loading...
Memaparkan catatan dengan label SABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SABAH. Papar semua catatan

30 Ogos 2017

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah

Negeri Sabah kaya dengan pesona alam yang memukau. Eksplorasi ke pergunungan, bukit-bukau, atau ke pulau dan lautan ? semuanya boleh diperoleh di negeri Sabah Bawah Bayu. Artikel kali ini, sekali lagi berbicara tentang aktiviti hiking ke salah satu bukit terkenal dinegeri ini. Bukit Perahu, Tamparuli
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Berjalan sendirian terkadang mengasyikkan tetapi, untuk program seperti hiking melangkah sendiri pasti bukan sebuah pilihan yang terbaik. Saya bersama #TeamGBK ternyata sangat bersemangat bangun lebih awal untuk tujuan mendaki bukit Perahu. Biasanya, hujung minggu iaitu Sabtu sering digunakan untuk bangun dari tidur lebih lewat dari biasa kerana, memang hari Sabtu adalah hari cuti. Namun, tidak untuk hari itu.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Menyaksikan matahari terbit dari puncak Bukit Perahu pastinya bukan tujuan utama kerana, kami tiba agak lewat. Kami berjalan santai tanpa ada yang mengikat. Tidak terikat dengan waktu juga, tidak berlumba untuk mencari nama siapa lebih pantas tiba dipuncak bukit tersebut. Kami menikmati perjalanan sambil menghirup udara segar pagi itu. 

Sebenarnya, ini bukan perjalanan pertama saya ke bukit ini. Sebelumnya, saya mendaki ketika matahari hampir melabuhkan tirai tugasnya tetapi, kali ini saya memulai perjalanan ketika matahari baru memulakan tugasnya dinegeri ini. Bukit ini agak tinggi dan sepertinya sepanjang perjalanan tidak ditemukan jalan yang datar untuk memanjakan kaki untuk bersantai seketika dari terus berusaha keras untuk melangkah. Waktu untuk mendaki Bukit Perahu adalah kurang dari satu jam. Tidak terlalu sukar tetapi, cukup membantu untuk memaksa peluh keluar dari liang-liang kulit. 

Disetiap pendakian sering ditanyakan satu soalan 'cantikkah' tempat itu ? Tentu saja. Disetiap puncak selalu disajikan sebuah pemandangan indah saujana mata memandang. Dipuncak Bukit Perahu, anda mampu melihat pemandangan keseluruhan kawasan Tamparuli. Sunrise dan sunset dari puncak bukit ini terlihat lebih mewah berbanding ketika kita melihatnya dari tempat yang rendah. 

Siapa yang boleh mendaki ? 

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Siapa saja boleh. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan syarat tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tambahan pula, mendaki bukit ini adalah percuma. Apa yang saya kesalkan ketika mendaki bukit ini adalah ramainya sang pasangan yang bergandingan tangan umpama kawasan itu adalah taman. Saya mengerti jika tangan dihulur untuk membantu tetapi, saya sangat tidak mengerti jika sepanjang perjalanan berpimpin tangan dan menghalang perjalanan orang lain. Lagi teruk, berjalan sambil ketawa-ketiwi seperti kawasan itu adalah hak keluarganya dan mereka bebas melakukan apa saja. Saya selalu berharap disetiap kawasan alam semulajadi yang tertatah rapi mempunyai suasana tenang dan damai. Bukan hura-hara suara manusia teruja ketawa-ketawi seperti ada sesuatu yang sedang mereka raihkan. Lagi teruk, bagi sang pengotor yang tanpa rasa bersalah membuang sampah merata tempat. Itu biadap sekali !

Apa pun, mendaki Bukit Perahu merupakan hal yang indah apatah  lagi, turut serta dalam team ini adalah budak dibawah umur 8 tahun yang ghairahnya terhadap perjalanan tanpa bantuan orang dewasa sangat tinggi.  Meski, ada waktunya mereka berhenti mohon dengan rela dipimpin tangannya atau sesekali didorong dari belakang agar tetap semangat.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Jika ketika tiba dipuncak bukit Perahu, tekak anda tiba-tiba berasa dahaga dan inginkan minuman manis yang sejuk, jangan bimbang kerana diatas bukit ini juga terdapat penjaja. Harga minuman tin sedikit lebih mahal tetapi, ketika berfikir tenaga dan jarak mereka mengangkat jualan tersebut, harga itu adalah masih berbaloi.

