Memaparkan catatan dengan label Trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trip. Papar semua catatan

1 April 2016

Senja Bersama SATAY SIPITANG !

Senja bersama Satay Sipitang, gabungan rasa dan alam menjadikan petang para pengunjung Sipitang bahagia. Perjalanan hampir 144 KM dari Kota Kinabalu atau pun hampir 160 KM dari kampung tempat saya melelapkan mata dihujung malam dan melihat dunia diawal hari, setiap hari. Perjalanan tidak terasa jauh jika tahu dihujung jalan ada senja menyambut hadir dan ada satay bertemu lidah.

SIPITANG, SABAH
Esplanad Sipitang
Perjalanan tidak dirancang untuk menjejakkan kaki di Pekan Sipitang namun, keinginan berkunjung lebih kuat berbanding sampai ke pekan Membakut lalu kembali lagi ke rumah. Jarak Pekan Membakut dengan Pekan Sipitang tidaklah jauh sangat namun, cukup membuat mata lena sepanjang perjalanan dan sempat menyulam mimpi berenang bersama sang dolphin kegemaran dunia (hehe). Apa pun jarak itu, jika hati punya rasa untuk pergi maka, tempat itu pasti terjejak oleh kaki kita.
SIPITANG, SABAH
Wajib bergambar disini !
Senja Bersama SATAY SIPITANG !
Senja di Sipitang
Lantaran jarak yang jauh  maka hadir dan jejakku di pekan ini adalah sangat boleh dihitung oleh jam waktu. Oleh kerana jarang berada disini maka, hal terbaik adalah menanam memori tentang Sipitang dengan gambar-gambar he he. Sepetang di Sipitang adalah perkenalan pertama antara saya dan Sipitang manakala Senja bersama Satay Sipitang adalah jejak ke dua saya di Sipitang.
SIPITANG, SABAH
Satay Sipitang, Murah dan Sodaaaap
Paling best satay Sipitang masih murah ! hanya 60 puluh sen satu cucuk, tempat lain semua mahal. Sebab tu selain menikmati pemandangan senja berlabuh dihujung laut, dapat pula makan satay lazat lagi murah. Di mana ? hanya di  Sipitang !

2 Mac 2016

Menguji Adrenaline Di Pulau Sapi, Sabah

Pulau Sapi . 27 Febuary 2016.

Saturday / weekend . I could wake up at any time I wanted. I could eat anything I wanted. I could GO and DO any good damn thing I felt like doing, in my own freaking sweet time. Pictures from last week in Sapi Island, Tunku Abdul Rahman Park.
Sapi Island
Pulau Sapi tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu, hanya lebih kurang 25 minit untuk sampai pulau tersebut menaiki bot. Awal rancangan ingin ke Pulau Manukan tetapi, salah seorang tour guide berkata bahawa Pulau Manukan pulaunya cantik dan luas TETAPI aktiviti adalah agak terhad. Saya tidak memerlukan pantai pulau yang panjang untuk berjalan-jalan, saya memerlukan pulau untuk adrenaline !
Pulau  Sapi, Sabah
Pulau Sapi menyediakan aktiviti pelbagai dari snorkeling, zipline, banana boat, parasailing hingga kepada diving dan seawalking. Tidak hairanlah Pulau Sapi dipenuhi oleh pelancong seantario dunia terutama Korea dan China. Pulau-pulau di Sabah terkenal dengan air laut yang jernih dan ikan-ikan peramah. Jika ada diantara anda yang tidak pernah melihat ikan nemo, dipersilakan menyelam di Pulau Sapi. 
Snokerling at Sapi Island
Semasa snorkeling tiba-tiba ada sesuatu melanggar kaki. Yachhh ! apakah itu !? rupa-rupanya ia adalah ikan-ikan yang mahu menyapa salam perkenalan dengan penggemar dunia habitatnya. Snokerling adalah aktiviti santai yang agak sentimental, berenang bersama ikan dilautan biru yang sejuk sambil menerima panahan sang suria. Sesekali terkejut oleh ciuman ikan lalu, tertawa sendiri. Ternyata tidak hanya makhluk yang bernama manusia mampu membuat kita tertawa tetapi, juga ikan-ikan dilautan.

Ahh ! life has been pretty damn good lately ! Sapi Island is the best island for me right now. I loved the atmosphere. ya ya ya I loved it !

