loading...
Memaparkan catatan dengan label Chiangmai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chiangmai. Papar semua catatan

20 Januari 2016

Gaya Harus Kreatif : 3D Art Museum - Chiangmai, Thailand

Perjalanan adalah sebuah kisah yang harus dipotretkan jika tidak melalui gambar, harus melalui kata-kata. Destinasi pertama setelah mendarat di Chiang Mai International Airport, kami langsung dibawa melawat 3D Art Museum
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Kalau ikutkan rasa seusai mendarat di tanah Chiang Mai, hal pertama yang diingini adalah tidur. Tapi, untuk apa tidur ? jauh-jauh dari Kota Kinabalu ke negara orang semata-mata untuk tidur ? kita melawat negara orang. Bukan untuk tidur panjang. Hotel hanya untuk tidur dimalam hari. Hanya itu. Itu pendapat saya. 
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Chiang Mai tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung di negeri  Sabah. Hidupnya sederhana, sangat sederhana. Jauh beza jika dibandingkan dengan Kota Bangkok, sibuknya luarbiasa. Manusia seakan tak penat berjalan-jalan dikota Bangkok dan saya benci kesibukan itu. Jika pilihan diberi antara Kota Bangkok dan Chiang Mai, saya memilih Chiang Mai. Kotanya tenang dan tidak sibuk..oh, dasar orang kampung ! (haha)
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
zam zam alakazam
3D Art Museum turut digelar sebagai Art in Paradise, Chiang Mai. Para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai seni lukisan 3D yang sememangnya hebat dan hati sangat gatal untuk bergambar disetiap sudut sambil mempamerkan gaya yang jarang-jarang digunakan ditempat lain.  Syukur saya masih memegang jati leluhur yang sopan, bergaya semolek mungkin tanpa merosakkan jati diri negara timur yang asli. Disuatu posisi, saya memandang dari sudut mataku beberapa orang berkulit putih bermata sepet beraksi dengan sangat gembira, berbaring, duduk, membongkok dan sebagainya berlatar-belakangkan lukisan 3D yang mengujakan. Mereka sangat ghairah untuk bergambar, 'lama-lamaan' disatu tempat ke tempat yang lain sehingga pengunjung lainnya terpaksa membuang masa hanya untuk melihat aksi-aksi mereka itu.
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Teruskan langkahmu, ayuh kita maju
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Helppppp ! helppppp !
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Sebenarnya kawasan itu agak luas cuma, waktu yang diberikan agak terhad. Bergambar pun satu hal kerana kita harus membantu gambar 3D itu kelihatan seperti benar-benar wujud didunia nyata dan tidak sekadar kelihatan seperti lukisan semata-mata. Makanya, kepala harus bijak merekacipta gaya-gaya kreatif agar gambar kita nanti tidak mati. aaah saya tidak kreatif tambahan pula, saya masih mengantuk dan penat naik kapal dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, tidur beberapa jam di KLIA Airport sebelum terbang ke Chiang Mai. Indahnya, setiba di  Chiang Mai Airport kami disambut oleh para gadis manis, langsing dan menawan sambil mengalungkan bunga teratai dileher kami. Lalu, ada orang itu ketika melihat para gadis itu dia lantas menyimpan hajat untuk berkahwin dengan orang Thailand. (hahaha) Biar keturunan tidak bangsa itu-itu saja-lah ! haha.
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand

3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
akhirnya saya tiba di VENICE, Italy..
Hakikatnya lawatan saya ke 3D Art Museum ini banyak menyimpan memori indah yang tidak mungkin akan hilang dilapisi keindahan tempat lain pula. Tempat lain mungkin lagi indah tetapi, 3D Art Museum punya tempat tersendiri diruangan hatiku. Jika mahu ke Chiang Mai selain menikmati kegendutan gajah-gajah yang ada, saya cadangkan anda turut melawat 3D Art Museum. Anda pasti bawa pulang gambar kenangan yang cun !

