15 Jun 2016

Setelah Mandi Lumpur Tawau, HTC Malaysia Hadiahkan Urutan Thai Odysseyy !

Setelah Mandi Lumpur Tawau, HTC Malaysia Hadiahkan Urutan Thai Odyseyy !

Pucuk dicita ulam mendatang ! berkat datang lagi dan tepat pada waktunya. Seminggu bercuti sungguh membuat saya mahu bercuti lagi dan lagi dan lagi tetapi, dengan syarat duit harus masuk ke akaun saya (haha). Namun, itu tidak mungkin terjadi melainkan saya berkahwin dengan anak raja. haha.... *kisah dongeng belaka*
Urutan Thai Odysseyy
Selepas mandi lumpur, kita mandi sungai
Pagi ini Mr Postman datang ke pejabat dan menyerahkan surat ini.

'Eh, surat apakah ini ?'

Saya buka dan ternyata ia adalah Cash Voucher  bernilai RM200 - Thai Odysseyy No.1 in Traditional Thai Massage pemberian HTC Malaysia. Pernah sekali ketika berada di negara Thailand mahu mencuba mendapat urutan Thailand tetapi, masa tidak mengizinkan apatah lagi duit....waktu itu duitku sangat terhad. Bila saya mengatakan terhad, ia memang  sangat terhad. Oleh itu, bila melihat orang berjalan-jalan ke luar negeri jangan menganggap mereka itu banyak duit. Sebenarnya, mereka hanya mahu meluaskan empayar pemikiran dan menikmati dunia luar selain negerinya sendiri. *gitu... 
HTC Malaysia Hadiahkan Urutan Thai Odysseyy
Terima Kasih, HTC Malaysia !
Minggu lalu, badan saya dilumuri oleh lumpur Kiulu Baru Tawau, masuk ladang kelapa sawit sambil sesekali digigit nyamuk. Paling sakit, ketika dipaksa berjalan itik dan tanah itu tidak rata tetapi agak 'membukit'  . Sakit segala otot saya tetapi, saya suka keadaan itu !

'Saya termakan lumpur!' kataku kepada rakan sepasukan. 
'saya pun !' 

'Tidak apa, bukan selalu makan lumpur'

Waktu itu ketawa tidak ada kerana kami sedang beraksi ala-ala sepasukan komando dimedan tempur. Hanya selepas aktiviti itu selesai tawa terbit dan senyum syabas diberikan kepada semua. Peristiwa itu telah berlalu dan tiba waktunya merawat badan yang semakin menua namun, masih disayangi oleh HTC Malaysia.

Voucher RM200 Thai Massage saya terima dengan  ucapan terima kasih via media massa ^^ Ini pasti bukan pemberian pertama yang saya terima dari HTC Malaysia dan semoga bukan juga yang terakhir. 

Terima Kasih HTC Malaysia !
Saya siap menerima urutan Thai Odysseyy, Urutan nombor 1 Thailand.

14 Jun 2016

Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau

Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau

Saya pasti tidak mampu menceritakan satu persatu kisah yang saya alami sepanjang kem berlangsung tetapi, saya tahu persis rasa yang saya alami. Hari pertama saya datang, sedikit rasa penyesalan tumbuh dilubuk hatiku. 
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Peserta Khemah Sayangi Dirimu 2016
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Wakil G.B.K.
Kawasan perkhemahan adalah ditengah ladang kelapa sawit. Mandi pula tidak diperbolehkan mandi dikamar mandi. Harus mandi disungai. Oh tidak ! Petang itu kami sampai dan harus mandi. Beberapa rakan yang lain telah mandi dari rumah sebelum berangkat ke Tawau. Memandangkan saya dari pejabat dan langsung ke Airport maka, mandi tengahari tidak sempat. Terpaksa mandi sungai dan sungai itu berwarna milo ! warna itu sangat berpotensi sebagai habitat buaya dan ternyata..... 'jeng jeng jeng' ! 

Hari pertama terbit rasa kecewa dengan keadaan. Kenapalah saya berkata 'ya' untuk kem ini. Untuk apa sebenarnya. Pertama saya berkata 'iya' kerana keluarga saya berada di Vietnam dan saya menjadi seperti orang bodoh dirumah berimaginasi didatangi hantu (haha). Oleh itu, saya 'cuba-cuba' untuk menyertai khemah ini. Hal yang seringkali kali bermain diminda tiap kali kem diadakan adalah ''air, cukupkah? tandas, bersihkah? makanan? saya tidak kisah cukup makan atau tidak yang penting air harus cukup''
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Tema : Sayangi Dirimu (Yesaya 43:4)
First impression ketika menjejakkan kaki dikawasan perkhemahan saya tetapkan satu kata bahawa 'life is beautiful'. Apa pun keadaan itu, hidup adalah indah dan saya harus melaluinya. Malam itu kupejamkan mata setelah acara pembahagian kumpulan dan kebaktian pertama diadakan dengan harapan esok hari semuanya berjalan baik.