Usai aktiviti hiking, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli. Hal wajib bagi pengunjung Tamparuli, tidak sah jika sekadar melihat jambatan tamparuli dari kejauhan. Wajib tapak kaki anda memijak jambatan Tamparuli dan juga, tidak sekadar harus memijaknya tanpa mengetahui sejarahnya pula. Kenapa ia dibina ? ada sejarah sedih dibaliknya. Jambatan Tamparuli ada dua, satu darinya digunakan sebagai laluan kenderaan dan satu lagi jambatan gantung dan, saya tidak sedang berimaginasi ketika menuliskan bahawa Jambatan Tamparuli merupakan salah satu jambatan yang terkenal didunia.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Saya masih mahu menulis tetapi, mungkin tidak harus saya tumpahkan semuanya pada artikel ini. Nantikan artikel saya tentang bukit Gundul, Sepanggar selepas ini. Hidup ini indah, jangan bazirkan dengan hanya berimaginasi tetapi; keluar, melangkah dan menikmati keindahan alam yang ada dan darinya jangan pula lupa untuk bersyukur.

22 Ogos 2017

Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah

Hello everybody ! I will not talk too much, but what I want to say is 'You Will Love It' ! Hiking di Bukit Trig, Apin-Apin Keningau
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Sebelum saya teruskan, ada satu pesan buat para penggemar hiking 'anda harus mencuba laluan Bukit Trig Apin-Apin Keningau' ini. Pemandangan terbaik !
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Ada kata pernah mengalir dari mulut seseorang 'kenapa terlalu mengagungkan keindahan negara luar?'. Sebenarnya bukan mengagungkan keindahan negara luar semata tetapi, dibaliknya kita bersyukur kepada Tuhan kerana karyaNya bebas dinikmati oleh siapa pun dan negara itu mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri.
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Membuka mata, melihat dan mengecapi  alam semulajadi yang segar merupakan suatu nikmat yang seringkali dicemburui oleh kebanyakan manusia. Saya dan sekumpulan rakan dari Keningau,  Kota Kinabalu, Inanam dan Kudat bersepakat untuk mendaki Bukit Trig, Apin-Apin Keningau. Setiap kaki yang melangkah diharapkan mencapai tujuan iaitu, puncak.

Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Namun, harapan tidak selalu berakhir dengan kejayaan. Kami bermula ketika pagi sudah larut, matahari sudah menguasai kepala. Saya pula tidak membawa topi, menyangka ia hanyalah sebuah perjalanan mudah. Tanah waktu itu agak kering menyebabkan jalan berdebu dan licin dek debu kerana waktu itu merupakan musim panas. Kaki yang melangkah harus sangat rapi, jika tidak kemungkinan kemalangan akan berlaku. Bagi sang pemilik rasa gayat, Bukit Trig mungkin bukan medan untuk anda. Tebing bukit agak curam, sebenarnya ia memang curam.
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Tetapi, ketika berada diatas puncak bukit itu.........anda akan merasakan satu hal iaitu 'kepuasan'. Bukit Trig memiliki tujuh bukit semuanya (maaf kalau salah) dan rasanya saya hanya mampu sehingga bukit ke empat. Bukan kerana lelahnya kaki maka perjalanan terhenti melainkan, teriknya mentari maka saya harus berpatah balik. Saya tidak mahu terkena strok haba diatas bukit itu. Untuk apa meraih sebuah kejayaan jika akhirnya anda merana seumur hidup. Untuk setiap situasi paling kurang kita pasti mempunyai dua pilihan dan kerana itu saya tidak memaksakan kaki saya untuk terus berjalan maju. Bagi kawan-kawan yang telah berjaya, anda memang hebat ! anda memang bukan sang putera/i lilin (haha). Bagi yang beranjak turun lebih awal tanpa memperjuangkan kata 'puncak', mungkin ada sebab tersendiri 'kenapa' ?
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Bagi anda yang mahu ke Bukit Trig, Apin-Apin Keningau..pastikan kesihatan anda tiada masalah. Jangan lupa bawa topi juga, kerana matahari bersinar dengan sangat cemerlang dibukit itu. Pakai kasut yang tepat dan sentiasa bawa air. Amalkan hidup sihat dengan berhiking tetapi, tetap tidak melupakn apa yang pertama dan utama dalam hidup ini. Oh ya, untuk hiking ke Bukit Trig Apin-Apin anda akan dikenakan yuran masuk RM3 bagi seorang dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Jika mahu sijil, anda perlu membayar sijil tersebut dan ia tidak termasuk dalam harga yuran kemasukan.

