17 Februari 2016

Ada Sebab Kenapa Saya Memilih 8Share !

Terlalu jarang membantu 8Share mempromosikan iklan-iklan mereka. Terlalu sibuk untuk melihat  sumber kewangan yang satu ini. Agak berkali-kali menerima duit dari 8share tetapi, terlalu jarang mendapat kasih-sayang seperti ini. oh yeah, life has been pretty damn good lately !
8Share Malaysia
Ini hanya rewards dari Admin, bukan nilai yang saya dapat melalui share iklan
Bagi anda yang teringin dibayar oleh 8Share tetapi, belum memiliki akaun 8Share, anda jangan melengah-lengahkan masa yang ada. Cepat daftar akaun 8share disini dan mula bekerja dengan mereka dan menerima income dari mereka. Logiknya mudah, setiap hari melayari internet tetapi satu sen pun tidak dapat ..itu sama ertinya sebuah kerugian. Oleh itu, wajar rasanya anda berfikir dan memulakan langkah bijak hari ini. Anggaplah ia sebagai tabung online anda. Hasilnya tidak banyak tetapi, jika rajin satu bulan anda boleh mencapai lebih dari RM200. 

Untung atau rugi ? anda tahu jawapannya. Jika anda ingin untung, bertindaklah sekarang. I look back and I don't even really know why I started it. What the 'grrr' was I thinking ? I just thought, hey, why not ? And now, here I am. Thank you, 8Share !

15 Februari 2016

Pesona Indonesia : Kebun Teh Rancabali, Ciwidey Bandung

Kebun Teh Rancabali, Ciwidey ~ Bandung. Buminya hijau dan satu kata pemula kata 'suka'. Saya suka alam hijau. Dunia segar tanpa asap dan karbon monoksida. 3 tahun lalu, hujan turun setelah sekian lama tidak turun memberi salam selamat datang kepada kami. 3 tahun kemudian selepas 3 tahun itu berlalu kami datang kembali dan langit yang sama mengizinkan para awannya menurunkan hujan untuk menyapa kami. 
Ciwidey , Bandung Indonesia

Ciwidey , Bandung Indonesia

Ciwidey, Bandung
Hujan sebentar dan tidak hingga membasahkan kami, mengizinkan kami melangkah kaki menikmati suasana hijau pepohonan teh yang tumbuh merimbun. Tidak lama dikawasan itu tetapi, cukup memberi kesan indah didalam hati.
Wonderful Indonesia
There are many lists that appear at this time of the year, recommending where you should go in next stop but if I had to recommend you one place, then it would be Kebun Teh Rancabali, Ciwidey. Without a doubt. Mungkin, mungkin saja jika punya kesempatan lagi saya pasti akan datang lagi kekawasan ini. I could imagine the weather, it looks cold in the morning. Being alone, sitting there while sipping my cup of coffee (weew), I believe it could be my kind of 'soul therapy'. haha. Very nice place. Korang semua wajib datang dan tengok sendiri. 
Wonderful Indonesia
Jika anda merupakan peminat cerita popular 'Heart' lakonan Irwansyah dan Acah..tempat itu adalah di Kebun Teh Rancabali, Ciwidey.

12 Februari 2016

Cerita Gila Di Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia

Selalu ada cerita bila kaki mulai melangkah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekali lagi Indonesia menjadi negara taruhan untuk bersantai dan mengumpul segala rasa untuk dinikmati. Kesempurnaan percutian bukanlah apa yang dikejar melainkan sebuah pengalaman baru, melihat dan menikmati keadaan dunia sekitar negara jiran. 
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Kawah Puith, Ciwidey....saya datang !
Negara Indonesia bukanlah Malaysia, dan negara Malaysia pun bukanlah Indonesia. Jangan dibandingkan keduanya kerana masing-masing punya keistimewaan juga, kejelekannya. Simfoni alam Indonesia seringkali membuat saya takjub dan suka, semakin jauh ke desa semakin indah pemandangan yang terhidang. Meski perlu berjam-jam diatas jalanraya kerana 'kemacetan' ia selalu terbayar dengan aura keindahan alam yang luarbiasa. 
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Tidak boleh lama-lama di Kawah Putih, tempatnya bersulfur dan sejuk
Gunung Patuha, Indonesia dengan ikhlasnya memberikan dadanya disentuhi bahkan, dipijak oleh tetamu seantario dunia atas nama Kawah Putih yang terkenalnya tidak perlu diucapkan lagi. Jika dahulu hanya sempat bergambar di depan pintu masuk Kawah Putih, kali ini ternyata ia menjadi realiti dan berjaya melihat betapa indahnya karya sang Pencipta dibumi Indonesia.
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Lawatan ini disertai oleh 12 orang dengan dua buah kereta dan gilanya bila sebahagian dari ahli kumpulan tidak berjaya melihat bagaimana rupa Kawah Putih yang sebenarnya.  Tipu jika kecewa tidak melekat dihati mereka, dusta jika pada rasa mereka tidak terselit sedikit sakit hati atau paling tidak 'cemburu' dengan cerita-cerita kami. Pada yang tua mungkin rasa itu 'tiada apa-apa' tetapi, pada yang muda ia pasti 'sangat sesuatu' . Apa pun, ia adalah alasan yang baik untuk kembali lagi di tempat itu pada masa akan datang. Jika ingin kembali melihat Kawah Putih, jangan lupa bermain flying fox di ladang teh dan menaiki bot di Tasik Cinta ~ semuanya melalui jalan sehala dan dihujung jalan itu wujud sebuah Tasik Batu Cinta dengan pemandangan menggoda kalbu. Bukankah segala sesuatu indah pada waktunya ?
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Kawah Putih lokasinya terletak di Gunung Patuha, laluan ke Kawah tersebut adalah tinggi dan jika berjalan kaki pasti seronok rasanya tetapi, mengambil masa yang lama. Justeru, untuk ke tempat itu harus menggunakan perkhidmatan 'ontang-anting' iaitu pengangkutan awam atau pun menggunakan kenderaan sendiri.
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Di kawasan pintu masuk utama Kawah Putih terdapat banyak aktiviti jua-beli dilakukan, strawberry, blueberry, kacang, kopi, semuanya ada dan boleh dianggap murah. Hey, saya juga sempat menikmati persembahan para 'pengamen' disini. Kalau bukan kerana masa, mahu rasanya duduk lama-lama dikawasan itu menikmati pemandangan dan karenah manusiawi sekitar sana. I love this idea. I love taking any opportunity to get away from my daily routine and to create some experiences that I'll remember forever. And, if you wanna be happy, you gotta enjoy every step of your journey. The place was absolutely beautiful !