Paling istimewa, kem ini adalah bebas gadget. Bermakna semua handphone harus diserahkan kepada urusetia khemah. Semua peserta digalakkan untuk berkomunikasi secara muka dan bukan melalui gadget. Juga, setiap peserta diberikan satu botol air mineral dan botol tersebut harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang. Botol tersebut boleh diisi dengan air berapa kali pun mengikut suka tetapi, malang bagi peserta yang kehilangan botol......harus membeli botol baru dengan harga RM5. Hukuman ? sebenarnya ia adalah sebahagian dari tanggungjawab. 

Tema khemah adalah 'Sayangi Dirimu' dan terbahagi kepada 15 kumpulan semuanya dengan jumlah keseluruhan peserta adalah 206 orang (kalau saya tidak silap) dan wujud dari kesatuan pelbagai bangsa dari beberapa daerah negeri Sabah.

Hari ke dua, saya mulai mengenal ahli kumpulan Kuku. Saya Precious Cla adalah ahli kumpulan Kuku dengan yell "its okay, its alright.......c'mon Kuku, fight fight fight!". 
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Kumpulan KUKU
Semangat ! sungguh, tidurku semalam memberi inspirasi baru dipagi hari. Kala membuka mata saya tahu, saya bukan dirumah dan cara saya tidak seharusnya seperti dirumah. Peserta kem Sayangi Dirimu harus berdisiplin penuh dan mengikut setiap peraturan yang telah disediakan. Siap diri, sarapan, ibadah, kelas, sukan....dan banyak aktiviti lain yang berjaya membuat saya semakin menyayangi diri ini (cewah!). 
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Milo ! aliran sungai ini jugalah tempat kami mandi
Salah satu aktiviti kegemaran saya pastinya aktiviti luar kelas, aktiviti larian berhalangan ! Sebelum khemah, rakan-rakan saya berkata bahawa larian berhalangan itu merupakan sebuah permainan 'main tangkap-tangkap orang' seperti 'police and thief'. Ternyata mereka salah dan ia tidak sama dengan aktiviti kem sebelumnya. Namun, dibalik perbezaan itu saya pasti rasa seronoknya adalah sama.
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Larian berhalangan - next camp, harus jangan gemuk lagi ! haha
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Antara cabaran larian berhalangan
Saya tidak mampu menceritakan semua kisah sepanjang khemah Sayangi Dirimu berlangsung, saya biarkan gambar-gambar berbicara mewakili rasa bahagiaku untuk memberkati kalian semua.
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Senyum teruuuus
Malam kedua dan malam terakhir, setiap kumpulan harus mempersembahkan persembahan lakonan dan paduan suara. Persembahan harus kreatif, bermesej dan harus menunjukkan kerjasama diantara ahli. Kenapa ? kerana ia akan diadili dan markah tersebut akan dikumpulkan sepanjang kem.  Saya bersyukur dimasukkan ke dalam kumpulan Kuku. Ahli kumpulan adalah variasi sifatnya, ada yang pemalu, berani, banyak bercakap namun, semuanya menjadikan kami indah sebagai sebuah kumpulan yang baru bertemu.  Kerjasama ahli kumpulan adalah terbaik terutama ketika aktiviti larian berhalangan. Kumpulan Kuku berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 15 kumpulan. Jika belon kami tidak pecah ketika larian berhalangan, pasti mampu melangkah ke nombor 4 atau 3. cewah ! haha

Sepanjang sesi kelas berlangsung pelajaran penting yang diterapkan adalah tentang kesihatan, kesetiaan, kesucian dan keselamatan. Semua pengajar adalah hebat dan terbaik ! Terima kasih untuk setiap pelajaran yang diberikan. Kepada Ps. Kenneth, saya minta maaf kerana kertas soalan yang diwajibkan untuk menjawab dan kemudian dihantar untuk semakan tidak sempat saya hantar atau hakikatnya, saya lupa untuk menghantarnya. Maaf ya.. :D

Ada orang bertanya bagaimana dengan penyediaan makanan ? hmmm... saya cukup makan ! makanan tidak semewah hari-hari yang dilalui tetapi, jika ia sama ia pasti bukan perkhemahan. Saya tiada masalah dengan makanan dan terima kasih kepada semua AJK makanan yang bertungkus-lumus memberikan yang terbaik kepada mulut dan perut setiap peserta.
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Jumpa lagi !
Khemah Sayangi Dirimu, Kiulu Baru Tawau
Jumpa lagi !!
Jumpa lagi  dan selamat menabur berkat ditempat masing-masing. Tuhan Yesus memberkati !

3 Jun 2016

Jangan Pernah Abaikan Email !! RM500 Dalam 10 Hari !

Jangan Pernah Abaikan Email !! RM500 Dalam 10 Hari !

Dahulu jangankan email diperiksa setiap hari, kadang seminggu sekali baru buka. Lagi pun memang tiada apa yang mahu dinanti-nantikan. Dahulukan saya kurang celik pada yang namanya teknologi. Persepsi dahulu jauh berbeza dengan cara fikir hari ini. Dahulu agak primitif dengan tagline kepala otak 'kalau ada, adalah' . Langsung tidak terfikir kalau email itu merupakan saluran info dan cara-cara menjana side income diberikan oleh syarikat-syarikat kepada orang tertentu.
 RM500 Dalam 5 Hari !
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, email selalu menjadi kepentingan saya berbanding media sosial lain. Pelanggan-pelanggan yang perlukan pertolongan saya menulis artikel turut menggunakan email untuk perbincangan dan jual-beli artikel. Kita tidak terus memberi nombor telefon kita kan ? email lebih mudah. 