22 Oktober 2015

Oh Chiang Mai, Asal Dari Filipina ?

Hari ini setelah sekian lamanya tidak menulis, saya menulis kembali. Disini. Tempat yang selalu membuat saya bebas menyuarakan segala rasa, tanpa peduli. Biadap kata-kataku, tiada siapa dapat menghalangnya. Namun, saya selalunya bersikap baik pada kata-kata untuk tatapan kalian.

Mt Sutherp
Tulisan ini sepatutnya saya tulis tiga bulan yang lalu (mungkin) sebelum saya kembali untuk ke dua kalinya ke negara gajah itu pada bulan July (nanti saya tulis kisah itu, sabar). Namun, jika sekadar mencoretkannya disini, tiada makna kata cepat atau lambat. Suatu hari ia hanyalah sebuah kenangan. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menceritakan disini. Baca dengan jiwa juga ya biar segala rasa yang saya alami dan nikmati ketika berada di Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand meresap dalam hati dan rasa ingin bergurau-senda tawa riang di kota itu terbit dalam hatimu. gitu ? :D

Oh, Chiang Mai

Saya suka menyebut kota Chiang Mai sebagai kota yang sopan dan ramah. Penuh budi bahasa lembut dan suka tersenyum. Ia bukanlah kota yang sibuk jika mahu dibandingkan dengan Kota Bangkok. Ia sangat sentimental sesuai dengan jiwa saya yang agak romantik dan sentimental (hahaha). Part sentimental dan romantiknya jiwaku merupakan bahagian yang tidak patut dipercayai kerana ia bukanlah demikian, makanya jangan terpengaruh.

Chiang Mai terkenal sebagai tempat banyak filem difilemkan, kotanya indah dan bersih. Belum begitu banyak pembangunan. Tidak pula sehebat kota lain dengan saujana mata memandang kota dengan banyak bangunan mencakar langit. Untungnya, ia tidak seperti itu kerana jika YA saya tentu bosan. Syukur kota Chiang Mai dan Ching Rai mewah dengan alam hijau dan masih kurang pembangunan dari segi bandar dengan bangunan tinggi-tingginya.

Chian Mai Thailand
Orangnya ramah, suka menegur tetapi malang sungguh saya belum pandai berbahasa Thailand. Andai pandai sepandai mereka, pastinya banyak cerita keluar dari mulutku tentang kisah negeriku hinggalah kisah cintaku  (OooOh ha ?). Perjalanan selama hampir seminggu di Chiang Mai memberi seribu kenangan dan pengalaman yang berharga dan indah.

Backpacker ?

Tidaklah. Kami ikut travel agent yang bernama Good Season. Tour guidenya memang terbaik-lah ! itu saya belum catatkan ciri-ciri senyumannya yang manis dan ....  (?) hehe. dia berbahasa inggeris dan sangat ramah. Mukanya ala-ala bangsa saya jugalah hensem dan bijak. Gitu ? (teka apakah bangsa saya ?) hehehe. Pemandu kereta yang kami naiki juga sangat peramah, suka berbicara tetapi kata yang saya fahami cumalah sawadika(p), selebihnya saya sepertinya mendengar gajah berbicara kerana sepatah pun saya tidak fahami. Suka membantu dan (oh, ya bila dia melihat saya kepanasan dibawah teriknya mentari Chiang Mai dia dengan baiknya memberi payung....eh, siapa-siapa pun akan melakukan itu untuk tuan puteri seperti saya...hahaha) . Itu sudah cukup membuat saya suka pada Chiang Mai.

Hanya itu ?

