdinding separa
Sayangnya, banyak gambar dimasa lalu ketika saya masih terlalu jarang ke bandar telah rosak terkena air. Jika tidak kamu juga pasti paling tidak sedikit menyelinap masuk melalui imaginasi melihat bagaimana rupa Kionsom Baptis Retreat Centre dahulu.  Tempat saya bersekolah minggu ada ditingkat satu sebuah bangunan tinggi yang hanya berdinding separa dan jarang. Duduk menggunakan kerusi lipat dengan meja kayu bulat. Sejauh ingatan saya, dihujung bangunan tersebut ada sebuah bilik yang ala-ala sebuah makmal (saya kurang ingat itu bilik apa). Ditingkat bawah, ada rumah tetapi, rumah itu juga mempunya kolong yang rendah. Sehingga hari ini, saya berasa bahawa bangunan itu masih sangat cantik pada memori mata saya. Mungkinnya, ia terbina mengikut citarasa 'orang puteh' dan rekabentuk bangunan itu masih hangat dalam memori fikir. Hari ini, tempat dimana berdirinya bangunan memori itu sudah digantikan dengan bangunan konkrit mewah.

Lagi, ditepian padang rumput condong itu terdapat tandas lelaki dan perempuan juga, kamar mandi berwarna putih. Saya tidak tahu bagaimana menceritakan tetapi, saya tahu persis apa pemandangan kawasan itu keseluruhannya - indah dan layak digelar sebagai tempat mencari ilham yang damai, hijau dan segar ! Hari ini, tempat itu telah bertukar wajah namun, indahnya masih ada cuma cara lukisnya berbeza sama seperti, manusia turut mengalami perubahan dari tradisional kepada modenisasi.

Kionsom Baptist Retreat Centre, terwujud hanya kerana sebuah kasih dan anugerah Tuhan. Setelah sekian lama ingin menulis tentangnya, baru hari ini ia terwujud. Selamat membaca dan selamat bertemu di Kionsom Baptist Retreat Centre.

6 September 2016

Emel Baru Penulis Artikel Malaysia

Emel Baru Penulis Artikel Malaysia

Bersamaan dengan wajah baru blog Penulis Artikel Malaysia maka, emel baru turut diwujudkan bagi memudahkan urusan tempahan penulisan atau memudahkan orang ramai berurusan dengan penulis Artikel. 
PENULIS ARTIKEL MALAYSIA

Sebarang pertanyaan mengenai penulisan artikel boleh dihantar kepada alamat emel ini :-
ipenulisartikel@yahoo.com
Mencari artikel bahasa Malaysia dengan corak bahasa menarik, tersusun rapi ? saya siap membantu anda.

26 Ogos 2016

Tiga Jenis Sampah Yang Menjijikkan !!

Tiga Jenis Sampah Yang Menjijikkan !

Banyak kali saya melihat mereka dan acap kali itu juga hatiku menyampah pada golongan itu. Wajah ayu, cantik. Wajah tampan, menarik. Malangnya, sikap tidak seindah kewujudan alami. Seperti habis madu, sepah dibuang..... eh ! salah. Itu kata-kata untuk kisah lainnya. Kisah ini berbeza, tetapi ada kebersamaannya jika diperhatikan dari sudut mata hati yang tajam.
Tiga Jenis Sampah Yang Menjijikkan
dia lebih baik...... dan tidak menjijikkan
Suatu hari bahkan selalu, mata ini melihat perbuatan tak senonoh itu. Merokok, abis rokok puntungnya dibuang merata tempat. Saya pernah melihat seorang wanita baya umur, berjalan bagai diri seorang model tanahair, menghembuskan asap dari mulut, melihat manusia sekeliling bagai dialah atasan dan orang lain hanyalah debu-debu yang ditiup angin dipinggir jalan. Habis rokok, lalu membuangnya begitu saja dan dia berlalu tanpa rasa bersalah dan menganggap bahawa perbuatannya sangat 'high class' .  Ciss ! biadap. Merokok 50 batang sehari pun tiada orang kisah akan paru-parumu dengan syarat jangan ditempat terbuka dan jangan membuang sampah merata tempat. Sudahlah udara dicemarkan, tanah dan konkrit juga mahu dikotor.

Tragedi masyarakat sampah kedua. Hari itu saya naik bas kerana encik driver ada hal. Seorang wanita muda dengan kekasihnya yang bukan pemilik hakiki lagu negaraku, minum minuman dalam tin. Rasa dahaganya hilang, air minumannya habis...cuba teka tin itu disimpannya dimana ? Traaaaang !! tin itu dibuangnya ke arah luar jendela kereta. Sesuka hatinya, ini bukan negerinya dan andai kata ini negerinya, sama saja dia tidak punya hak untuk mengotorkannya. Jujur saja, saya benci manusia bersifat hipokrit seperti itu. Bila ditegur, wanita itu berkata 'nanti ada orang pungutlah tu' ....... oh, manusia ! cara fikirmu terlalu sempit, rumahmu pasti dipenuhi sampah. 