Parasailing, Pulau Sapi. Telah begitu lamanya saya menyaksikan aktiviti ini atau lebih indah jika dituliskan sebagai 'ingin rasanya terbang seperti mereka tetapi, apakan daya saya hanya mampu melihat dari kejauhan. Dari sudut mataku, dari jarak yang jauh saya melihat keadaan itu berlaku.' Kerana keinginan itu meluap-luap, maka saya mengatakan 'pergilah duitku, saya ingin terbang diatas lautan biru'.
Pulau Sapi, Sabah
Parasailing tidak dilakukan ditepian pulau. Bot bergerak membawa kami ke tengah lautan, ditempat luas dan mudah menerbangkan payung . Seriously, ketika berada didalam bot tersebut suasana agak memeningkan kepala. Lautan bergelora. Sangat mengundang pening dan muntah. Bot bergerak seperti naik bukit, turun bukit, naik gunung, turun gunung (haha). Lebih dasyat dari naik the longest wood roller coaster in the world di Everland. Perasan naik roller coaster seperti mulut terbang dibawa angin, naik bot ini seperti kepala digoncang-goncang lalu dipaksa melihat dunia. 

Pening kepala itu hanya cerita awal, klimaksnya ketika ditarik dan keluar dari bot lalu terbang tinggi ke udara. Sungguh, perasaan itu sangat indah. Damai dan tenang. Kaki berjuntai menikmati lautan biru dari aras yang tinggi. Syukur saya bukan pemilik rasa gayat. Semakin tingi, semakin seronok. Rasanya seperti melihat pelangi sambil menikmati marshmellow dipetang hari. I have been lucky enough to see amazing Sapi Island and have experienced great things. Saya pasti akan datang lagi menikmati Parasailing di Sapi Island. 
Banana Boat
Selain itu, kami sempat bermain banana boat. yay ! cerita ini mengundang rasa yang luar biasa kerana ia mengaitkan adrenaline.  Menaiki banana boat lalu speed boat menarik kami dengan kelajuan yang seperti 'gerak-gerak khas mengejar penjahat'. Bezanya, ia berlaku dilautan dan bukan didarat. Harus memegang tali bot kuat-kuat agar tidak terlepas dari kumpulan atau paling penting jangan terbuang jauh-jauh. Pernah nampak speed boat drift ? pheeew ! begitulah kami. Ketika boat dipandu laju dan membuat pusingan, pukulan air laut akan berlawanan dan kami semua terpelanting. Ketika terlepas dari banana boat, terbuang dan tertenggelam sebentar, tertelan air masin satu gelas, panik sesaat, lalu mendongakkan kepala dan sedar bahawa diri ini masih terapung dan hidup melihat dunia kembali. Ekstreme dan sangat puas hati dengan rasa dan suasana itu. Jika direkodkan secara perlahan moment terbuang dari bot tersebut pasti gambarnya cantik. Malangnya semua terpelanting dan tukang gambar juga turut menerima takdir yang sama. haha. 

Hakikatnya, saya tidak cukup masa dengan Pulau ini. Sebenarnya tujuan utama ke Pulau Sapi adalah untuk bermain Zipline pulau ke pulau terpanjang di dunia tetapi, masa tidak cukup. Oleh itu saya pasti akan datang lagi ke Pulau Sapi. 
Pulau Sapi, Borneo
From the moment you step off the boat you become part of a colourful landscape of Sapi Island. Getting lost around the island, under the sun and taking in all the different colours should be a must-see-and-try for all travel lover.

And now the question is, where shall I go next ? Gunung Wakid, Tambunan. Nantikan update dari saya. Selamat menikmati bulan Mac dan satu hal yang saya mahu beritahu bahawa God is good all the time, all the time God is good ! cukup jadi setia padaNya dan jangan pernah berjalan sendiri tanpa penyertaanNya.
And, here are some photos from Sapi Island with love !
Pulau  Sapi, Sabah

Sapi Island, Sabah
Kucing antara penyambut tamu di Sapi Island
Pulau Sapi, Sabah
Pulau Sapi dan Komodo...oppss not komodo-lah :D
Pulau Sapi, Sabah
Time to get home
Pulau Sapi, Sabah
Kolam kecil Pulau Sapi
Pulau Sapi, Sabah
Snap me, snap me
Pulau Sapi, Sabah
Duyung ..haha

