Review : Utarra Hammock Memang Terbaik !

Review Uttara Hammock.

Bila orang berkata hammock, sebenarnya saya kurang pasti apa yang sedang ia perkatakan. Bila saya melihat gambarnya 'oooooh yang itu'. Ternyata itu namanya hammock. Sejak azali saya tahu kalau itu namanya ayunan. Langsung tidak komersil pada bunyinya. Ternyata nama komersil yang dikenal dunia adalah hammock !
Utarra Hammock Memang Terbaik !

Hammock Malaysia
Oleh kerana ia hangat diperkatakan oleh para hikers dan climbers sebagai sesuatu yang mudah dibawa kemana-mana, ringan dan hanya perlu pohon atau kayu untuk mengikatkannya untuk dapat menikmati tidur dalam pelukan hammock, maka saya sangat beriya-iya dalam hati untuk turut memilikinya. Harga berpatutan dan mampu milik.
Hammock Malaysia
Bulan lalu saya membeli hammock. Order petang itu, tengahari esoknya hammock saya tiba dipejabat. Begitu pantas ! ini sungguh-sungguh wow ! Harga RM85 tidak termasuk postage.

Hammock Malaysia
Hammock ini diperbuat dari material parachute ringan dan sejuk, tali (webbing) 2 meter kiri dan kanan, packing masuk bag pun masih kecil. Ringkas dan senang lipat. Bersantai diantara pepohonan dihutan atau dipergunungan atau pun mungkin sekadar mahu menikmati hembusan angin bukit atau pantai ditemani buku bacaan selalu saya rindukan. Sebab itulah saya membelinya. Asal ada cuti dan piknik saya akan membawanya bersama, siapa tahu ada lokasi yang bagus untuk saya membentangkan hammock saya. 

Hammcok memang best ! lepas ni mahu beli satu lagi, eh dua untuk menjadikan tiga hammock semuanya.  Mengapa ? kerana keseronokan ketika terlelap didalam hammock sangat mengasyikkan. Tidak percaya ? sila mencubanya sendiri. Tiada hammock ? belilah ! tunggu apa lagi.

Post a Comment

0 Comments