Just a note, if you are thinking of coming please leave no trash behind. And take with only memories, photos and videos.
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
masa lawatan kebetulan adalah CNY, maka pakai baju merah-lah hehe
Seindah rasa, gambar-gambar ini saya dedikasikan buat semua pembacaku dan juga istimewa buat ahli kumpulan yang tidak sempat sampai ke Kawah Putih atas masalah teknikal pengangkutan. Semoga akan ada 'next trip' buat kita semua untuk berjalan bersama, melihat dan menikmati keindahan bersama.

Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Lihat belon-belon itu ? harganya 10,000 Rupiah
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
3 kali snap bersamanya bersamaan dengan Rupiah 10,000
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Jus strawberry percuma
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Berhibur bersama pengamen, jangan lupa TIPS yaaaa
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Selfie haruslah ada
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Jualan kacang dulu, yuk !
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Cinta bersemi di Kawah Putih
Kawah Putih, Gunung Patuha sungguh meletakkan cerita tersendiri didalam memori dan hatiku. Tempatnya sejuk dan best untuk photoshoot , gas sulfur agak kuat dan semua pelawat dinasihatkan untuk membeli topeng penutup mulut. Tempat ini sesuai untuk dilawati oleh semua lapisan penduduk dunia, tua atau muda.

3 Februari 2016

Suka Melancong Tetapi Takut Naik Kapal Terbang

Melancong ? siapa tidak suka, siapa tidak mahu. Saya suka, saya mahu dan selalu ingin melancong. Namun, ada hal yang seringkali mengikat rasa, mengganggu semangat suka tersebut menjadi 'urmm' 'errrr' dan sebagainya.
Suka Melancong Tetapi Takut Naik Kapal Terbang
Air Asia membawaku kemana-mana, terima kasih Air Asia !
Selain faktor kewangan, ada hal lain yang lebih menguasai keterbatasan melancong dan itu selalunya 'rasa' yang terbit semasa berada di dalam kapal terbang. Pelbagai rasa bercampur-aduk. Perkara lalu rancak berenang dalam sel-sel otak. 

'bagaimana jika?'
'kalau tiba-tiba'
'semua boleh terjadi'

Namun, dunia tidak indah jika kaki hanya berdiri ditempat yang sama selama-lamanya melainkan tempat itu adalah syurga dan tiada siapa ingin pergi darinya selama-lamanya. Justeru, kerana kita berada di dalam dunia kita berhak untuk ke mana saja. Menikmati segala rasa yang sementara ini melihat karya Tuhan di seantareo dunia. Terkadang kita harus mematikan rasa takut untuk menikmati sebuah pengalaman baru nan indah.

Saya sebenarnya takut naik kapal.

'tipu'

'benar'

Semuanya sejak banyak peristiwa pahit dan pedih terjadi dewasa ini. Penerbangan terpanjang saya setakat ini adalah ke Korea dan mengambil masa berjam-jam dan saya tidak pernah terfikir apa-apa yang buruk. Santai sambil menonton movie di dalam Kapal Asiana Airlines. Itu kisah sebelum terjadinya peristiwa gelap diawan sana. 

Kini, penerbangan dua jam pun mampu membuat saya 'dup dab dub dap' tetapi, segala sesuatu harus diatasi dengan cemerlang kerana Pencipta kita selalu berniat dan mahu menyertai kesayangannya kemana-mana. Nikmati setiap rasa yang ada dengan sejuta ucapan syukur kerana kekuatan terpancar melalui rasa syukur dari hati yang terdalam. 

Bersukacitalah senantiasa, tetaplah berdoa  dan bersyukur selalu !

loading...