28 Disember 2015

Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik

Cerita bermula. Ahad terakhir 2015. After church.
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Matahari memancar tanpa segan-silu dan pastinya dengan izin sang Penciptanya. Syukur saya tinggal dikawasan kampung yang kaya dengan hutan hijau juga, kawasan pelancongan. 
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Air terjun ? ada.  Air Terjun Kionsom namanya dan pernah menjadi lokasi reality show Amazing Race suatu ketika dahulu. Beberapa langkah sebelum air  terjun ini anda akan menemukan sebuah kawasan pelancongan yang terkenal dan tersenarai dalam Tourism Malaysia iaitu Mari-Mari Cultural Village. 
Kokol Haven Resort
Bukan itu yang ingin saya  tonjolkan hari ini. Saya mahu mengajak mata anda mencintai tulisan saya (weehaaa :D) dan terpikat pada industri pelancongan yang sedang pesat disekitar tempat saya membesar dan mengenal apa itu k-pop dan lolipop :D
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Menaiki kenderaan ke Bukit Kokol Haven Resort dari tempat tinggal mengambil masa sekitar 10-15 minit sahaja. Di sepanjang perjalanan adalah alam hijau yang pastinya memberikan pengudaraan yang segar dan nyaman. Tidak perlu melangkahkan kaki ketempat yang jauh untuk menikmati suasana ini. Di atas bukit ini terdapat banyak homestay dan kawasan pelancongan yang tidak sekadar menyajikan suasana kampung tetapi, turut memberikan pengalaman melihat kawasan bandaraya dan sekitar Kota Kinabalu dari tempat yang tinggi. Udara segar dan sejuk pasti menggamit rasa untuk datang ke dua kalinya.
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Kami datang hanya untuk menikmati udara dan pemandangannya kurang dari 1 jam. Bukan kerana tidak menarik tetapi, disebabkan jarak Kokol Haven Resort ini tidaklah jauh dari tempat tinggal kami dan bila-bila masa boleh datang. Pelawat kawasan ini ada ramai dan yang pastinya mereka hadir bersama senyuman dan aksi untuk ditancapkan pada kamera mereka. Ratu selfie ? weew. kutemukan ada ramai.... haha
Sebenarnya lokasi Kokol Haven Resort sangat sesuai sebagai tempat bergambar. Pemandangan saujana mata memandang, dari resort itu terlihat lautan luas terbentang, pembangunan pesat berlangsung dibawah sana. Petang hari boleh pula menikmati matahari terbenam sambil dibuai mesra sang bayu bukit Kokol. Fuh ! 
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Saya tidak akan menulis panjang lebar tentang Kokol Haven Resort melainkan saya dapat penginapan 2 malam percuma diresort itu (haha). Apa pun. untuk mendapatkan gambar cantik-cantik yang WOW bolehlah melawat Kokol Haven Resort. Disini ada penginapan disediakan lengkap dengan restaurant. 

Untuk menikmati perjalanan lebih ekstrem saya sarankan anda melalui laluan yang sama dengan Mari-Mari Cultural Village untuk menikmati panorama hutan dan kampung namun, jika inginkan perjalanan yang kurang tinggi anda boleh mengikut laluan Kokol Manggatal. 

26 Ogos 2014

Destinasi Percutian Malaysia : Legoland, Nusajaya Johor (Part 1)

Visit Malaysia Year 2014


Legoland, sebuah nama yang segera menari di benak dan terlontar di mulut, apabila seseorang menanyakan pada saya jika beruntung diberikan kesempatan jalan-jalan ke Johor , tempat mana yang akan saya datangi dahulu ?

Jawapan pasti Legoland. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri ini. Dulu datang ketika remaja (remajalah sangat :p), Legoland baru dalam rancangan pembinaan. Waktu tu hanya sempat ke Taman Mini Asia, Johor dan beberapa tempat lain.

So, kali ni saya ke Legoland sempena menyahut seruan kerajaan untuk bercuti dalam negara dan Tahun Melawat Malaysia 2014. Sebuah percutian keluarga yang santai 'keinginan jadi realiti' .

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya.

Menjadi penawar gelisah saat ketegangan demi ketegangan hidup datang mendera. Cubalah untuk berhenti sejenak dari aktiviti harian, jalan-jalan di Taman Tema Legoland sambil menyaksikan orang lalu-lalang didepan mata atau melihat lego-lego yang tersusun indah dan kreatif.  Paling best, silalah mencuba untuk naik roller coaster.  Kenapa Roller Coaster ? kerana ia merupakan salah satu tempat dibenarkan untuk menjerit sekuat hati tanpa ada larangan. Untuk menghilangkan segala rasa tekanan bekerja, roller coaster permainan paling sesuai. Saya sangat suka roller coaster dan selalu teruja bila menaiki roller coaster. Kisah Roller Coaster akan ditulis pada entri lain. Nantikanlah ! nantikanlah ! haha.