Lagi satu, sampah yang tidak boleh dibuang namun boleh dipinggirkan. Ia tidak membuang sampah tetapi, kata-katanya selalu seakan sampah. Bicaranya menyakitkan terkadang terlalu manis sehingga sukar untuk dinikmati kerana kemanisannya. Jika terlalu dinikmati takut pula terkena penyakit diabetes kata-kata, terjerumus dalam lembah penyakit sukar diubati. Manusia jenis ini baik didepan, lain dibelakang ; sama seperti duit syiling belakangnya tidak sama dengan apa yang ada didepan. Manusia jenis ini sangat bahaya namun, sangat mudah untuk dikenal. Bila dia berkawan dengan orang lain, orang lain yang pada mulanya berteman dengan kita akan menjauh dengan kita , kalau boleh sejauh timur dari barat, selatan dari utara. Kenapa ? Kerana ada kata-kata projek sampah dari manusia jenis sampah ini. Menabur kata dusta dan durjana, mohon setiap manusia menyayangi diri manusia ini kerana dia lagi butuhkan perhatian dan kasih sayang. Sayangi dia ya ? meski dia tidak layak disayangi namun, dia berhak untuk dikasihi. Siapa tahu kasih mampu memurnikan hatinya yang keruh dan memadamkan hobi menabur benci dimana-mana.

Berbanding dengan peminta sedekah, saya lebih melihat jenis-jenis manusia diatas ini sebagai manusia yang lebih sampah berbanding golongan peminta.  Maaf. Kata-kata saya mungkin buat anda cemberut, mahu melihat keberadaan diriku sebaik mana jika dibandingkan dengan diri kalian. Hakikatnya saya tidak sebaik mana, realitinya saya tidak seteruk seperti apa yang saya tulis. Pada akhirnya, masing-masing kita berhak melakukan apa sukamu, apa mahumu kerana hidupmu adalah milikmu meski pada dasarnya ia bukanlah hakmu sepenuhnya. Dunia ini juga bukan milikmu. Setiap kita wajib menjaga persekitaran kita semakin indah setiap hari bukan semakin buruk dan hancur oleh perbuatan sampah manusia. 

Segaris kata sebelum tulisan berakhir 'jangan membuang sampah jika tidak mahu disebut sampah'.

19 Ogos 2016

World Photo Day 2016

Happy world photo day !

Sempena hari photo sedunia saya publishkan kepada dunia maya gambar-gambar yang belum pernah saya paparkan kepada anda. Saya menulis dari hati ya....
World Photo Day 2016
Hi, everyone. I'm Olaf and I like warm hugs ! Tiada kanak-kanak yang tidak mengenali Olaf-Frozen, tiada ibu bapa yang tidak terpedaya membelikan pakaian bercorakkan frozen kepada anak-anak kecil mereka. Suatu hari saya juga terpedaya pada kecantikan Olaf lalu, membeli pakaian tersebut dan tadaaa! lihat Olaf diatas itu...cantikkan ? modelnya adalah Deveny, cucu pertama orang tuaku. Lokasi, Lapangan terbang Kota Kinabalu.
World Photo Day 2016
Life is all about the things you love ! Itu bukan gelang, ia merupakan ikat rambut kepunyaan seorang manusia yang tidak lagi berada di Malaysia dan dicari diserata dunia juga, dia tidak dapat ditemukan. Pasti tidak akan ditemukan lagi...dia telah bertukar kewarganegaraan, pulang kerumah Bapa yang kekal. Ikat rambut itu telah berusia 7 tahun bersama saya. Lokasi penggambaran, Laban Rata Gunung Kinabalu, Sabah Borneo.
World Photo Day 2016
Saya memiliki impian yang sebenarnya tidak susah untuk dijadikan sebagai kenyataan cuma waktu selalu menghalang dari menjadikan ia tidak sekadar impian semata. Realiti menyentuh dolphin akan saya laksanakan hanya pada tahun 2017 . Mimpi harus ada dan untuk menjadikan ia sebagai realiti usaha harus berkerja bersama mimpi. Iya kan ? Misi mencari dolphin 2017...patutkah saya menuliskannya seperti itu ? why not ! haha.....oh ya, gambar diatas itu adalah ketika saya melawat 3D Museum, ChiangMai Thailand.
World Photo Day 2016
There's always an interesting story in every destination and I consider all of the stories are my favorite and yeah, gambar ini bersama  salah satu dari suku panjang leher ~ Karen long neck tribe in Thailand. Enjoy being where you are, be immersed in the culture  and please don't spend all your time clicking your camera away. Sejujurnya, bertemu dengan suku kaum leher panjang merupakan salah satu impian saya dan saya telah berjaya melihat kaum ini.