11 Julai 2017

Aki-Odu Garden, Pekan Nabalu, SABAH

Ada kabus bertamu disini dan sungguh, itu bukan hal yang menghairankan kerana didepan tempat ini tersuguh gah  Gunung Kinabalu ikon kebanggaan negeri Sabah dibawah bayu. Tempat ini dinamakan Aki-Odu Garden sebagai sebuah jalur mengingat warisan moyang kepada generasi penerusnya, Aki-Odu bermaksud datuk-nenek dalam bahasa Dusun.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Kabus ! kabus ! kabus ! disini juga boleh main hammock
Tempat ini lebih kepada camp-site dalam kebun dan sangat sesuai buat penggemar ketenangan dan damai. Saya sebagai sang pencinta dunia segar sangat suka suasana kawasan ini, nyaman dan jauh dari pencemaran alam kota.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Kawasan penanaman sayur organik
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Sayur Organik
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Strawberry !
Bagi manusiawi moden yang tidak pernah berkelana dengan alam kampung, mendengar bunyi cengkerik dipetang hari, memegang tanah sehingga jeleknya kuku tersumbat dengan tanah atau menggunakan air tanpa rawatan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen, tempat ini mungkin tidak mendapat tempat dihati kalian. Namun, jika anda adalah manusia yang inginkan pengalaman kampung, bercucuk-tanam, atau rindukan suasana novel seperti membaca buku dibawah pohon yang rendang sambil berhayun lembut didalam hammock dan sesekali bayu menampar lembut wajah....tempat ini sangat sesuai dijadikan medan menikmati suasana tersebut.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Ruang santai dan makan
Pernah ke Thailand ? Vietnam ? Indonesia ? dan beberapa negara Asean yang mementingkan agriculture sebagai sumber pelancongan dan ekonomi ? sebenarnya negeri Sabah juga sangat berpotensi kearah itu cuma, ia kurang dikomersilkan. Aki-Odu Garden masih diawal rancangan sebuah kisah dan ia masih baru untuk mencari nama dibicara setiap bibir. Untuk waktu masa ini, ia hanya terbuka kepada kawan-kawan rapat dan keluarga yang mahu bermalam dibawah atap langit kerana, disini memang tiada rumah kalau pun ada, itu hanyalah pondok atau kemah. Kawasan ini hanya lebih-kurang 15 minit menuju Pekan Nabalu.  Kalau mahu ke Kundasang juga, sudah sangat dekat.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Sunrise dari Gunung Kinabalu
Saya suka tempat ini, sejuk, kampung, tenang dan damai. Berhadapan dengan gunung Kinabalu dan dari kawasan ini juga, kita boleh melihat Gunung Trusmadi. Indah ? saya tidak ingin berlebihan dalam kata, lebih baik kalian sendiri menikmatinya dan menilainya kemudian.







10 Jun 2017

Handmade Products by Secrets Of Borneo ~ KOKOA BAH !

Siapa peminat  produk kokoa disini ? atau siapa pula yang belum mengenali apa itu produk kokoa ? Ini, saya mahu war-warkan kepada seluruh manusia tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan dengan bangganya saya mahu memperkenalkan 

Handmade Products by Secret Of Borneo : KOKOA BAH !