23 Ogos 2014 , saya beserta adik-beradik, mami dan niece menghabiskan pagi ke petang dengan seribu satu cerita bersama Legoland. Sungguh asyik hingga nak datang sekali lagi. Yuran masuk tak perlu ceritalah. Namanya Taman Tema bertaraf dunia, yuran pasti berkelas-kelas gitu. Sekali-sekala, ok la. Kalau berkali-kali tu, alamatnya bankraplah. Hehe. Tu baru yuran masuk, belum bajet beli makanan di dalam tu…harganya berlipat kali ganda dan saya sedia maklum sejak azali hal-hal seperti itu. Asal namanya pusat pelancongan, harganya automatik akan berlipat ganda. Pilihan ada ditangan anda. Kalau terasa duit tu mudah sangat dicari, tak salah menghabiskan duit disana sekali-sekala. Haha…dan kami mencubanya. Makan itu, minum ini, beratus-ratus melayang. Menyesal ? tidak. Duit boleh dicari, pengalaman sukar dicari. Cewah, egoistikkah statement ini ? Sila jangan terpengaruh, berjimat-cermat adalah amalan terpuji.  


Tulisan berhenti, tiba waktunya gambar bercerita - Percutian ke Legoland , Nusajaya Johor
Traveling , Trip
My Team
Teruja ? saya sangat teruja !
Cuti-Cuti Malaysia
Mami dan DD beraksi di Istana.
Visit Malaysia Year 2014
di China ? hehehe
Taman Tema Legoland, Nusajaya
Eye On Malaysia

Tahun Melawat Malaysia 2014
Kalau mau tengok Legoland dari sudut atas, you all wajib naik menara ni
Travel Adventure
Kreatifkan..... ni semua dari lego-lego

14 Ogos 2014

Sepetang di Sipitang, Sabah



1:34 sesudah tengahari…apa waktu-waktu seperti ini disebut petang atau tengahari ? saya kurang pasti. Hehe…..Berada ditengah lautan kertas putih dari pelbagai syarikat, mohon dibereskan pada kadar waktu yang segera.  Saya memulakan kerja pada jam 7:20 pagi ni…dengan semangat, keyakinan dan sedikit kejelitaan beserta  sejuta harapan. :D

Krik..krik..krik… sebelum meneruskan kerja, saya ingin memuaskan jemari gendutku ini untuk menulis sesuatu . Sesuatu yang indah.  

Sepetang di Sipitang , makan sate ramai-ramai, bayar sendiri-sendiri. 

Jom, cuci mata tengok gambar yang sempat di terakam oleh lensa kamera waktu itu. Sebelum itu saya mau cerita sikitlah tentang Sipitang ni.

Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia merupakan salah satu tempat pelancongan di Dearah sipitang. Sipitang terkenal dengan sate dan itu jugalah yang mendorong kami melawat Sipitang. Hanya kerana Sate ! …dan ternyata sate itu hanya alasan semata-mata kerana saya lebih tertarik kepada sunset di Sipitang. 

Nyaman dan damai. Oh yeah, waktu itu ada beberapa pasang ikan juga sedang berjemur sambil berpegangan tangan. (Eh, ikan ada tangan ? seriously, di Sipitang ikannya bertangan dan berkaki) haha.

Ok. Cerita sudah habis, sekarang masa untuk tengok gambar. Selamat menikmati Sipitang yang indah. 
SIPITANG, SOUTH WEST OF SABAH
Amacam, ada gaya supermodel ? hahaha
SIPITANG, SOUTH WEST OF SABAH
Model tiang VS Model kekasih , yang mana menjadi perhatian ? :D

SIPITANG, SOUTH WEST OF SABAH
Tak sangka terjumpa dengan artis Thailand..yippiieee !! 
Sipitang, Sabah Malaysia
Gambar ni istimewa keranaaaaaaaaaa......
Sipitang, Sabah Malaysia
Dia sayang saya, saya pun sayaaaaaaaang dia
Sipitang, Sabah Malaysia
Kalau dah namanya melancong, apa-apa pun mesti digambar...hahaha
Sipitang, Sabah Malaysia
Sate-sate , mari makan sate ! order banyak-banyak, bayar masing-masing
Sipitang, Sabah Malaysia
Ringgit Malaysia dah abis, pakai duit ni pun jadilah !
Sipitang, Sabah Malaysia
Secara kesimpulannya, kami puas hati dengan Sipitang , kata mereka :P

loading...