Sebenarnya tidak. Kota Chiang Mai sangat tenang. Lemah lembut dan segar. Terasa seperti berada dikampung halaman sendiri cuma bezanya, bahasa dan makanan. Tempat tinggal kami adalah Holiday Garden Hotel, menghadap Gunung Sutherp. Makanannya sedap, murah-murah dan boleh dijangkau oleh bajet pada minggu itu. Sempat menikmati rasa sebagai seorang pelancong yang benar-benar melancong. Tapi kan, kadang-kadang diri tak terasa benar-benar sebagai pelancong kala berada di Thailand kerana wajah-wajah orang disana seakan-akan bila saya melihat cermin saya melihat rupa mereka juga, lebih kurang begitulah definisinya wajah orang Thailand dengan wajah Borneo seperti saya. Mereka fikir 'eh, ini orang Thailand bahagian mana ni' (gitu) hehe... ok ok kita adalah penghuni negara Asean jadi, wajar jika wajah kita saling ada iras-iras sikit. Ala-ala keluarga lah.

Masalahnya tour guide dan juga pemandu ketika itu berfikir bahawa saya ini orang Filipina? cepat-cepat tengok cermin, beginikah muka orang Filipina ? tak puas hati. Senyum sikit sambil berselfie, tengok hasilnya....beginikah wajah orang Filipina ? oooooh pasti mereka ini terpengaruh dengan filem Filipina, pelakonnya cun-cun belaka. Seksi-seksi belaka. Merah-merah bibirnya. Ceh ! baiklah, wajah saya seperti orang Filipina. errr, kalau saya ke Filipina adakah mereka akan berkata eh, muka ini seperti wajah mereka ? saya pasti tidak juga tapi, kalau saya ke Indonesia mereka pasti mengingat saya adalah warga Indonesia. opps !^^ eh, tapi kemudian mereka juga berkata bahawa wajahku juga sama dengan orang Thailand. *lalu ketika menulis perenggan ini, saya merasakan bahawa ketika anda membacanya kemungkinan besar ada sedikit rasa mual dan mahu muntah, pesanku...nikmati saja rasa itu* XD

Beberapa jam setelah mendarat di Lapangan terbang antarabangsa Chiang Mai, tempat pertama yang dilawat adalah 3D Museum. Sudah namanya 3D maka tempat itu tidak dilihat hanya satu dimensi tetapi 3.  Senang bicara bangunan penuh dengan lukisan yang mewakilkan banyak perasaan dan keadaan. Toleh kiri, sudah berada di Mesir, jalan kanan sikit tiba-tiba sudah berada di Australia, kejap ada dikayangan kejap lagi ada dilautan pasifik. Weew ! kejap terasa bagai dewi kejap terasa bagai jelitawan duyung. Hakikatnya, memang best! yang tidak syok bila mana waktu yang diberikan sangat terhad kerana semuanya harus ikut jadual agen.. next time mau jalan-jalan sendiri tanpa diikat tali masa sang travel agent.

Sepanjang berada di Chiang Mai banyak tempat yang dilawati termasuklah tempat yang selalu saya impikan untuk melihatnya dari dekat iaitu suku leher panjang atau the long neck Karen Tribal Village. Etnik dan budaya leher panjang sudah tidak banyak kerana etnik dan amalan memanjangkan leher turut dianggap alien oleh kerajaan Thailand. Suku ini hanya boleh dilihat dikampung-kampung tertentu atau dikawasan pelancongan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Saya selalu tertarik untuk mengetahui budaya etnik ini dan kumpulan leher panjang ini tidak hanya terdapat di Thailand tapi juga, di Myanmar dan Laos. Leher mereka dikelilingi oleh gegelung tembaga yang berat semenjak dari kanak-kanak. Pada mereka semakin leher panjang, semakin jelitalah mereka.

Karen long neck tribe
Perempuan etnik leher panjang lawa-lawa, putih-putih melati lagi, cuma golongan ini agak terbelakang dari segi pendidikan dan kemajuan. Ada masa dan duit, saya pasti akan datang melawat Chiang Mai sekali lagi. Dahulu melihat mereka dari dalam majalah atau sejarah dan juga dokumentari dalam tv, ternyata tahun 2015 saya berjaya melawat mereka dan berbalas senyum pula dengan mereka. Aaawwww, saya bahagia dan bersyukur kerana keinginanku untuk melihat etnik ini terwujud dalam realita kehidupan sebenar.