12 Ogos 2016

Potret NOSTALGIA

I've been meeting a lot of wonderful friends. Teman sejak 7 tahun sampai sekarang ? ada. Yang sejak tingkatan satu hingga sekarang. Ada juga, beberapa. Teman karib sama satu kelas sekaligus ? Talk to my accelerated classmate, they are awesome. I have no idea we could still be connected with people even when we don't need to maintain the relationship. The chemistry is always there. yay ! itu adalah kehidupan dijagat raya.

Bukan itu sebenarnya yang ingin saya sajikan dalam tulisan kali ini. Cuma mahu menitipkan sedikit rasa pada sekeping gambar nostalgia ini namun, sebelum itu saya mau meletakkan kata-kata yang sempat masuk dalam kepala saya beberapa jam yang lalu.. 

Kata-kata tersebut :

Setiap manusia itu pasti punya moment tersendiri dengan sesama manusia, moment yang indah, atau juga moment yang sakit sehingga hancur luluh hatinya. Itu hanyalah moment sesama manusia. Pernahkah kita memiliki moment bersama sang Pencipta kita ? Jika tidak pernah, mungkin kita harus belajar menciptakan moment tersebut. 

Tapi, bukan hal itu juga yang ingin saya tonjolkan dalam tulisan ini. Life crowds make us forgot that sometimes little things could make us smile and happy. So, for me I am happy today because of...

Heavy rain at the morning. Make today's beginning is so different. 

...dan juga gambar ini ! Saya kurang pasti gambar ini diambil ketika umur saya berapa. Gambar ini  dipotretkan pada bulan Disember, dihari natal yang selalu kurindukan. Didalamnya, ramai yang telah bertukar status dari seorang budak hingusan kepada lelaki pertiwi yang cintakan isterinya dan, dari seorang perempuan yang dengan minatnya pada pinang (kerana perempuan itu adalah seorang budak kampung yang hanya tahu hal sekitarnya tanpa peka pada dunia luar yang sedang membangun) kini telah menjadi seorang wanita yang berpendapatan sendiri tanpa mengharapkan duit dari orang lain. Pemilik wajah-wajah dalam potret ini, kebanyakannya sedang mekar membina empayar keluarga sendiri, memiliki seorang anak, ada dua, tiga dan lebih dari itu.

Tidak kurang pula manusia pemilik wajah-wajah dalam potret itu sedang maju mengorak langkah membina memori-memori indah dipelbagai sudut dalam dunia ini. Ada pula manusia pemilik wajah dalam potret ini telah lebih dulu menerima jemputan sang Pencipta untuk pulang ke negeri kekal yang tiada lagi airmata dan kesusahan disana. 

Am not being smart ass, and I know there's many different perspectives out there, which I don't really care. Karena kita semua dewasa, punya akal dan logika yang boleh digunakan untuk memilih jalan mana yang akan ditempuh. This is mine, a little bit different with others. Dan sebenarnya kalau boleh jujur, saya iri sama orang yang punya prinsip  live fearless. Tapi saya memilih seperti apa saya sekarang ini, be it. Let's fight then. 
Potret NOSTALGIA
Potret ini menang dihati saya, kerana ia begitu berharga dan andai saja waktu itu boleh dikembalikan..betapa indahnya hidup ini !

I miss listening sad songs while thinking how pathetic my life is (aiits, macam tengok Meteor Garden sambil angan-angan jadi Sanchai wakakaka). I miss being irresponsible for anything.  I miss watching rain outside with gloomy heart. I miss doing every non-logical and childish thing. I miss writing my journal, not about life vision, family matters, future, but about what happened today, why I am so happy, and every tiny unimportant things. I miss my silent night. Cewah ! sekarang hidup itu jauh berbeza.......bangun pagi, siap diri, cari nafkah dari pagi hingga ke lanjut petang, balik rumah dimalam hari, bla-bla-bla, tidur dan paginya mula lagi daily routine yang sama. Bestnya, sekarang kita boleh menjelajah dunia luar sesuka hatinya, semahu dompet kita ! (haha) tidak lagi sekadar menghabisi petang dengan sekadar bermain volleyball atau mandi airterjun. 

Nah, sekeping potret mampu mengajak minda bicara jauh ketimur tengah (haha) menyelam lautan kenangan, merayap bebas menikmati samudera kehidupan yang bila-bila masa terhenti bila dipanggil Tuhan. Tiada makna menjadi sombong apatah, lagi menyebar kata fitnah keserata tempat 'dimana kaki melangkah, disitu kata palsu disebarkan'.  

After all, what doesn't kill you make you're stronger, right ?
loading...