Ia merupakan produk penjagaan kecantikan  dan kulit yang berasaskan kokoa dan dibuat oleh anak jati kelahiran Sabah negeri di Bawah Bayu. Jujur saja, ketika pertama kali menggunakan produk ini harumannya terserlah menguasai persekitaran. Sungguh, aromanya mengikat hati menjadi suka dan mahu memiliki kesemua set produk Secret of Borneo.
Handmade Products by Secrets Of Borneo ~ KOKOA BAH !

COCOA BUTTER SCRUB
Handmade Products by Secrets Of Borneo
Handmade cocoa body scrub ini mengandungi brown sugar, sweet almond oil, cocoa powder dan semestinya Vitamin E untuk membantu kulit menjadi semakin lembut dan sihat.
Handmade Products by Secrets Of Borneo
What else you need to know ? ohhhh, how to use it ? hmmm, so easy---so very very easy-lah. After shower/bath, pat dry body and leaving little moisture from water. After that, pour generous amount of scrub onto palm of hands and begin scrub all over body or face. Scrub, scrub, scrub ! scrub here and scrub there.....ahhh in this scrub, cocoa acts as a mild exfoliant, removing dead skin cells and exposing fresh, soft skin. Enjoy the chocolatey aroma and don't worry about a messy bathroom floor. After scrubing for a few minutes, now clean body/face with water from shower. Done ! simple and easy. Next, step out-lah from the bathroom and put on your favourite body lotion or moisturizer.
Handmade Products by Secrets Of Borneo
scrub muka dulu
It is too essential that in our busy schedule we should take care our body. Actually, I use many scrubs but results are not great. So, from now onwards I prefer to use home-made body/facial scrub. Thanks Handmade Products by Secrets of Borneo for providing Cocoa Body/facial Scrub ! auuuh, I am in love.

How about the price ?

Not expensive-lah.  

Introductory price: RM20 / 150grm
Normal price: RM25  / 150grm

COCOA BUTTER SOAP

Cocoa butter soap boleh digunakan untuk badan dan wajah. Bagi manusia yang rajin menggali ilmu, cocoa butter terkenal dengan banyak kebaikan termasuk sebagai moisturize, anti-aging serta mengurangkan stretch marks. Untuk Cocoa Butter Soap ia terdiri daripada kandungan cocoa butter, shea butter, cocoa powder, chia seed dan vitamin E. Aroma yang harum juga mampu menjadikan ia sebagai terapi yang sempurna setelah seharian bersengkang-mata dengan dunia pekerjaan. The best is, cocoa butter soap ini mengandungi vitamin E, antioksidan dan membantu menjaga kelembapan kulit sepanjang hari.
Handmade Products by Secrets Of Borneo
Cocoa butter soap sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, bentuknya yang comel sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah. Biasanya ketika berada diluar negara cenderahati yang sering saya bawa adalah Sabah Tea sebagai sebuah jalur memperkenalkan produk negeri kepada masyarakat luar. Selepas ini saya boleh membawa Handmade Products by Secrets of Borneo sebagai hadiah kenangan.

Tidak hanya kulit wajah dan tubuh menjadi perhatian tetapi, sebagai seorang wanita yang pentingkan penampilan, bibir juga harus tetap kekal segar dan sihat.  Produk ini wajib dimiliki ! hakikatnya, set Cocoa Butter Lip Treatment  ini akan memanjakan bibir kita dengan rasa chocolate yang nikmat dan mampu merawat kesihatan kulit bibir. opps, tolong jangan dimakan scrub itu ya.....aromanya memang sangat menggoda tetapi, itu tidak bermakna anda harus memakannya. Jika termakan juga, tidak apa-apa ia tidak akan membunuh......andai nafsu sudah tidak tertahan untuk memakannya, dipersilakan mencubanya tetapi jangan pernah salahkan artikel ini atau Secret of Borneo (haha). 