Eksplorasi Chiang Mai tidak setakat berhenti pada melihat gajah dan kuil putih juga, tandas emas tetapi turut merentasi Sungai Mekong menuju negara Laos. Dalam itinerary hanya jalan-jalan dalam Chiang Mai dan sekitarnya dan tiada pula dimasukkan nama Laos dan Myanmar dalam rancangan. Namun, cuaca dan pocket money yang agak mengIYAkan perjalanan menembus negara jiran ternyata menambah pengalaman kembaraku kali ini. Menyusur sungai Mekong merupakan suatu pengalaman baru bagi saya kerana selama ini saya belum pernah menaiki bot sungai. yang ada hanyalah bot diatas lautan. Sungai Mekong warnanya seperti milo, menarik, luas dan panjang. Cerita lanjut akan saya ceritakan kemudian, mengingat tentangnya membuat saya tidak sabar bercuti lagi dan lagi dan lagi (hehe).
Muka Pilipin
Salam dari perantauan. ceeeeeh ! itu adalah kata-kata jika saya seorang perantau dinegeri orang. Hakikatnya sehingga detik ini saya bukanlah perantau atau mungkinkah setiap kita boleh dikatakan sebagai perantau dibumi Allah ini ? kerana kita bukanlah pemastautin kekal dibumi nan favourite sang laskar pencari cinta dunia fana. 

4 Ogos 2015

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand

Kota ini kaya dengan senyuman dan keramahan, malang sekali sedikit bahasanya pun saya tidak fahami. Bicara seungkap kata Thailand membuat lidah seakan membeku tak berfungsi. Hanya seketul perkataan yang difahami iaitu 'sawadika(p)' yang bermaksud hello atau hai. Selebihnya hanya senyum dibibir yang kurang merahnya sebagai ganti keramahan sebenar.
 Chiang Mai Thailand
Sebelum masuk, sila bayar dulu
Tempat paling terkenal di Chiang Mai tentulah Mae Taeng Elephant Park. Sebut Chiang Mai, ingat gajah ! ingat gajah, sebut Chiang Mai ! Taman gajah yang terkenal tu sebenarnya terletak agak jauh dari bandar Chiang Mai tapi  tak lah jauh sangat. Naik bas pun boleh sampai, naik teksi pun boleh sampai, naik tuk-tuk saya kurang pasti .........boleh sampai tu mungkin bolehlah, tapi ongkosnya kena sedia ribu-ribu duit Thai lah.
Mae Taeng Elephant Park
Betapa kecilnya saya diatas belakang gajah gendut
Selalunya menunggang gajah ni cuma dilihat melalui dokumentari khas dalam tv, baca artikel berkaitannya tetapi, pada waktu yang ditakdirkan untuk saya berada di Chiang Mai ternyata ia bukanlah mimpi lagi. Kali ni tanganku benar-benar menyentuh sang gajah yang terkenal dengan kegendutannya namun, comelnya tetap ada. Dulu selalu bermimpi naik atas badan gajah yang montel dengan kaki berjuntai penuh releks sambil menikmati panorama alam sekeliling yang tenang. Ternyata baru kini ia terealisasi dalam dunia nyata dari angan dan mimpi semalam.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Menyeberang sungai , bestnyaaa
Perjalanan tidak sekadar diatas tanah yang kering tetapi juga di dalam sungai yang tiada jernihnya. Namun, khuatir tidak perlu dibenarkan bermain difikiran kerana gajah yang dinaiki adalah gajah yang terlatih sambil dituntun oleh sang pemandu gajah yang memahami makna setiap gerakan gajah. Tenang saja dan nikmati keseluruhan keadaan yang ada.