Yang terbaru saya mendapat email dari Yuna 8Share, katanya Hotlink akan berkerjasama dengan 8Share dan ahli 8Share harus share iklan-iklan hotlink selama 10 hari untuk mendapatkan RM500. 

RM500 ? ya ! 

Mula-mula ingatkan 'aah, malas join ! saya tidak serajin orang lain untuk share iklan hari-hari' . Namun, setelah berfikir 'mungkin ada baiknya saya sahut cabaran tersebut'. Tiap hari periksa email, siapa tahu ada pengumuman baru duit dinaikkan atau mungkin iklan tersebut telah ditutup. Ternyata jangkaan saya benar nilai besar yang ditawarkan oleh Hotlink sebanyak RM25,000 (saya lupa nilai besar yang ditawarkan) telah habis. Ternyata, hanya dalam tempoh 3 hari nilai tersebut telah berjaya dihabiskan dan saya tidak berjaya mendapatkan RM500 dalam tempoh yang ditetapkan. 
 RM500 Dalam 5 Hari !
Saya hanya berjaya mendapat kurang dari RM300 dalam tempoh tiga hari dan iklan itu jika dihitung menggunakan jam, saya hanya menggunakan kurang dari tiga jam untuk promosi dan menyebarkan iklan dimedia sosial saya.

Jika tanpa email, saya pasti tidak pernah tahu tentang program Hotlink ini. Saya bersyukur kerana berkat itu wujud dalam pelbagai rupa bentuk dan cara. Yang penting kita harus rajin dan jangan pernah mengabaikan apa yang dirasakan kurang penting kerana, terkadang apa yang dipandang kurang penting itu sebenarnya penting.





2 Jun 2016

Kalau Cuti Jangan Terperap Didalam Rumah !

Kalau Cuti Jangan Terperap DiDalam Rumah !

Kata siapa ? bukan kata siapa-siapa tetapi, logiknya untuk apa terperap didalam rumah ? mahu berhibernasi ? kita bukan binatang yang perlu hibernasi atau tidur sepanjang musim dingin atau mungkin sepanjang musim cuti. 
Gunung Kinabalu
Cuti untuk eksplorasi ! cuti untuk menambah ilmu pengetahuan dan tidak sekadar memandang dinding rumah sepanjang tahun. Saya tidak berkata bahawa kita harus membeli tiket kapal terbang, melancong, berada dinegara orang lain. Bukan ! Cuti jenis itu tertakluk kepada bajet sendiri. Kalau mahu, ya terbanglah kemana saja. Melangkahlah kemana saja. Lihatlah dunia dari arah mana saja. 

Kalau cuti jangan terperap didalam rumah, tidur boleh lambat, duduklah diluar rumah. Nikmati bisikan malam, pandangi langit dan lihat karyaNya diatas sana. Berjuta bintang siap memberikan inspirasi buat anda. Jangan terperap didalam rumah saja, sesekali izinkan mata tidur lewat merenungkan diri ditemani alam. Damai terkadang diperoleh kala sendirian bersama sunyinya jagat raya dari bingit manusia.
Gunung Kinabalu
Kalau cuti jangan terperap didalam rumah, luaskan langkah nikmati kebebasan tanpa merindu kerja dipejabat..dan sebenarnya, saya tidak pernah merindukan tempat kerja saya. Tidak pernah ! (haha) Tinggalkan dunia kerja seketika, alami cuti hebat bersama keluarga. Pergi piknik bersama, alaskan pasir-pasir gemilang dengan tikar piknikmu. Nikmati masa berkualiti dengan keluarga atau jika hiking menjadi minatmu, angkatlah kaki pergi mendaki bukit-bukit dan gunung. Bina persahabatan melalui hobi yang sama, jangan tenggelamkan ikatan sahabat dengan kerja memanjang dan kala cuti ada, dirumah pula kita mengurungkan diri.

Kalau cuti jangan terperap didalam rumah, aktifkan diri mengikuti program komuniti. Malas ? lawan rasa malas dan keluar dari zon selesa anda selama ini. Pasti anda akan menemukan sesuatu yang hebat terpancar dari diri anda ketika anda mulai melibatkan diri dalam program komuniti. 'Eh, tipulah tu...' tidak ! saya pernah berasa malas tetapi, memaksakan diri untuk menyertai program komuniti dan rasanya sangat 'wow' ! ada pengalaman baru juga, cerita baru.

Letih akan segera hilang setelah mendapatkan hal baru yang tidak boleh dibayar dengan apa pun, bahkan duit pun tidak mampu membeli rasa itu. Pemandangan alam dan pengalaman adalah suatu hal mewah yang akan mengikis penat selama perjalanan.


loading...