 COCOA BUTTER LIP TREATMENT

RM 38 satu set (yes ! ini hanya harga pengenalan)
RM 15 setiap satu (jika dibeli berasingan)
Kalau mahu jimat, disyorkan untuk membeli produk satu set. 
Handmade Products by Secrets Of Borneo ~ KOKOA BAH !
Set Cocoa Butter Lip Treatment mengandungi

Cocoa Lip Butter 
(for day use / tinted brown / cocoa butter/ sweet almond oil / Vitamin E)

Overnight Lip Conditioner 
(for bedtime use / no colour/ cocoa butter/ sweet almond oil/ Vitamin E

Cocoa Butter Lip Scrub 
(for regular lip scrub to rid of dry, chapped, dark lips / must be followed by a lip butter after every scrub to prevent dry lips)

Healthy lips, rosy and dry and not chapped is everyone's dream. Lips are one part of our body that we know quite sensitive, well if exposed to heat and sunlight and also because of the chemicals. If the lips are not treated properly then it is likely we will experience a variety problem. So, thank you Secrets of Borneo for this lovely product ! Oh yeah, it smells like a mocha ! 

Tertanya-tanya where to get this products ? untuk warga Kota Kinabalu dan sekitarnya ada perkhidmatan penghantaran atau COD setiap hujung minggu. Just call Ms Nancy for the special delivery via this number 019 5894 930. Untuk sementara waktu ni, kalau mahu walk-in boleh datang ke OhSem Box di Grand Merdeka Mall, Bandar Sierra, Telipok Sabah.
For courier delivery atau untuk peminat Handmade Products by Secret of Borneo yang jauh, boleh-boleh saja order tetapi akan ada bayaran postage with a minumum charge of RM10 for postage. Where to place order ? Send a message and make order here : Secret of Borneo.

Oh, yeah.....I would recommend 100% this products ! now, YES, now....looking forward to order another new ones. Aaawww...can't stop loving it !

28 Ogos 2014

Kota Kinabalu, Sabah – Tempat Melihat Sunset Tercantik Di Dunia



Siapa suka melihat matahari terbenam ? sila cium tangan masing-masing dan sedut nafas dalam-dalam :D . Sunset paling digemari oleh mereka yang sedang asyik berbicara tentang ‘Kaulah Kamuku’ sambil belajar mengerti hati masing-masing . Katanya, feel kekasih lebih terasa ketika berbicara kala matahari terbenam. 

So, bagi korang yang teringin untuk mencari lokasi melihat sunset paling cantik di dunia, anda boleh mengunjungi Kota Kinabalu untuk menikmati pengalaman tersebut. Kota Kinabalu, Sabah berada di tangga ke-6 destinasi melihat matahari tercantik di dunia menurut huffingtonpost .

SUNSET TERCANTIK


Kepada semua penggemar sunset , ini pasti sesuatu yang sangat mengujakan anda. Jika YA, silalah datang melawat Kota Kinabalu. Jangan bimbanglah Kota Kinabalu tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh keyboard warrior yang nakal dan suka mencari publisiti murahan.  Ia merupakan sebuah kota yang sihat dan terjamin keselamatannya. Kota Kinabalu, sebuah kota yang penuh inspirasi juga, penuh budi bahasa.

14 Ogos 2014

Sepetang di Sipitang, Sabah



1:34 sesudah tengahari…apa waktu-waktu seperti ini disebut petang atau tengahari ? saya kurang pasti. Hehe…..Berada ditengah lautan kertas putih dari pelbagai syarikat, mohon dibereskan pada kadar waktu yang segera.  Saya memulakan kerja pada jam 7:20 pagi ni…dengan semangat, keyakinan dan sedikit kejelitaan beserta  sejuta harapan. :D

Krik..krik..krik… sebelum meneruskan kerja, saya ingin memuaskan jemari gendutku ini untuk menulis sesuatu . Sesuatu yang indah.  

Sepetang di Sipitang , makan sate ramai-ramai, bayar sendiri-sendiri. 

Jom, cuci mata tengok gambar yang sempat di terakam oleh lensa kamera waktu itu. Sebelum itu saya mau cerita sikitlah tentang Sipitang ni.

Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia merupakan salah satu tempat pelancongan di Dearah sipitang. Sipitang terkenal dengan sate dan itu jugalah yang mendorong kami melawat Sipitang. Hanya kerana Sate ! …dan ternyata sate itu hanya alasan semata-mata kerana saya lebih tertarik kepada sunset di Sipitang. 

Nyaman dan damai. Oh yeah, waktu itu ada beberapa pasang ikan juga sedang berjemur sambil berpegangan tangan. (Eh, ikan ada tangan ? seriously, di Sipitang ikannya bertangan dan berkaki) haha.