Untuk apa menaiki gajah jika perasaan penuh cemas. Untuk apa susah-susah membayar sewa gajah jika takut menemani sepanjang ekspedisi ? Nikmati keadaan yang ada dan anda akan bahagia sepanjang percutian tersebut.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Tengok orang tu, ehem ! haha
Kedai menjual makanan gajah turut disediakan disepanjang perjalanan tersebut. Tidak perlulah tamak dengan TB200 atau RM2 , belilah pisang atau tebu yang ada. Sekurang-kurangnya sang gajah tersenyum bila dihulurkan makanan. Kalau pun tidak melihat gajah tersenyum sekurang-kurangnya bahagia ada didalam hati sendiri kala memberi kepada mereka yang telah berkhidmat mengangkat kita. weew ! RM2 apalah sangat jika dibandingkan dengan rasa gembira yang kita alami dan pengalaman yang kita dapat. Tak gitu ?

Oh tidak lupa saya ingatkan anda yang ingin ke Mae Taeng, Chiang Mai ketika anda naik gajah tersebut akan ada jurugambar yang mengambil gambar anda. Biasalah tiap kawasan pelancongan pasti ada taktik bisnes tu, diakhir jelajah bersama gajah, anda akan menerima gambar anda semasa diawal perjalanan tadi. Gambar tu bukan free tetapi kena bayar. Makanya, anda kena pandai bajet. Sebenarnya gambar tu tidak wajib untuk dibeli tetapi, rugilah jika tidak diambil. Lagi  pun tidaklah mahal sangat, hanya RM10 atau TB100.
Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Kedai Cendera kenangan, harga murah-murah
Jelajah bersama gajah berakhir disatu kawasan yang mana terdapat juga kedai cenderahati, dinasihatkan korang belilah apa-apa yang menarik, harga sini lebih murah berbanding di kedai terakhir yang korang temui. Untuk sampai ke headquarter kami naik kereta lembu pula. fuuh ! terasa bagai puteri Hang Li Po dizaman Sultan Mansor Syah, naik kereta lembu sambil tangan melambai-lambai kepada para pelancong (haha).  Jika di Jakarta, Indonesia saya menjelajah Kota Jakarta dengan menaiki kereta kuda namun, di Mae Taeng, Thailand saya berpeluang menaiki gajah dan lembu. Sungguh sebuah pengalaman yang tak terlukiskan, yang tercoret disini pun tidak selengkap apa yang saya nikmati sebenarnya. Korang kena pergi mengalami pengalaman ini sendiri.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Menaiki kereta lembu, terasa kembali kezaman dahulu
Setelah usai aktiviti menaiki gajah dan kereta lembu, tiba masanya menikmati persembahan gajah-gajah yang bertaraf dunia. Bermain bola mungkin biasa bagi sesetengah binatang terlatih, menari juga mungkin tidaklah begitu luar biasa tetapi, hatiku terangkat untuk mengagumi betapa hebatnya ciptaan Tuhan ini. Sedetik fikiran terlintas betapa binatang lebih bijak dari sesetengah manusia yang tidak tahu apa-apa. Gajah Mae Taeng, Chiang Mai tahu melukis dan lukisannya lebih cantik dari lukisan seorang saya dan juga lebih indah dari lukisan kamu (mungkin?). Tahu mengeja dan menulis namanya dengan sempurna....dan saya teruja akan apa yang saya lihat di sini.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Cukup menginspirasikan
Sungguh, Thailand merupakan negara gajah yang mahu saya lawati lagi dikemudian hari. Jom, ke Chiang Mai, Thailand. Banyak tempat menarik yang boleh di jelajah. Pssstt lupa bagitau, dikawasan ini juga ada disedikan rafting menggunakan rakit. Saya tiada mencubanya kerana saya terikat dengan percutian dalam pakej. Mungkin lain hari, mungkin.
Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Hasil karya gajah-gajah
 Kota berhati nyaman dengan banyak kenangan, Mae Taeng, Chiang Mai Thailand.