Ok. Cerita sudah habis, sekarang masa untuk tengok gambar. Selamat menikmati Sipitang yang indah. 
SIPITANG, SOUTH WEST OF SABAH
Amacam, ada gaya supermodel ? hahaha
SIPITANG, SOUTH WEST OF SABAH
Model tiang VS Model kekasih , yang mana menjadi perhatian ? :D

SIPITANG, SOUTH WEST OF SABAH
Tak sangka terjumpa dengan artis Thailand..yippiieee !! 
Sipitang, Sabah Malaysia
Gambar ni istimewa keranaaaaaaaaaa......
Sipitang, Sabah Malaysia
Dia sayang saya, saya pun sayaaaaaaaang dia
Sipitang, Sabah Malaysia
Kalau dah namanya melancong, apa-apa pun mesti digambar...hahaha
Sipitang, Sabah Malaysia
Sate-sate , mari makan sate ! order banyak-banyak, bayar masing-masing
Sipitang, Sabah Malaysia
Ringgit Malaysia dah abis, pakai duit ni pun jadilah !
Sipitang, Sabah Malaysia
Secara kesimpulannya, kami puas hati dengan Sipitang , kata mereka :P

2 Ogos 2014

Trip : Hounon Farmstay (Part 2)



Hola fella, kembali beraksi dimedan penulisan. Eiits.. sebenarnya si empunya blog ini  memang punya penyakit kronik yang menjadi musuh terbesar manusia: kemalasan yang berlimpah. Tapi itu hanya salah satu penyebab, dan ini bukan sekadar mencari alasan. 

Seperti janji pada entri sebelumnya, tentang Kisah Trip singkat ke Hounon Farmstay. Kisahnya akan dilanjutkan disini. Sila membaca atau jika mungkin anda malas membaca sila melihat gambarnya. Indah-indah seindah pelangi gitu….

Semakin saya menulis, semakin saya merindui suasana farmstay itu. Malam yang sangat sejuk, dan mustahil bertahan tanpa baju tebal atau tidur nyenyak. Cerita pasal tidur, sangatlah best dengan suasana sejuknya. Penghawa dingin asli dari pergunungan. Angin bertiup dengan siulan mesra meski kadang-kala ia menakutkan juga. Siapa tahu bunyi-bunyi angin itu menjadi ganas dan …… ggrrrrr ! Namun, itu adalah biasa bagi tempat seperti itu. 

Homestay ini dilengkapi dengan alat-alat kelengkapan rumah. Dengan senang hati saya memperlihatkan segala isi bilik tempat saya dan kawan-kawan saya tinggal hari itu. Lengkap tanpa perlu rasa khuatir apa pun. Takut akan air yang sejuk ? no worries, kerana ada heater turut disediakan. Lapar, silakan masak Maggie haha…..ada kettle, rice cooker, mini fridge dan dimata saya ia adalah sempurna untuk sebuah tempat percutian yang tenang. 
Hounon Farmstay

#VMY2014
Ni lah tempat saya beradu mimpi :P
Sabah



Difahamkan juga, Hounon Farmstay turut memiliki air terjun disekitarnya . Jika hendak ke sana hendaklah menggunakan perkhidmatan guide dan perlu membayar RM20. Namun, ia adalah free jika tanpa guide. Sesat ? atau anything happens itu sendiri tanggunglah kaaaan :D . So, the best is keluarkan sedikit nilai ringgit anda dan pergilah bersama dengan guide. 

Tempat ni memang sesuai bermanja-manja dengan kehidupan. Tanpa perlu bekerja membanting tulang. mencari nafkah. Tanpa perlu bangun seawal jam 5 pagi.  Hanya sukacita mewarnai wajah. Penuh sukacita !! Penuh bahagia !!




Short vacation ini turut menyimpan objektif mengeratkan hubungan sesama keluarga dengan mengadakan fellowship bersama. The best moment in our life is the moment when we are loving God from the bottom of our heart and with our whole heart.  To love God is the best thing that we can do in our entire life :) .

Awww life is sooo sweet.